View: 6324|Reply: 8
|
Kereta hibrid Proton keluar akhir tahun ini
[Copy link]
|
|
Menurut laman web www.bharian.com.my, Dewan Rakyat telah dimaklumkan mengenai kereta hibrid Proton yang bakal dikeluarkan akhir tahun ini. Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Hamim Samuri berkata namun begitu, status membabitkan pengeluaran dan jualan kepada umum hanya akan dimaklumkan kemudian.
Prototaip kereta tersebut telah siap dibangunkan Proton dan ia adalah satu kemajuan dalam industri automotif negara. Kereta elektrik Proton masih dalam fasa pembangunan dan menepati sasaran untuk dikeluarkan pada akhir 2015.
* Saya mendapat info mengenai model Prevé hibrid yang menggunakan kod nama Prevé Maoira bakal memasuki fasa produksi pada penghujung tahun dan mungkin dilancarkan pada awal tahun 2015. Model ini dikatakan bakal menggunakan motor dan bateri keluaran DB Capital. Nantikan spyshots dan info selanjutnya!
|
|
|
|
|
|
|
|
proton ni tau2 je aku minat kete hibrid nih. tp hrp harga biar la realistic. kalo da nak sama dgn prius C, hmm baik angkat prius kot. |
|
|
|
|
|
|
|
ohh kete ni la yg aku nampak atas jalan ptg semalam.....bebungkus bungkus lagi...tapi dah agak dah, sebab nampakla co-pilot tu pakai baju Proton...
cutting nampak menarik..... |
|
|
|
|
|
|
|
ada gambar tak?
huhuhu...baru je sebulan beli Preve |
|
|
|
|
|
|
|
cantik sgt. tapi bukan hybrid.
harap kereta nih menjadi langkah proton utk ke era global secara total. no more jaguh kampung |
|
|
|
|
|
|
| |
|