View: 3529|Reply: 12
|
Jangan Terburu2 Dalam Belajar Ilmu Agama
[Copy link]
|
|
Rujukan/Author: by seijiseimura84
Salam
Disini saya ingin berkongsi dengan anda tentang tips dlm mempelajari ilmu agama islam, serta yang paling penting mempraktikan apa yg dibelajar. Saya yakin anda pernah melihat situasi di mana seseorang itu mempunyai banyak ilmu agama, tetapi sedikit sahaja yang diamalkan, mengapa begitu?
Malah saya yakin, bagi mereka yg baru berjinak2 dengan agama, terasa suatu semangat berkobar2, membeli buku sampai 3 kitab, kadang2 10 kitab2 untuk tujuan belajar, dengan harapan dapat berubah menjadi orang beriman dengan cepat, agar dapat menjadi manusia yg lebih berguna dengan lebih cepat. Kita berharap agar kelemahan kita dapat dibaiki cepat, amalan kita dapat dipertingkatkan , al maklumlah nyawa kita tiada siapa tahu. Kita tidak mahu mati dlm amal yang masih kurang. Namun , kadangkala kita berasa hairan, walaupun banyak bacaan kitab2 berjaya menelaah, hairan, mengapa hanya sedikit dipraktikan?
Di sini berlaku beberapa kesilapan teknikal semasa belajar ilmu agama. Barangkali, perkara pertama ialah niat yg tidak betul. Kedua, mungkin baca tanpa pemahaman dan ketiga, belajar dalam keadaan terburu2. Saya lebih berminat untuk menyentuh soal ketiga.
Para sahabat, sepertimana yg saya fahamkan, mereka belajar satu topik, sebelum belajar topik lain, mereka praktikkan terlebih dahulu perkara yg mereka baru belajar sebelum belajar topik yg baru. Umat hari ini sangat berbeza....belajar satu topik baru, belum lagi sempat praktikan topik tersebut, sudah beralih belajar topik baru.
Mengikut pengalaman saya, dan beberapa kajian psikologi, suatu prinsip dan /amal baik, hendaklah diamalkan selama sekurang2nya minima sebulan sebelum prinsip / amal baik itu benar2 sebati dalam jiwa kita.
Sebagai contoh:
Sekiranya Ali mahu menjadi orang yg bersyukur sebagai contoh, dia harus menfokuskan perubahan hanya pada SATU perkara terlebih dahulu, iaitu menjadi orang bersyukur. Lupakan perkara lain yg mahu kita amalkan. Fokuskan pada satu perkara yg mahu kita amalkan. Setelah 1 bulan berjaya istiqamah jadi orang bersyukur, barulah boleh cuba ammalkan perkara lain , seperti bangun solat tahajud.
Contoh di atas....telah banyak digunakan oleh ahli psikologi dlm membentuk peribadi manusia dari buruk kepada tabiat yg baik. Sebagai contoh, katakan Ahmad selalu bangun pukul 7 pagi.....dia akan tetap bangun pukul 7 walaupun dikejutkan awal, kerana bangun pukul 7 sudah menjadi tabiat bagi Ahmad. Sekiranya Ahmad berhajat untuk sentiasa bangun pukul 5 pagi....maka dia haruslah berusaha dirinya bangun pukul 5 sentiasa, dan amalkan sekurang2nya 1 bulan secara istiqamah. Setelah sebulan, barulah bangun pukul 5 sudah menjadi tabiat bagi ahmad, mudah bagi ahmad bangun pukul 5.
Contoh di atas...secara tidak sedar ada digunakan oleh golongan kumpulan tabligh. Kita sedia maklum bahawa tabliqh ada program keluar 3 hari, beberapa bulan dan sekian2. Teknik ini sebenarnya mengunakan prinsip yg sama. Lebih lama seseorang itu mengamalkan amal yang baik, lebih mudah amal yg baik itu berjaya diterapkan menjadi tabiat seumur hidup
Banyak kesilapan yang dilakukan oleh orang islam, adalah kerana begitu terburu2 mahu berubah. Baru berhajat nak jadikan tabiat solat subuh jemaah , baru je istiqamah 5 hari, tiba2 berhenti solat subuh jemaah dan fokus pada bangun tarawih...hal inilah PUNCA mengapa apa yg dipelajari GAGAL untuk dipraktikan.
Oleh itu , sekiranya anda mahu berubah menjadi baik, serta mempraktikan apa yg dibelajar secara berkesan. Maka, ambillah satu perkara sahaja yg mahu diubah, amalkan sebulan secara istiqamah, apabila sudah sebati menjadi tabiat, barulah alihkan fokus kepada perkara2 yang baru. Untuk menguatkan istiqamah, saya cadangkan hafalkan dalil2 quran dan hadis, moga2han ia sentiasa menjadi peringatan di kala lupa dan dapat mempengaruhu jiwa untuk beramal
Moga2han, tips yg dikongsi dari pengalaman dapat membantu muslim lain dalam mempraktikan apa yg mereka belajar.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bagus perkongsian tt ni...thank you.....
nak cultivate the habit dlm membuat sesuatu itu sememangnya sukar... |
|
|
|
|
|
|
|
Bismillah ![](static/image/smiley/default/smile.gif)
paste drpd fb Dr Abdul Basit
Ingkar Dengan Hati.
Senjata Hati.
Setiap orang bertanggungjawab untuk MENGABDIKAN DIRI kepada Allah ta'ala mengikut kadar kemampuan masing-masing.
Lelaki dengan kemampuannya. Wanita dengan kemampuannya.
Suatu hari, Muaz bin Yahya Ar-Razi bercakap tentang kewajipan jihad dan amar ma'ruf (suruhan untuk melakukan kebaikan) dan nahyi munkar (larangan daripada melakukan kemungkaran).
Lalu seorang perempuan berkata: "Kewajipan ini tidak diwajibkan kepada kami (kaum wanita)".
Muaz berkata:
هبي أنه قد وضع عنكن سلاح اليد واللسان، فلم يوضع عنكن سلاح القلب.
"Katakanlah mengangkat SENJATA LISAN dan TANGAN tidak diwajibkan kepada kamu (wahai kaum wanita), Namun SENJATA HATI masih wajib bagi kamu"
Maksudnya, walaupun kamu tidak diwajibkan melakukan jihad atau amar ma'ruf dan nahi munkar dengan tangan dan lidah, namun kamu masih mempunyai HATI untuk melawan musuh, menyukai kebaikan, membenci dan mengingkari munkar.
Wahai kaum wanita, angkatlah SENJATA HATI kamu. Tetaplah melawan nafsu dan musuh-musuh yang cuba mengugat kemuliaan dan kehormatan dirimu.
Tetaplah di atas agama Islam. Semoga Allah selamatkan kami dan kamu. |
|
|
|
|
|
|
|
Satu tips yg sangat bagus. Ilmu dan amal satu perkara yg berbeza. Ilmu mesti dipelajari secara berterusan. Sesunngguhnya orang yang mempunyai 2 hari yang tiada perbezaan dlm pertambahan ilmunya, sebenarnya dia sedang menuju ke arah kegagalan. Saya setuju jangan terburu-buru dalam mengamalkan sesuatu ilmu takut gugur di tengah jalan. Tak tahan dengan dugaannya. Tapi jangan tunggu selesai suatu amalan baru nak belajar ilmu yang lain. Takut terlepas kapal pulak |
|
|
|
|
|
|
|
Yg lbh utama tu ingat balik pelajaran ilmu agama yg lama² dulu
hingga le kpd yg plg asas dan mula merujuk semula jika lupa... |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah,
Terima kasih ..syabas Satu perkongsian yang berguna untul diamalkan...
Maaf TT...Apa yang saya faham dari perkongsian ini ... ia bukanlah dinamakan tips dalam mempelajari Ilmu Agama Islam. Ini adalah lebih kepada TARBIAH DIRI. Iaitu mentarbiah diri untuk Istiqamah di dalam satu-satu Amalan..Bukan terbatas kepada Agama Islam... ia juga berguna dalam apa-apa perkara demi untuk mendapat keberkesanan dan kebaikan..
“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari “pati” (yang berasal) dari tanah; Kemudian Kami jadikan pati itu (setitis) air mani pada penetapan yang kukuh; Kemudian Kami ciptakan air mani itu menjadi segumpal darah beku lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk ia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta”. [Al-Mu’minun: 12-14].
“Rasulullah saw telah menceritakan kepada kami –sedang Baginda adalah orang benar yang telah dibenarkan kata-katanya- sabdanya: “Bahawa seseorang kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari, kemudian pada masa itu dijadikan segumpal darah seumpamanya, kemudian pada masa itu dijadikan seketul daging seumpamanya, kemudian Allah mengutuskan seorang Malaikat untuk menulis empat kalimah dan diarahkan agar menulis; amalannya, ajalnya, rezkinya dan untung jahat atau untung baik, kemudian ditiupkan rohnya…”. [Sahih Muslim No. 2643].
Dari ayat Al quran dan hadis ini terdapat tips bagaimana untuk kekal atau istiqamah di dalam sesuatu amalan.
#40hari 1 persenyawaan benih ---> proses awal pembentukan - kaitan nya pada amalan adalah apabila melakukan sesuatu perkara berterusan dan tetap selama 40 hari ia akan membentuk satu jadual dalam akal fikiran.
#40hari 2 pembentukan awal daging ---> berkaitan dengan jasad - kaitan pada amalan adalah bila istiqamah melebihi 40 hari ia akan memberi satu jadual kepada Jasad. keselesaan jasad untuk melakukan amalan.
#40hari 3 kejadian awal tulang dan rupa bentuk ---> berkaitan dengan sifat - kaitan pada amalan adalah bila istiqamah melebihi 80 hari ia akan mula menjadi sifat kepada pengamalnya
#setelah 120 hari di tiupkan ruh kepadanya ---> berkaitan dengan sebati - kaitan pada amalan adalah bila istiqamah melebihi 120 hari ia akan menjadi budaya hidup kepada pengamalnya.
Untuk memahami kawan atau nak cari pasangan hidup, juga berpandukan yang sama.. Setelah 4 bulan akrab baru anda akan mengenali siapa dia sebenarnya..
WallahuALAM Last edited by GiQ on 16-10-2013 05:17 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
salam ![](static/image/smiley/default/1.gif)
Di sini berlaku beberapa kesilapan teknikal semasa belajar ilmu agama. Barangkali, perkara pertama ialah niat yg tidak betul. Kedua, mungkin baca tanpa pemahaman dan ketiga, belajar dalam keadaan terburu2. Saya lebih berminat untuk menyentuh soal ketiga
good suggestion .. just nak add sikit ..
d'dalam kita menuntut ilmu ugama terutama sekali ..
hendaklah semestinya berguru ..
pada menuntut hendak lah .. complete ..
ini makna menuntut .. dan ada barang yang d'tuntut ..
dengan erti kata pada menuntut biarlah sabar .. sehingga
awal akhir zahir bathin .. insyAllah .. masing² ada bahagian ..
ofcoz .. ini bukan datang bergolek atau melayang ..
its a process .. slowly but surely .. insyAllah ..
p/s ..
penekanan ini adalah keutamaan akan ilmu Ugama fardhu 'Ain dulu ..
wassalam
![](static/image/smiley/default/1.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
Dzulqarnain posted on 16-10-2013 02:37 AM ![](static/image/common/back.gif)
Yg lbh utama tu ingat balik pelajaran ilmu agama yg lama2 dulu
hingga le kpd yg plg asas dan m ...
Bismillah ![](static/image/smiley/default/smile.gif)
penyakit ilmu ialah lupa
sebagai manusia , tak patut kalau kita upgrade penyakit lupa tu
|
|
|
|
|
|
|
|
mr_evergreen posted on 20-10-2013 05:35 PM ![](static/image/common/back.gif)
Bismillah
penyakit ilmu ialah lupa
Yg sakit tu manusia kot
Allah Al-Alim x pernah lupa
beringat2 le sbb peringatan tu Az-Zikr
Ingat le kpd yg x pernah lupa...
- Allah Al-Mukmin, Al-Muhaimin
Firman Allah:
![](http://www.surah.my/assets/s002/a152-28ee186ad1d92cf837a3e1f7943b2e21.png)
Maka ingatlah padaKu
Aku akan ingat padamu
dan bersyukurlah kepadaKu
dan jangan kamu kufur kepadaKu.
(Al-Baqarah 2:152)
Last edited by Dzulqarnain on 20-10-2013 07:34 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
assalamualaikum...saya ada seorang kawan yang ingin berubah..dia jarang/tidak solat...jadi saya berjaya memujuk beliau untuk berubah..menjadi seorang lelaki yang menjaga solat...saya ingin memberi sokongan moral kepadanya...jadi saya bercadang untuk menghadiahkan sebuah buku kepadanya..boleh saudara/saudari di sini cadangkan buku apa yang sesuai saya berikan kepadanya.. |
|
|
|
|
|
|
|
AwgSagi... terima kasih... segala cadangan amat dialu-alukan... ![](static/image/smiley/default/biggrin.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
(Mereka itu ialah): orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang mengembara (untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam), yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat kebaikan dan yang melarang daripada kejahatan, serta yang menjaga batas-batas hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman (yang bersifat demikian).
(At-Taubah 9:112)
صدق الله العظيم ![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|