CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2231|Reply: 1

Hikayat Dari Yaman

[Copy link]
Post time 10-10-2013 01:13 PM | Show all posts |Read mode
Saya kongsikan bahan arkib saya dari web al-ahkam tahun 2004 sebagai bahan santai buat sedara semua selepas penat membuat ‘deep thinking’ dan berhujah pada topik2 yang panas


MUQADIMAH
Alhamdulillahbersyukur kita kehadrat ilahi kerana dengan limpah rahmatnya ana dapatsempurnakan penterjemahan ‘kisah dan hikayat dari yaman’ ini yang diriwayatkanoleh qadi muhammad bin ismail al-amrani hafizhahullah yang ana petik dari kitabpengumpulan kisah-kisah yang disampaikan oleh qadi muhammad bin ismailal-amrani hafizhahullah oleh pelajar tua beliau dr. Muhammad abdul rahman ghanimhafizhahullah.
Untukpengenalan kepada para pengunjung yang budiman. Qadi al-amrani ini adalahseorang ulamak besar dan salah seorang bekas qadi besar yang disegani di bumiyaman ini. Beliau sangat berminat dalam bidang ilmu terutamanya dalam bidangpenyebaran ilmu agama yang dimilikinya. Beliau dikenali dengan kemahiranyadalam berbagai bidang ilmu seperti fikah, tafsir, hadis, usul fiqh, sejarah danberbagai-bagai lagi. Beliau adalah salah seorang tenaga pengajar di universitial-iman, maahad ‘ali lil-qada’ dan universiti sana’a.

Beliau jugaturut mengajar di masjid di sekitar sana’a ini. Begitulah pengenalan serbaringkas qadi al-amrani dan sama-samalah kita medoakan semoga allah memanjangkanusia beliau demi khidmatnya untuk agama ini.

Cerita-ceritayang ana terjemahkan ini sebahagianya yang pernah ana dengar sendiri dari qadidan sebahagian besarnya ana petik dari kitab karangan dr.muhammad abdulrahmanghanim.

Cerita-ceritaini yang disampaikan oleh qadi ketika beliau menyampaikan pelajaran kepadapelajar-pelajar beliau kadang-kadang bertujuan untuk memberi contoh ataumenyindir atau berjenaka dengan pelajar-pelajar beliau ketika manapelajar-pelajar terlalu banyak bertanya beliau dan bertanya soalan-soalan yangsama berkali-kali dan bertanya tentang sesuatu yang luar dari tajuk perbahasankitab.begitulah uslub yang digunakan oleh qadi untuk mendidik anak-anak buahnyadi samping mencurahkan ilmu beliau.

Harapan anasemoga dengan sumbangan yang tak seberapa ini dapat memberi faedah untuk parapengunjung laman web permaya ini sekaligus dapat memperkenalkan kepada parapengunjung ulamak-ulamak dari yaman serta ilmu mereka.
Semogadengan sumbangan yang tak seberapa ini juga dikira sebagai amal soleh olehallah s.w.t.

KISAH 1 ( PENJUAL CUKA)

Kisahseorang yang bernama nasruddin juha menjual cuka dengan menunggang keldai.Setiap kali dia memasuki kampung serta lorong-lorong.
Maka diapun akan melaungkan : “cuka bagus …siapa ingin beli cuka bagus”?
Dan setiapkali dia melaungkan jualan cukanya sentiasalah keldainya berteriak dan setiapkali dia diam keldainya pun turut diam.
Akhirnyajuha pun turun dari keldainya lalu berkata : “ siapa yang menjual cuka yangsebenarnya ? Aku atau pun engkau ? Pergilah engkau dan jual cuka-cuka ini” ….….Dan dia pun meninggalkan keldainya lalu pergi dari situ.
Kisah inisering disampaikan oleh qadi hafizhahullah sebagai contoh kepada pelajar yangsentiasa memotong cakap serta fatwa beliau. Kadang-kadang apabila terlalubanyak sangat pelajar memotong cakap beliau dan biasanya dari pelajar yang barudatang , maka berkata qadi al-amrani : “ ini cuka ‘thuri’ dan cuka ‘thuri inidimaksudkan oleh orang sana’a ialah cuka dari luar bukanya cuka ‘baladi’ cukayang dibuat di sana’a dan biasanya cuka ‘thuri’ ini terlalu masam.

HIKAYAT 2 (“ MENGANGKAT ‘IMAMAH (SERBAN) LEBIHMUDAH DARI MENGANGKAT UMAMAH”).

Qadial-amrani hafizhahullah telah menceritakan kisah imam asy-syaukani rahimahullahpernah pergi bersembahyang di salah sebuah masjid di zhamar, ketika beliausedang bersembahyang lalu jatuh ‘imamah (serban) beliau maka beliau punmengangkat balik dan memakaikannya semula di kepala beliau lalu dilihat olehseorang arab badwi.
Maka badwiitu pun berkata kepada imam syaukani selepas beliau selesai sembahyang : “wahai imam! Ini tidak dikira sebagai sembahyang. Ini satu mainan dalamsembahyang”.
Makaberkatalah imam syaukani :
“mengangkat ‘imamah (serban) lebih mudah dari mengangkat umamah”.
Beliaumenunjukan kepada sebuah hadis nabi yang diriwayatkan oleh abi qotadah r.a :
“sesungguhnya nabi s.a.w pernah bersembahyang dalam keadaan beliau mendukungumamah binti zainab, apabila beliau ruku’ diletakanya dan apabila dia bangundidukungkanya”. Riwayat bukhari dan muslim.
Dan iniadalah jawapan imam syaukani rahimahullah yang boleh mendiamkan orang yangbertanya.
KISAH 3 ( “ SAMI’ALLAHU LIMAN KHADIRAH”)
Qadial-amrani hafizhahullah telah menceritakn kisah seorang lelaki yang berkahwindengan dua orang perempuan salah seorang darinya berasal dari kampung ‘hamidah’dari kabilah bukail dan seorang lagi dari kampung ‘khadirah’ dari kabilahhasyid dan kedua-duanya saling cemburu satu sama lain.
Makaberkatalah isterinya yang berasal dari kampung ‘khadirah’ : “engkau menyintaiisteri engkau yang lain lebih dari aku”.
Makaberkatalah suaminya dengan penuh hairan : “bagaimana”?
Laluisterinya menjawab : “engkau sentiasa menyebut-nyebut dalam sembahyangmu”.
Berkatasuami : “ketika manakah aku menyebut namanya”?
Jawab siisteri : “ ketika engkau bangun dari ruku’ engkau sentiasa menyebut“sami’allahu liman hamidah” kenapa engkau tidak katakan “sami’allahu limankhadirah” ?!

(TAMBAHAN CERITA DARI PENULIS DR. GHANIM YANGDIPETIK DARI MAJALAH ‘MASA’ BILANGAN : 7 RABI’UL AKHIR 1420H DARI SALAH SEORANGPEMBACA DARI YAMAN)

Beliauberkata: “aku mempunyai tiga orang adik beradik lelaki. Muhammad, ibrahim danismail. Pada suatu hari emak aku bersembahyang dan tatkala sampai tasyahudakhir.
Emak akumenyebut dengan suara yang agak boleh didengari : “ allahumma salli ‘alamuhammad ..kama sollaita ‘ala ibrahim..” Hingga akhir doa tersebut.
Apabilaselasai beliau sembahyang.
Makadatanglah ismail dalam keadaan menangis lalu berkata : “mama! Bagaimana denganismail? Kenapa muhammad dan ibrahim sahaja? Bukankah aku anak engkau juga?

HIKAYAT 4 (MENGIKUT MAZHAB THOBANJAH!)

Qadial-amrani hafizhahullah telah menceritakan kisah seorang pemuda yang meminumarak lalu mabuk dan dalam keadaan dia mabuk itu dia telah menangkap ‘amrad’seorang budak lelaki ( atau pun sotong dalam istilah pelajar-pelajar malaysiadi sana’a) lalu dia pun membawa budak tersebut berjumpa dengan seorang ulamakdan berkata kepada ulamak tersebut :
“ kahwinkanaku dengan budak ini”.
Lalu bertanyaulamak tersebut dengan penuh kehairanan : “ bagaimana aku ingin lakukan inisemua? Perkara ini haram! Maka naik beranlah pemuda mabuk tadi lalu dia punmengeluarkan thobanjah
( senapanglama arab) lalu ditembaknya ulamak tersebut kemudian dia meninggalkan ulamakyang telah ditembaknya tadi dan pergi menuju kepada ulamak yang lain dan ditanganya thobanjah lalu berkata :
“ kahwinkanaku dengan budak ini kalau tidak engkau akan jadi mangsa kepada thobanjah ini”
Makaberkatalah ulamak tersebut : “ hulurkan tanganmu”…lalu beliau pun menikahkanpemuda mabuk itu dengan budak tersebut…lalu keluarlah pemuda mabuk tadi dengangembiranya seraya berkata :
“aku telahdikahwinkan dengan budak ini”.
Seoranglelaki yang telah mengetahui peristiwa itu pun pergi berjumpa dengan ulamaktersebut lalu bertanya :
“ wahaisyeikh ! Engkau kahwinkan mereka itu mengikut mazhab siapa”?
Jawabulamak tersebut : “aku kahwinkan mereka itu mengikut mazhab thobanjah !


HIKAYAT 5 (TUAN MASJID FULAIHI DAN HAMBANYAYANG BIJAKSANA)

Qadi al-amranihafizhahullah pernah menceritakan kisah orang yang bertanggungjawab membinamasjid fulaihi di sana’a qadimah. Beliau adalah seorang yang soleh digelarsebagai syeikh ahmad al-fulaihi rahimahullah. Beliau telah mewasiatkan supayadibina masjid setelah beliau meninggal dunia dengan menggunakan harta pusakabeliau yang akan ditinggalkanya. Pada suatu malam yang gelap beliau telahkeluar bersama-sama dengan hamba beliau yang bijaksana dan hamba tersebut telahmembawa pelita untuk menerangi jalan tuanya, tiba-tiba dia telah berjalan dibelakang tuanya lalu berkata tuanya :
“berjalanlah di depanku, orang yang ingin menerangi jalan orang lain sepatutnyaberjalan di depan bukannya di belakang”.
Lalumenjawab hamba tersebut : “wahai tuanku! Perbuatanku ini mengikut mazhabengkau”
Lalubertanya tuanya dengan sedikit kehairanan : “mengikut mazhab aku? Bagaimana?
Makamenjawablah hamba beliau untuk menjelaskan maksudnya : “ engkau tatkala inginmelakukan amalan baik iaitu membina masjid untuk menerangi engkau. Engkaujadikanya setelah engkau mati iaitu di belakang engkau. Tidakah lebih baikengkau jadikanya di depan engkau iaitu sebelum engkau mati untuk menerangiengkau”
Laluberkatalah syeikh ahmad al-fulaihi rahimahullah : “benar kata-katamu itu” lalubeliau pun mengarah untuk pembinaan masjid sebelum beliau meninggal dunia.

Setelahselesai pembinaan masjid tersebut maka ramailah orang yang pergi bersembahyangdi situ, maka syeikh ahmad al-fulaihi rahimahullah pun ingin mengajak parajemaah yang bersembahyang di masjid beliau itu untuk datang kenduri di rumahbeliau. Lalu beliau pun mengarahkan hamba tersebut untuk menjemput semua ahlijemaah yang bersembahyang di masjid beliau. Maka hamba itu pun pergi menjemputmereka setelah selesai sembahyang isyak. Lalu dia pun datang bersama-samasebilangan kecil dari jemaah yang bersembahyang tadi.
Makaberkatalah syeikh ahmad al-fulaihi rahimahullah : “ tidakah aku katakan supayaengkau menjemput semua yang bersembahyang di masjidku? Dan engkau datang dengansebilangan kecil sahaja? Dimana lagi baki para jemaah”?
Laludijawab oleh hamba tersebut :
“ merekainilah yang benar-benar bersembahyang di masjid engkau.
Makabertanya syeikh ahmad al-fulaihi rahimahullah : “bagaimana dengan baki yanglainya?
Makamenjawa hamba : “ selepas selesai solat isyak. Lalu aku pun bertanya kepadasemua jemaah yang bersembahyang tadi tentang surah yang dibaca oleh imam dalamsolat tadi, maka seorang pun tidak dapat menjawab soalanku tadi kecuali merekaini sahaja. Maka mereka inilah yang dikira telah bersembahyang”…lalu ketawalahsyeikh ahmad al-fulaihi rahimahullah tadi dengan penjelasan yang diberikan olehhambanya itu


HIKAYAT 6 (KHADAM ASY-SYAMI DAN ANAS BIN MALIKR.A)

Qadial-amrani hafizhahullah pernah menceritakan kisah syed ‘allaamah hasyim binyahya asy-syami rahimahullah. Beliau adalah salah seorang dari kalangan ulamakbesar di yaman pada kurun ke 12 hijrah dan beliau adalah guru kepada guru imamsyaukani rahimahullah. Telah tinggal di penempatan al-ilmi di sana’a qadimah.Pada akhir hayatnya, beliau telah jatuh sakit lumpuh sebelah badan. Makadatanglah imam (pemerintah) yaman pada ketika itu al-mansur husin binal-mutawakil untuk menziarahi asy-syami di rumah beliau. Tatkala sampainyaal-mansur husin di rumah asy-syami maka beliau telah disambut oleh khadamasy-syami yang telah lama berkhidmat kepada beliau.
Lalu imamal-mansur ingin bergurau denganya lalu berkata imam : “ berapa lamakah engkautelah berkhidmat untuk syeikh asy-syami ini ?
Laludijawabnya : “selama sepuluh tahun” maka berkata imam : “selama sepuluh tahun ?Ini tempuh khidmatnya anas bin malik di sisi nabi s.a.w dan selama itu beliauberkhidmat kepada nabi s.a.w, beliau telah menghafaz dari nabi s.a.w beribuhadis dan berbagai ilmu lagi. Jadi sudah berapa banyak yang engkau telah hafazdari ilmu asy-syami ini ?
Laludijawabnya dengan sepontan : “ pada ketika itu nabi s.a.w tidak memiliki seekorlembu untuk dicari makananya oleh anas bin malik r.a. sekiranya nabi s.a.wmemiliki lembu pada ketika itu nescaya anas bin malik r.a tidak akan dapatmenghafaz walau pun sebuah hadis dari nabi s.a.w. lalu ketawalah imam denganjawapan yang diberikan oleh hamba tersebut dan terpegun dengan jawapanya yangboleh membuatkan orang yang bertanya duduk terdiam !!!.


KISAH 7 (BERWASPADA)

Qadial-amrani hafizhahullah pernah bercerita tentang seorang yang terlalu waswaspernah menjadi imam sembahyang waktu di sebuah kampung dan beliau dalam setiapsembahyangnya sentiasa melakukan sujud sahwi tak kiralah samaada telah berlakuperkara-perkara yang sepatutnya untuk sujud sahwi atau pun tidak, beliau tetapakan melakukan sujud sahwi.
Lalubertanyalah makmum yang berjemaah denganya : “kenapa engkau sentiasa melakukansujud sahwi walaupun tiada perkara yang engkau lupa” ?
Lalu beliaumenjawab : “ ihtiathan” !!! (berwaspada).
Pada suatuhari beliau telah menunggang seekor keldai…tiba-tiba keldai itu menundukankepalanya dan melemparkan lelaki tersebut dari belakangnya tak cukup denganmelemparkanya ke tanah, keldai itu menendangnya dengan kakinya. Lalu patahlahanggotanya kerana ditendang oleh keldai tadi. Maka datanglah orang ramaimelihat kejadian tersebut dan membantu beliau. Berkatalah lelaki tersebut dalamkeadaan kesakitan : “ hairan ! Keldai ini melemparkan aku dari belakangnya dantidak cukup dengan itu ditendangnya aku dengan kakinya. Tidakah cukup sekadarmelemparkan aku ke tanah”?!
Makaberkatalah orang ramai : “ihtiathan”… keldai tersebut ingin berwaspada,kalau-kalau ianya tidak dapat mematahkan anggotamu dengan hanya melemparkan ketanah lalu ditambah dengan tendangannya. Maka mazhab keldai tersebut denganmenendang engkau itu samalah dengan mazhab engkau yang sering melakukan sujudsahwi sebagai berwaspada” !!!.


KISAH 8 (AHAD… AHAD… !)

Qadihafizhahullah telah menceritakan kisah seorang bapa yang sedang memukulanaknya.menangislah budak tersebut sambil belari dan berkata : “ahad…ahad…!!!”…
Dan bapanyatadi terus memukulnya dengan perasaan marah dan berkata :
“ haikeldai ! … engkau jadikan aku sama dengan umayyah bin khalaf”.
(umayyahbin khalaf ialah salah seorang pembesar kaum musyrikim mekah dan beliau adalahtuan kepada bilal bin rabah yang telah menyeksanya dengan meletakan batu keatas badan bilal bin rabah …lalu bilal pun berkata dalam keadaan kesakitan yangdialaminya : “ahad…ahad…!!!” ( allah yang satu …allah yang satu !!!)


KISAH 9 ( “MA SYII” YAMANIAH DAN MESRIAH)

Kalimah ‘masyii’ dalam lahjah orang yaman bermaksud ‘tidak’ iaitu satu penafian yangberasal dari perkataan ‘maa sya’i’ iaitu tiada sesuatu. Adapun ‘ma syii’ dalamlahjah orang mesir pula bermaksud ‘ya’ ia berasal dari kata perbuatan ‘masya’ .
Bertepatandengan percanggahan makna ini, qadi hafizhahullah telah menceritakan kisahseorang pemuda dari yaman telah pergi melancong ke kaherah ibunegara mesir dantelah menyewa sebuah teksi. Tatkala sampai ke tempat yang ingin dituju olehnyalalu dia pun membayar sewa kepada pemandu teksi tersebut dengan beberapa junaih(mata wang mesir) dan bertanya :
“ ini cukupkah”?
Jawabpemandu teksi tersebut dengan puas hati : “ma syii”
Maka pemudayaman tadi menyangka bahawa pemandu itu tidak bersetuju dengan harga yangdibayarnya lalu mengeluarkan beberapa junaih lagi untuk ditambah dan berkata :
“ nah inicukup” ?
Jawabpemandu : “ma syii”
Makamarahlah pemuda yaman tadi dan berkata : “ apakah yang engkau mahu sebenarnya ?Engkau ni memang seorang yang tamak ! Masih tak cukupkah ? Yang engkau sentiasasebut ma syii… ma syii” lalu ditariknya pemandu tadi dan berteriak…
Laluberkatalah pemandu : “aku kata ma syii… ma syii maksudku telah bersetuju denganharga yang engkau bayar tadi, telah cukup bagiku. Tetapi engkau masih lagimenambahnya …jadi apa yang harus aku lakukan ?!


KISAH 10 (MAKA SUJUDLAH SEKELIAN MALAIKATMELAINKAN IBLIS)

Qadial-amrani hafizhahullah pernah menceritakan tentang qaedah di sisi mazhabal-hadawiyyah apabila dibacakan ayat-ayat al-quran yang disunatkan sujudpadanya, mereka tidak akan sujud di dalam solat.
Pada suatumasa dahulu seorang yang bermazhab al-hadawiyyah telah pergi ke tanah haramuntuk menunaikan haji & umrah lalu beliau telah bersembahyang di masjidilharam dan tatkala itu imam telah membacakan ayat-ayat yang disunatkan sujudpadanya. Lalu sujudlah sekelian umat islam di masjidil haram melainkan beliauseorang yang berdiri kerana mengikut mazhab al-hadawiyyah yang dipegangnya.Apabila selesai sembahyang maka bangunlah seorang jemaah yang duduk di sebelahbeliau dan membacakan ayat al-quran dari surah al-hijr ayat 30 yang bermaksud ;
(makasujudlah malaikat sekelianya melainkan iblis…)!!!


HIKAYAT 11 (“CEGAH OLEHMU DARI KELUAR DARINERAKA”)

Qadial-amrani hafizhahullah pernah menceritakan kisah imam syaukani rahimahullah.Beliau pernah mengajar pelajar-pelajar beliau sahih bukhari. Setiap kali sampaikepada hadis tentang syafa’ah yang padanya keluar sekelian orang islam yangberada dalam neraka selapas mereka ini di azab dan di sana ada beberapa orangpelajar beliau yang beraqidah muktazilah yang mengingkari syafa’ah. Maka setiapkali sampai pada hadis tersebut sentiasalah dibahas oleh pelajar tersebut dandisanggah dan sebagainya. Lalu imam telah jemu dengan perbahasan yangdikemukakan oleh pelajar tersebut seraya berkata :
“ tatkaladatang malaikat untuk membawa keluar engkau dari neraka nanti, maka cegahilahia dari keluarkan engkau darinya dan katakan padanya : aku adalah seorang yangbermazhab muktazilah , aku tidak akan keluar dari sini” .

Begitulahbeberapa hikayat dan cerita yang ana dapat ambil dan cedok dari bumi yemen yangterkenal dengan nama 'biladul yaman , biladul iman wal hikmah'..........

Last edited by AwgSagi on 10-10-2013 01:13 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2013 01:56 PM | Show all posts
Wahh ada sesi bercerita la kat sini...

but tak faham sangat kisah 1..the teacher is perli-ing is it by saying "ini cuka thuri" to the student...erm...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 11:36 PM GMT+8 , Processed in 0.647603 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list