View: 2103|Reply: 9
|
JAM Dzikrul Maut dan Jam
[Copy link]
|
|

Assallamuaaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Alhamdullillah..
STOCKHOLM, Sweden - Sebelum ini terdapat laman web yang boleh meramal bila ibu bapa anda akan mati.
Kini terdapat sejenis jam tangan yang bukan sahaja meramal tarikh kematian seseorang tetapi mengira detik waktu tersebut.
Sebuah akhbar melaporkan jam tangan jenama Tikker itu membuat ramalan tersebut berpandukan maklumat kesihatan yang diisi oleh pemiliknya.
Selepas data diisi, jam tangan Tikker akan memulakan pengiraan detik kematian individu tersebut.
Gajet yang juga dikenali sebagai 'jam tangan kematian' itu dicipta oleh pereka dari Sweden, Frendrik Colting.
"Saya mereka jam tangan elektronik ini bukan untuk menakutkan pengguna," kata Colting.
"Sebaliknya, saya mahu mereka lebih menghargai kehidupan dan masa yang mereka ada," tambahnya.
Skrin atas jam digital itu memaparkan tahun, bulan dan hari manakala paparan bawah mempunyai kiraan detik jam, minit dan saat.
Jam tangan itu yang didatangkan dengan warna putih dan hitam, dijual di pasaran pada harga sekitar AS$59 (RM188). - Agensi

Uncle tertarik dgn produk & berita ni..
Ada siapa kat Sweden.....Tolong belikan utk Uncle 
Walaupun baik buruknya bergantung kepada ..the way we look at it...
Tapi bagi Uncle..ianya sgt baik utk simbolik Dzrul maut...
Keutamaan Dzikrul Maut
1. Dzikrul maut menghindarkan diri dari kampung tipu daya dan menggiatkan persiapan untuk kampung akhirat.
Dalil Hadits : “Hadiah orang mu’min adalah kematian” (HR. Abu Dunya, Thabrani dan Al Hakim secara mursal dengan sanad hasan)
2. Dzikrul maut membongkar berbagai keburukan dunia sehingga menyadarkan manusia bahwa dunia hanyalah perhiasan yang semu tak akan kekal abadi. Dalil Hadits : “Tinggal di dunia ibarat musafir yang sedang istirahat sejenak di bawah pohon untuk kemudian pergi melanjutkan perjalanan.”
3. Dengan dzikrul maut segala kesusahan dan penderitaan dunia menjadi ringan baginya.
4. Dzikrul maut melembutkan hati dan menajamkan bashiroh. Dengan dzikrul maut setiap insan akan merasa perlu untuk memperbaiki dirinya dan terus mengupayakan amal sholeh sebanyak-banyaknya sehingga ia akan berhati-hati dan lebih menghargai orang lain karena baginya tidak ada yang abadi di dunia ini dan setiap orang berpotensi lebih baik dari dirinya, jadi ia tidak tertipu dengan kesenangan dan kebahagiaan semua.
Rasulullah SAW bersabda :
“Manfaatkanlah lima perkara sebelum lima perkara: Masa mudamu sebelum masa tuamu; Masa sehatmu sebelum masa sakitmu; Masa kayamu sebelum masa kemiskinanmu; Masa luangmu sebelum masa sibukmu; Masa hidupmu sebelum masa kematianmu.” (HR. Abu Dunya dengan sanad hasan) dan dalam riwayat yang lain : “Dua nikmat yang disia-siakan oleh banyak orang ialah kesehatan dan waktu luang.”
(HR. Bukhari)
Patut Umat Islam yg cipta Jam ni..
what say u... 
Last edited by burungantu on 9-10-2013 10:17 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
tudia dahsyat nyaa.......
kemtian adalah hak mutlak Allah...
tapi kalau nak beringat memang bagus, sebab dia adalh org yg cerdik sebab mengingati mati....
'bal tuk siru nak hayatad dunyaa..."
"wal akhirotu khoiruw waabqo...."
[size=2.2][size=2.2]--Tetapi kamu [orang-orang kafir] memilih kehidupan duniawi. (16)
[size=2.2]---Sedang kehidupan akhirat adalah lebih baik dan lebih kekal. (17)
|
|
|
|
|
|
|
|
Mustahil bagi manusia mengetahui empat hal ghaib, kelahiran dan kematian; rezeki; amal dan kesudahan hidupnya sama ada celaka atau bahagia yang termeteri di luh mahfuz. Empat rahsia itu tersimpan di bank data ciptaan Allah Yang Maha Mengetahui dengan pengetahuan yang tidak terjangkau oleh akal fikiran manusia biasa kerana manusia dicipta dengan akal fikiran yang terbatas.
Penerokaan akalnya tak akan dapat menjawab persoalan bilakah kelahiran dan kematian berlaku, supaya ketakutan dan pengharapan kepada Allah sentiasa hadir pada nalurinya yang paling tajam. Supaya kekuatan iradah menerusi elemen akal, jasmani dan rohani terus bergejolak menyahut seruan Yang Maha Mencipta memandangkan adalah dunia tempat bermujahadah untuk memenangi akhirat.
Ini semua bagi menghasilkan kesedaran bahawa kita semua akan mati sebagaimana sabda Rasulullah SAW bermaksud:
"Perbanyakkanlah olehmu mengingat perosak kelazatan, iaitu mati".
(Hadis riwayat al-Tirmizi).
Kemampuan untuk mengingati mati adalah sebaik-baik kecerdasan dan kebijaksanaan seseorang. Apabila kegembiraan mencurah-curah dari hati, bolehkah kita selitkan peringatan mengenai mati, apabila cita-cita tercapai, kemewahan dikecapi, kebahagiaan tak sudah-sudah, adakah kita ingat esok kita mati dan semua akan musnah? Berhasilkah kita menasihati diri sendiri pada saat kelalaian dan lupa daratan?
Sungguh susah kerana kita cenderung kepada tarikan cinta dunia dan takut mati. Takut mati yang diamalkan oleh kebanyakan manusia akhir zaman ialah tidak bersedia menghadapi kematian dengan persediaan amal soleh, leka dengan dosa dan kekotoran yang terpalit pada diri.
Menunda taubat dan menyangka masih banyak kesempatan untuk peluang terakhir padahal setiap hari berlalu tanah di perkuburan memanggil, bahkan mengancam manusia yang degil.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Bahawasanya tidak berlalu satu hari ke atas kubur melainkan kubur berkata (kepada manusia): Akulah rumah pengasingan, akulah rumah persendirian, akulah rumah tanah, akulah rumah yang penuh dengan ulat. Dan apabila dikuburkan orang yang bermaksiat dan orang yang kafir maka kubur berkata kepadanya: Tidak ada ucapan selamat datang bagimu, sesungguhnya engkau adalah orang yang paling kubenci yang berjalan di atasku. Pada hari ini segala urusanmu telah diserahkan kepadaku maka engkau akan lihat betapa aku akan membalas perbuatanmu. Lalu kubur itu menghimpitnya sehingga berselisih tulang-tulang rusuknya".
(Hadis riwayat al-Tirmizi)
Saat itu penilaian terhadap diri bermula tetapi penyesalan tak merubah apapun, hanya kesedaran betapa ruginya meremehkan nilai sesuatu amal hatta bersedekah dengan sepotong kurma yang boleh menyelamatkan dari api neraka. Pada masa itu akan terkenang kita peluang yang tak direbut, saat leka dengan hiburan, kemalasan dan menunda ibadat yang menjadi kebiasaan.
Maka menangislah mata-mata yang tak pernah menangis (kerana takut pada Allah) dan ketakutan hati-hati yang tak pernah takut. Menggigil sekujur badan yang akan menanggung salah lakunya sendiri. Tidak pernah dalam satu hari pun kecuali pada hari itu ia berasa begitu menyesal dan berputus asa dengan keadaannya, malangnya peluang kedua sudah tiada lagi.....
|
|
|
|
|
|
|
|
banyak benda boleh buat kita terasa...
kalau jam mcm ni, memang la.... |
|
|
|
|
|
|
|
salam 
Patut Umat Islam yg cipta Jam ni..
what say u... haha ..
ada orang cakap nanti science bukan untuk Islam .. hehe
mana ada ULUM d'dalam Islam .. mereka kata ..
Mari kita sama² belajar menghitung:
1000 hari dunia = 1 hari akhirat.
24 jam akhirat = 1000 tahun dunia.
12 jam akhirat = 500 tahun dunia.
6 jam akhirat = 250 tahun dunia.
3 jam akhirat = 125 tahun dunia.
1.5 jam akhirat = 62.5 tahun dunia.
setiap hari kita menunaikan shalat wajib 5 waktu (seandainya setiap satu waktu untuk shalat itu 5 menit), maka:
5 x 5 = 25 menit.
Dalam 1 hari ..
kita menghadap kepada ALLAH (shalat) hanya 25 menit saja.
Dalam 1 minggu berarti 175 menit.
Dalam 1 bulan berarti 700 menit.
Dan dalam setahun berarti sekitar 8400 menit (140 jam).
Jika kita mati umur 63 tahun,
berapa menit kah waktu yang kita gunakan untuk menghadap (beribadah) kepada Allah swt?
Oke, mari kita belajar menghitung lagi ..
63 tahun waktu hidup normal.
(Sekedar info, sholat kita yang d'terima (syah) adalah saat kita sudah baligh.
Usia baligh mungkin sekitar umur 13 tahun).
63 - 13 = 50 tahun.
Jadi,
50 tahun x 140 jam = 7000 jam.
7000 jam = 292 hari.
292 hari = 9 bulan.
MasyAllah ..
Seandainya kita diberi umur 63 tahun,
dan seandainya kita rajin shalat 5 waktu tanpa henti,
ternyata kalau d'hitung² menggunakan matematika dunia,
maka d'smpulkan bahwa:
dari umur 63 tahun yang kita punya,
kita hanya punya waktu 9 bulan untuk beribadah kepada Allah swt.
senang cerita ..
umur kita adalah pinjaman dan d'perpanjangkan ..
siapa umur kita sebenar nya ..?
dia adalah Nyawa kamu ..
orang mukmin mengingati mati yang cinta pada Allah ..
so .. umur mengikut jam .. 24 jam ..
Umur mengikut nafas ..
turun pun habis ..
naik pun habis ..
"Demi masa... Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,
kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal shalih
dan saling menasehati supaya mentaati kebenaran
dan saling menasehati supaya menetapi kesabaran".
(QS. al-Ashr: 1-3)
wassalam

|
|
|
|
|
|
|
|
NorAddin posted on 10-10-2013 02:48 PM 
salam
haha ..
I'm lost in the middle of the calculation..
kena baca dua kali...hehe
|
|
|
|
|
|
|
|
NorAddin posted on 10-10-2013 03:22 PM 
salam
haha .. gosshhh ..
that is soo sweeeettt.........
|
|
|
|
|
|
|
| |
|