CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1838|Reply: 1

Kisah Pendeta Yahudi Masuk Islam Melalui Internet

[Copy link]
Post time 9-10-2013 09:05 AM | Show all posts |Read mode




Seorang pendeta yahudi bernama Joseph Chohien telah mengemparkan masyarakat yahudi Israel bila beliau mengisytiharkan diri memeluk Islam…Kini nama barunya ialah Yusof Muhammad Khattab..

Lebih menggemparkan ialah beliau turut membawa beberapa ahli keluarganya yg lain termasuk isteri dan anak2nya berhijrah meninggalkan agama yahudi dgn memeluk Islam…

Sejarah keislaman beliau bermula dari saat beliau berkenalan dgn seorg daie dari Kuwait melalui internet….yg banyak memberikannya kesedaran dan pendedahan akan hakikat Islam..hampir 2 tahun lamanya mereka berhubung hinggalah akhirnya beliau diperkenalkan pula dgn seorg Daie lagi di al-Quds, Palestin…

Dari situlah….akhirnya Allah swt menguatkan serta membuka pintu hati beliau utk menuturkan kalimah Syahadah..hingga akhirnya isteri dan anak2nya juga turut sama mendapat hidayah Allah swt dgn memeluk Islam….

Di peringkat awal keislamannya beliau telah menempuh berbagai kesusahan dan tekanan2 termasuk dari 2 org tuanya yg masih beragama yahudi..

Antara yg turut memberikan tekanan dan gangguan hebat ialah pihakKementerian Dalam Negeri Israel sendiri dan persatuan ’Syaas’ yg pernah dianggotainya sblm ini …di mana beliau telah dituduh konon ditimpa penyakit gila, gangguan fikiran dsb…di samping itu pula banyak hak2 beliau sebagai rakyat Israel dinafikan oleh rejim Israel yg sangat menguji keimanannya yg baru tersebut…

Setelah puas menempuh pelbagai rintangan dan tekanan akhirnya beliau berjaya juga melepasi kesemua halangan tersebut dan berjaya pula mendapatkan pengiktirafan serta hak2nya sebagai warga negara yg telah dinafikan sebelumnya ..

Kini Yusof mula bergiat cergas dlm amal2 dakwah dan kebajikan di sekitar kota al-Quds bersama2 rakan arab yg lain..

Sila lihat video di bawah:








sumber http://mustaqimmah.blogspot.com

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2013 09:42 AM | Show all posts
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

Dan kepada Allah jualah tertentunya urusan memberi panduan yang menerangkan jalan yang lurus; dan di antara jalan-jalan yang dituju ada yang terpesong dari kebenaran; dan jika Ia kehendaki, tentulah Ia memberi petunjuk kepada kamu semua (yang menyampaikan ke jalan yang lurus itu).
(Al-Nahl 16:9)

Jika engkau (wahai Muhammad) terlalu tamak (inginkan mereka beroleh hidayah petunjuk, maka sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang berhak disesatkanNya; dan tiadalah bagi mereka sesiapapun yang dapat memberikan pertolongan.
(Al-Nahl 16:37)

صدق الله العظيم


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 11:06 PM GMT+8 , Processed in 1.146549 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list