View: 1878|Reply: 1
|
Perkongsian info mengenai ibadat Korban.
[Copy link]
|
|
Berkongsi apa yg saya dapat dari seorang sahabat buat peringatan bersama mengenai ibadat korban.....
Ibadah Korban adalah ibadah yang paling disukai Allah SWT ketika Aidiladha. Menurut Mazhab Syafie, hukumnya adalah sunat Muaakad. Yakni sunat yang sangat dituntut bagi mereka yang berkemampuan setahun sekali.
“Tidak ada satu amalan anak Adam di hari-hari Nahar (Hari-hari ‘Eidul Adha) yang paling Allah sukai selain daripada menumpahkan darah (sembelih), kerana ia (binatang korban) itu akan datang di hari kiamat nanti dengan tanduk dan kukunya dan bulu-bulunya (sebagai saksi ke atas ibadah korban tuannya), dan sesungguhnya darah (binatang korban itu) akan tumpah di sisi Allah di suatu tempat sebelum tumpah ke bumi, oleh itu pilihlah olehmu binatang terbaik (paling menarik) untuk dikorbankan. ”
(Hadis riwayat Hakim, Ibnu Majah dan Tirmizi dan dianggap sebagai Hadis Hasan Gharib)
“Barangsiapa yang mendapati dirinya mempunyai kelapangan/kemampuan (rezeki untuk berkorban), lalu dia tidak mahu berkorban, maka jangan sekali-kali dia mendekati tempat solat kami.”
(Hadis Riwayat Ahmad, Ibn Majah, Darqutni, Hakim dan sanadnya hasan. Lihat: Fathul Bari, jld. 10/5. Hadis Mauquf lihat: Bulughul Maram, 1349 dan Ahkam al-I’dain, hlm. 26)
Telah dijelaskan dalam kitab Subulus Salam tentang maksud hadis di atas ini bahawa:
“Hadis ini menunjukkan bahawasanya seseorang dianggap telah meninggalkan suatu kewajipan (korban) yang seolah-olah (baginya) tidak ada manfaatnya, walaupun dia bertaqarrub kepada Allah (solat tetapi sayangnya) dia meninggalkan kewajipan itu (korban)”.
(Lihat: Subulus Salam, 4/169)
Imam Malik rahimahullah berkata:
“Saya tidak suka terhadap seseorang yang mampu untuk menyembelih binatang (korban) lalu dia meninggalkannya (tidak melakukannya)”.
(Lihat: الموطأ 2/38. Imam Malik. Syarah al-Muwatha: Tanwir al-Hawalik)
|
|
|
|
|
|
|
|
mohon sesiapa jelaskan hukum memberi upah kpd pekerja korban menggunakan daging korban. berbelit2 nampaknya soalan aku. tapi takpe.  |
|
|
|
|
|
|
| |
|