View: 2703|Reply: 2
|
PEMBONGKARAN! - RAHSIA KELEBIHAN BERZIKIR DARI SUDUT SAINS.
[Copy link]
|
|
PEMBONGKARAN! - RAHSIA KELEBIHAN BERZIKIR DARI SUDUT SAINS.
Written By taoslayerz on Thursday, September 26, 2013 | 12:50 PM
TAOTAUAJER - Seperti mana yang kita tahu berzikir boleh membuatkan hati menjadi tenang , tapi apakah kebenaran saintifik terhadap aktiviti berzikir ini? bahkan hasil kajian Dr Masaru Emoto telah membuktikan molekul air akan menjadi kristal sewaktu dibacakan doa....benarkah zikir akan menenangkan? Ikuti pembongkaran rahsia kelebihan berzikir dari sudut sains.
Otak sebenarnya ialah satu himpunan aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi secara sempurna.
Ketika otak berfungsi, berlaku perubahan kimia di dalamnya yang melibatkan pergerakan ion-ion atau atom-atom yang membawa cas. Setiap hari empat belas juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan enam belas juta saraf tubuh yang lain.
Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas. Ukuran isyarat otak yang terhasil daripada aktiviti elektrik yang dapat dikenal pasti melalui kaedah electroencephalography (EEG).

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimah-kalimah Allah S.W.T seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut.
Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.
Otak mula memahami perkara baru, melihat daripada perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedangkan sebelum berzikir otak tidak sebegini. Otak yang segar dan cerdas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. Kajian dilakukan di University of Washington dengan menggunakan ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.

Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.
Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang kali, aktiviti saraf otak merebak ke kawasan-kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama.
Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya. Jika ia mengaitkan tentang kecerdasan otak, maka betullah sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
“Orang yang berzikir kepada Allah S.W.T ditengah-tengah orang yang lalai ibarat sebuah pepohonan yang hijau ditengah-tengah pepohonan yang kering.”
Oleh itu, saudara-saudara seIslam, ketika saintis barat baru menemui mukjizat ini, kita umat Islam iaitu umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang remeh tentang kepentingan berzikir dan secara nyata mengabaikannya.
Sebelum mengakhiri artikel apakata kita dengarkan zikir harian ini sekejap 4 minit jer.
Last edited by mbhcsf on 7-10-2013 02:26 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
dear, now they are using fMRI ...tak guna sangat PET scan ni melainkan untuk tujuan tertentu dan objective kajian tertentu sebab radiasi.
Berkenaan dengan zikir dan ketenangan jiwa , cer you baca blog Ustaz Pahrol Muhammad Juoi tentang bagaimana nak capai zikr yg mengesankan ada kaedah dia, menarik.
lagi satu , orang tak payah nak tunggu penemuan ini untuk berzikir kan setelah dalam Quran pun diterangkan :
" iaitu orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang" ( surah Ar-Ra'd ; 28 )
|
|
|
|
|
|
|
|
selalunya kajian tentang pola / pattern of brain activation keaftifan otak ( bhgn mana otak yg akan aktif) bila dirangsang dengan bahan rangsangan tertentu telah lama dikaji.
kata kerja ni kalau org tu pakar dalam kajian kata /morfologi - satu cabang linguistic boleh dipecahkan kepada beberapa jenis - mengikut sifat ....mungkin itu agaknya ( sebab saya tak baca artikel itu ) setiap kata kerja activate different parts of the brain ...
kalau subjek tu disuruh membaca perkataan dan mengaitkannya dengan kata kerja
that means - bhgn otak yg proses rangsangan penglihatan ( perkataan yg dibaca) itu akan activate dan bhgn otak yg proses symbol - bahasa akan activate- dan activate bhgn kajian makna ( semantic ) -- ke kawasan bhs dan kata kerja ( action ) subjek mungkin membayankan aksi lakuan kata itu - dan ini menyebabkan frontal lobe / cortex activate ....
|
|
|
|
|
|
|
| |
|