harizs posted on 29-9-2013 02:20 AM
Sabda Rasulullah SAW : “Kamu sekalian pada hari kiamat akan dipanggil dengan nama kamu dan nama bap ...
salam.
berdasarkan list nama yg dinyatakan, saya ingin tahu, apakah nama2 yg dimaksudkan itu datangnya dariNya dan Rasul2Nya (perintah larangan)?
jika ada sila kemukakan disini dalil2nya dengan sejelas2nya (merujuk nama ini) sebagai contoh :
1. Balqis – ketua jin = nama seorang puteri
2. Qistina/Kistina – penghulu jin = makna asal keadilan
3. Najwa – bisikan =makna asal berbisik-bisikkan (dwi makna)
kita beriman kepada Allah dan Rasul2Nya. setiap permasaalahan dan ketetapan perlulah dijawab dalam keterangan yg jelas untuk mengelakkan khilaf ketika membicarakan sesuatu ilmu seperti yg tertera di atas kerana saya mendapati seakan2 suatu bentuk ketetapan yg dilarang olehNya untuk menggunakan nama2 itu. mohon pencerahan yg sewajarnya.
saya pernah mendengar keterangan seorang ustaz dikaca tv perihal nama2 ini. cuma saya tegaskan disini, gunalah apa pun nama selagi tidak mengaibkan anak2 itu sendiri. sesungguhnya perkara2 ghaib itu diluar bidang kuasa manusia kerana boleh jadi itu merupakan petunjuk kearah kebaikkan ataupun keburukkan manusia itu sendiri (pada maksud sangkaan kepada perkara2 yg tidak diwajibkan diimani). sekian harap maklum
(Setelah itu) dikatakan kepadanya: "Dipersilakan masuk ke dalam istana ini." Maka ketika ia melihatnya, disangkanya halaman istana itu sebuah kolam air, serta dia pun menyingsingkan pakaian dari dua betisnya. Nabi Sulaiman berkata: "Sebenarnya ini adalah sebuah istana yang diperbuat licin berkilat dari kaca". (Mendengar yang demikian), Balqis berdoa: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menzalimi diri sendiri dan (sekarang aku menegaskan) aku berserah diri memeluk Islam bersama-sama Nabi Sulaiman, kepada Allah Tuhan sekalian alam." [An-Naml: 36 - 44]
tobby posted on 6-10-2013 01:11 AM
(Setelah itu) dikatakan kepadanya: "Dipersilakan masuk ke dalam istana ini." Maka ketika ia melihatn ...
Alhamdullillah. jawapan yg diterangkan memenuhi dengan kehendak syara' yg pernah dinyatakan oleh baginda Rasullullah saw. semoga kita digolongkan dari kalangan orang2 yg dimaksudkan olehNya beriman kepadaNya.
cuma saya terfikir, kenapa post ini tidak dijawab oleh tuan/puan punya tread kerana apa yg dinyatakan oleh dia merujuk suatu ilmu yg samar2 yg akan menimbulkan fitnah pada umat Islam itu sendiri. semoga Allah mengampunkan dosa2 yg tidak kita ketahui selama diri kita berforum. Insya'allah.