View: 1770|Reply: 2
|
Buat Perubahan Diri Terlebih Dahulu
[Copy link]
|
|
Kalau kita bersyarah di hadapan orang
Anggaplah kita bersyarah kepada diri kita
Orang ramai hanya menumpang mendengar sahaja
Yang patut lebih dahulu mengamalkannya adalah kita
Jika sering kita bersyarah orang tidak berubah
Apakan daya hidayah bukan di tangan kita
Yang penting diri kita semakin berubah
Kita yang bersyarahlah role modelnya
Kalau setiap kali kita bersyarah orang tidak berubah
Janganlah marah-marah kepada mereka
Lebih-lebih lagi jangan maki hamun terhadap mereka
Yang eloknya marah-marahlah kepada diri kita
Kerana kita menyuruh orang kita lupa diri kita
Orang tidak berubah, doakan mereka
Kita tidak berubah celalah diri kita
Jangan pula mencela mereka
credit to http://mustaqimmah.blogspot.com
Last edited by servantforever on 24-9-2013 03:55 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
penerangan yg kurang jelas. penerangan yg paling jelas adalah kembali kepada agama dalam maksud melihat dan memahami petunjukNya (Alquran dan Sunnah) kerana didalamnya terkandung semua yg dimaksudkan iman.
jika mengikut petunjuk, tiada maksud melakukan kesalahan. jika tidak mengikut petunjuk, maka akan timbullah makna was2 seperti mana yg anda nyatakan. maka beza orang yg beriman dan tidak beriman itu adalah pada maksud petunjuk. dan orang yg mengikut petunjuk tidak perlu melihat apa jua kesalahan yg pernah dirinya lakukan kerana semuanya terpulang kepada Allah untuk dibicarakan.
perkara simple jgn disusahkan wahai saudara yg belum memahami petunjukNya. kerana itulah umat Islam hari ini hidup dalam kesusahan disebabkan banyak bersangka2 dengan petunjukNya. kerana terlalu banyak berfikir tanpa merujuk kepada petunjuk sebagai maksud iman dan takwa kepadaNya, ramai yg terbabas dari landasan yg Dia tetapkan.
|
|
|
|
|
|
|
|
salam 
bersyarah sana .. bersyarah sini ..
itu bagus .. untuk membukan Aqal fikiran orang ..
masaalah nya ..
jangan sampai kita tak terbuka pulak .. hehe
sooo ..
ada jalan boleh cakap aahh ..
takda jalan jangan buang cakap ..
berdiam lagi bagus .. dengan mengamalkan ..
wassalam

|
|
|
|
|
|
|
| |
|