CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10537|Reply: 6

Panduan Mandi Wajib/Junub

[Copy link]
Post time 16-9-2013 04:01 PM | Show all posts |Read mode


Cara mandi wajib yang sah sering menjadi persoalan di kalangan umat islam antaranya, remaja yang baru baligh, perempuan yang datang haid, lelaki yang keluar mani,wanita yang keluar darah nifas, suami isteri yang bersetubuh (jimak) dan sebagainya.

Sebab Anda Perlu Mandi Wajib
1-Bertemu dua khitan atau bersetubuh (masuknya zakar sehingga terbenam kepalanya ke dalam faraj)
2-Keluar mani walaupun sedikit
3-Mati melainkan syahid
4-Keluar haid bagi perempuan.
5-Keluar nifas (darah yang mengiringi bayi ketika bersalin)
6-Wiladah atau melahirkan anak

Rukun Mandi Wajib ( Cukup 3 rukun ini, mandi wajib sah)
1-Niat Mandi Wajib
2-Menghilangkan najis di badan samada yang jelas('ayni) atau tidak jelas(hukmi)
3-Menyampaikan air ke seluruh anggota badan dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki.

Jenis Niat Mandi Wajib
1- Keluar Mani atau keluar haid dan nifas
"Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala"
"Sahaja aku mandi daripada haid kerana Allah Taala"

2- Mandi disebabkan bersetubuh antara suami isteri
"Sahaja aku mandi junub kerana Allah Taala"

3- Mandi disebabkan keluarnya darah nifas
"Sahaja aku mandi daripada nifas kerana Allah Taala"



Sunat Ketika Mandi Wajib

1- Mengadap Kiblat
2- Membaca basmalah
3- Membasuh dua tapak tangan
4- Mengambil wuduk sebelum mandi
5- Menggosok seluruh anggota badan dengan tangan dan berturut-turut dalam membasuh anggota
6- Membasuh kemaluan dengan tangan kiri dan juga segala kekotoran yang ada pada badan.
7- Menyelati rambut kepala dengan air kemudian membasuh kepala 3 kali.
8- Mengambil air dan membasuh ke semua tubuh yang berlipat seperti tubuh yang berlipat seperti kedua-dua telinga, lipatan-lipatan perut, dalam         pusat dan ketiak.
9- Membasuh sebanyak 3 kali sebagai kias kepada wuduk .

Cara-Cara Mandi Wajib

1- Bersihkan tubuh dan hilangkan kotoran dan perkara-perkara yang boleh menghalang air sampai ke anggota badan semasa mandi hadas .
2- Duduk bertinggung bagi yang berkemampuan. Ini bertujuan untuk membuka semua anggota yang zahir dan mudah untuk menyampaikan air ke       kawasan-kawasan sulit seperti qubul dan dubur. Kalau berdiri pun tidak jadi masalah , yang penting ialah air sampai kepada semua bahagian             anggota badan.
3- Niat mandi wajib . Bagi sesiapa yang tidak pandai bahasa arab boleh dalam bahasa melayu.
4- Sunat memulakan mandian disebelah kanan anggota badan dan seterusnya disebelah kiri.
5- Gosok atau sapu disemua anggota badan , mengambil air dan membasuh ke semua tubuh yang berlipat seperti tubuh yang berlipat seperti             kedua-dua telinga, lipatan-lipatan perut, dalam pusat dan ketiak.(meratakan air keseluruh tubuh badan).
6- Selesai Mandi Wajib



P/s: Jangan kepak-kepak...




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2013 06:29 PM | Show all posts
bagus untuk pengetahuan muda mudi di luar sane....
ade yang xpenah pon mandi wajib...
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2013 07:50 PM | Show all posts
urm.. pernah tanya ustaz mandi wajib dalam kolam renang sah tak? sebaiknye mandi dengan air yang mengalir kata ustaz...
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2013 09:47 PM | Show all posts
well ada banyak je ...kan? yg tak tahu , tak nak ambil tahu , yang liberal sampai ke atap
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2013 10:47 PM | Show all posts
gud info..tq tt..
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2013 04:00 PM | Show all posts
kalau kita mandi junub tp niat mandi hadas bsr tu sah tak??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-9-2013 04:22 PM | Show all posts
kalau pakai cincin, pusing2kan cincin agar air rata di jari

begitu jugak kalau pakai subang, pusing2 (gerak2kan) subang supaya air sampai rata di cuping telinga

just sharing
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 10:53 PM GMT+8 , Processed in 1.295246 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list