CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 55940|Reply: 6

Kesan Jangka Panjang Kepada Wanita Yang Terkena Minyak Pengasih

[Copy link]
Post time 13-9-2013 02:02 PM | Show all posts |Read mode
Semua orang mengetahui bahawa minyak pengasih itu wujud dan ramai lelaki di luar sana menggunakannya. Aku cuma mengetahui cara-cara minyak itu digunakan, tanda-tanda terkena tetapi apakah kesannya kepada wanita yang menjadi mangsa. Selain lari meninggalkan keluarga, sayang yang teramat kepada pengamalnya...adakah tergugat iman wanita tersebut, bagaimana kesan anak yang dikandung memandangkan wanita yang mengandung itu dibawah penguasaan syaitan, bapa bayi itu telah syirik dan memilih untuk mengikut telunjuk syaitan. Adakah akan luntur iman wanita tersebut...persoalan ini selalu bermain di minda.... Mungkin seseorang boleh berkongsi mengenai kesan buruk yang menimpa keatas mangsa serta keturunannya sekiranya sesorang lelaki yang muda bertindak memilih jalan yang salah ini. Kesalahan yang bakal beliau lakukan sangat besar selain DOSA Syirik yang tidak terampun, DOSA kepada keluarga wanita tersebut, mangsa serta keturunan beliau juga mungkin akan rosak disebabkan tindakan beliau tersebut...............................

Tanda-Tanda Terkena Ilmu Pengasih



Ilmu guna-guna (At-Tiwalah) atau disebut juga pengasih adalah salah satu bentuk sihir yang berasal dari jin.  Perbuatan tersebut adalah musyrik kerana meyakini bahawa guna-guna itulah yang dapat mempengaruhi hati seseorang sedangkan ianya adalah perbuatan syaitan.  Guna-guna yang mendatangkan kemusyrikan adalah disertai dengan jampi2 meminta bantuan jin.




Tanda-Tanda Terkena Ilmu Pengasih
  • Asmara dan cinta yang berlebihan
  • Tidak dapat menahan rasa cintanya
  • Selalu teringat kepadanya
  • Mentaati segala kemahuannya
  • Keinginan yang sangat besar untuk selalu melakukan hubungan seks

Pengubatan Sihir Guna-Guna

Biasanya orang yang terkena imu guna2 tidak akan dirasuk, hanya berasa ngilu hujung jari kakinya, kepala pusing, dada sesak atau sakit dilambung, bahkan kadangkala muntah jika telah meminum air sihir.


Jika  merasakan sakit dilambung atau ingin muntah, maka bacalah ayat dibawah pada secawan air dan minumlah sebahagian air tersebut.   Jika memuntahkan sesuatu yang berwarna kuning, merah atau hitam, bererti hilanglah sihirnya.  Jika tidak, maka bacalah ayat tersebut pada secawan air dan minum selama tiga minggu atau lebih sehingga hilang sihirnya.   Ayat tersebut adalah :

  • Surah Al-Baqarah ayat 102
  • Surah At-Taghabun ayat 14 hingga 16
  • Surah Yunus ayat 18 dan 28
  • Surah Al-A'raf ayat 117 hingga 122
  • Surah Thaha ayat 69

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2013 06:41 PM | Show all posts
assalam tt..saya rasa saya ada tanda2 tu tp tak pasti plk kalo kene minyak pengasih nie..
yang saya tau dulu saya sgt benci kat seorg lelaki nie sampai menyampah sgt tgk muka dia..
tp tak lame pastu tetibe saya rase rindu plak kat lelaki nie..setiap mase asyik teringat kan dia jer..
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2013 07:15 PM | Show all posts
Bismillah

kalau ada rasa mcm tersampok tu,lebih baik baca Quran.

وَإِذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِينِ

dan apabila aku sakit, Dialah Yang menyembuhkan aku
Ash-Shu'araa 80
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2013 08:01 AM | Show all posts
purpledesire posted on 13-9-2013 06:41 PM
assalam tt..saya rasa saya ada tanda2 tu tp tak pasti plk kalo kene minyak pengasih nie..
yang saya ...

Baik awak segerakan berubat, saya tenggok ada jugak petua untuk mengesan sekiranya ada jin dalam badan, cuba dengar bacaan ayat Ruqyah. Dekat youtube pun ada ayat-ayat Ruqyah.

Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2013 08:49 AM | Show all posts
purpledesire posted on 13-9-2013 06:41 PM
assalam tt..saya rasa saya ada tanda2 tu tp tak pasti plk kalo kene minyak pengasih nie..
yang saya ...
saya rasa saya ada tanda2 tu tp tak pasti plk kalo kene minyak pengasih nie..
yang saya tau dulu saya sgt benci kat seorg lelaki nie sampai menyampah sgt tgk muka dia..
tp tak lame pastu tetibe saya rase rindu plak kat lelaki nie..setiap mase asyik teringat kan dia jer..

Kadang-kadang, perasaan boleh bertukar.....

Bila belum bersedia...meluat.... bila dah terasa sampai masa untuk berteman... asyik teringat pula....

Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2013 10:08 AM | Show all posts
letitbee posted on 17-9-2013 08:01 AM
Baik awak segerakan berubat, saya tenggok ada jugak petua untuk mengesan sekiranya ada jin dalam b ...

Insya'Allah..nanti saya cuba..tq tt..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-9-2013 10:10 AM | Show all posts
mnm77 posted on 17-9-2013 08:49 AM
Kadang-kadang, perasaan boleh bertukar.....

Bila belum bersedia...meluat.... bila dah terasa  ...

yeke mnm77??mgkn gak kot..tq 4 your advice..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 10:36 PM GMT+8 , Processed in 0.070803 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list