CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18996|Reply: 12

Menyingkap Rahsia Alam Jin Dan Syaitan

[Copy link]
Post time 5-9-2013 05:54 PM | Show all posts |Read mode
Menyingkap Rahsia Alam Jin Dan Syaitan

[size=1.4em]
Memang tidak dinafikan bahawa antara perkara yang wajib dipercayai oleh manusia adalah antaranya perkara-perkara yang ghaib yang tidak dapat kita lihat dengan mata kepala kita secara realiti, dan perkara ini termasuklah jin dan iblis atau lebih dikenali dengan nama makhluk halus. Kewujudan makhluk ini sememangnya mengancam anak adam. Sejak kebelakangan ini, kita lihat banyak penyakit yang disebabkan oleh gangguan makhluk halus, terumanya kerasukan, barah yang ganjil, sakit dibahagian anggota tubuh yang sememangnya tidak dapat dikesan oleh doktor moden dan alat-alat canggih.
Imam Ghazali menyatakan dalam kitab الاقتصاد فى الاعتقادbahawa ilmu ini adalah ilmu yang ketiga terpenting selepas ilmu Fekah dan Tauhid. Oleh itu marilah sama-sama kita mendalami dan menghayati isi kandungannya.
Al-Quran sebagai satu sumber perubatan Islam
• Memang tidak dapat dinafikan bahawa al Quran merupakan petunjuk dan mengandungi seluruh aspek kehidupan dan tidak ketinggalan juga bidang perubatan. Perubatan yang dibawa oleh al Quran merupakan spiritual dan fizikal secara ringkasnya ubat bagi roh dan jasad sekaligus.
• Di dalam Islam terdapat 4 perkataan syifa’ dan sekaligus membuktikan kepada kita bahawa al Quran adalah sumber perubatan yang terulung.
Maksud: Dan Kami turunkan daripada al Quran sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.(al Isra’:82)
• Al Quran juga tidak ketinggalan dalam mengubati penyakit yang disebabkan oleh makhluk halus yang lebih dikenali dengan jin dan iblis.
• Hadis juga tidak ketinggalan mengutarakan masalah ini dari Aisyah bahawa Rasulullah SAW pernah masuk ke rumahnya ketika dia sedang diubati dan dijampi oleh seorang wanita lalu Nabi barsabda:
عالجيها بكتاب الله
” Rawatilah dia dengan Kitab Allah  “
Dalil daripada hadis yang lain pula Rasulullah bersabda:
عليكم بالشفاء أى القرآن والعسل
” Dibolehkan berubat dengan Al-Quran dan Madu “
Banyak lagi dalil-dalil daripada al Quran dan hadia yang membicarakan masalah ini.
Jin hakikat bukan khurafat
Di antara dasar akidah Islam ialah beriman kepada yang ghaib bahkan ia merupakan sifat pertama yang digunakan Allah untuk menerangkan sifat-sifat orang yang bertakwa.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Alif, Lam, Mim. Kitab al Quran ini tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnaNya) ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang berimn kepada perkara-perkara ghaib dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka” (Surah al Baqarah:1-3)
Oleh itu setiap muslim wajib beriman tanpa ragu sedikitpun kepada perkara ghaib. Ibnu Mas`ud menyatakan yang ghaib ialah apa yang ghaib yang wajib kita imani kerana terdapat banyak dalil-dalil daripada al Quran dan as Sunnah.
• Tidak terlihat bukan erti tidak ada.
Tidak terlihat jin bukannya berti tidak ada sebagai contoh arus elektrik misalnya kita tidak dapat melihatnya tetapi ia mengalir di dalam kabel. Kita membuktikan kewujudannya dengan pengaruh-pengaruhnya yang nampak dalam mentol dan lainnya begitu juga dengan udara dan sebagainya.
Firman Allah Ta’ala:
Maksudnya:
” Dan jin pula, Kami jadikan dia sebelum itu, dari angin api yang panasnya menyerap ke liang bulu roma.”
(Al-Hijr 15:27)
Firman Allah lagi:
Maksudnya:
Allah berfirman: “Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?” Iblis menjawab: “Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah.” (Al-A’raaf 7:12)
Jenis-jenis jin
Dari Abu Thalabah ia berkata: Telah bersabda Rasulullah SAW:
الجن ثلاتة اصنافى، لهم أجنحة يطيرون فى الهواء حيات وعقارب وصنف يحلون ويظعنون
Maksud: Jin itu ada tiga jenis; satu jenis yang mempunyai sayap yang berterbangan di udara, ular dan kala jengking dan berpindah randah.
Tempat tinggal jin
a) Jin mengutamakan tempat-tempat yang sepi daripada manusia
b) Jin mengutamakan tempat-tempat yang kotor
c) Jin mengutamakan tempat-tempat tandas
d) Jin mengutamakan tempat-tempat yang berlubang
e) Jin mengutamakan tempat-tempat yang ada kotoran binatang-binatang
Adakah jin makan dan minum?
Dalam hadis-hadis soheh banyak menyatakan bahawa jin juga makan dan minum seperti kita. Antara makanan jin ialah: tulang dan kotoran binatang.
Bila jin dan iblis berkeliaran?
Dalam hadis Sohihain dari Jabir, ia berkata telah bersabda Rasulullah SAW:Maksudnya Bila malam menjelang tahanlah anak-anak kalian kerana sesungguhnya syaitan berkeliaran pada saat itu. Bila malam sudah gelap maka lepaskanlah mereka dan tutuplah pintu serta sebutlah nama Allah kerana sesungguhnya syaitan tidak membuka pintu yang tertutup. Tutuplah tempat-tempat air dan sebutlah nama Allah sekalipun dengan meletakkan sesuatu keatasnya dan padamkanlah lampu-lampu kalian.
Di dalam hadis ini ada lima perintah:
1) Dilarang berkeliaran pada waktu itu (menahan anak)
2) Menutup pintu
3) Menutup tempat-tempat air
4) Menutup tempayan-tempayan
5) Memadamkan lampu dengan sebut nama Allah
Sebahagian binatang dapat melihat syaitan
Dari Abu Hurairah bahawa Rasul bersabda:
Maksud: Jika kalian mendengar suara keldai maka berlindunglah kepada Allah kerana sesungguhnya dia melihat syaitan dan jika kalian mendengar kokok ayam mohonlah kurnia daripada Allah kerana ia melihat malaikat.
Haram meminta pertolongan daripada jin
Firman Allah Ta’ala:
Maksudnya:
“Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.” (Al-Jinn 72:6)
Jin lebih rendah daripada manusia
Firman Allah Ta’ala:


Masudnya:
“Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan.” (Al-Israa’ 17:70)
Sebab-sebab kemasukan jin:
1) Jin lelaki jatuh cinta kepada orang wanita atau sebaliknya
2) Kezaliman manusia terhadap jin dengan menyiramkan air panas kepadanya dari tempat yang tinggi dan sebagainya.
3) Kezaliman jin terhadap manusia seperti menggangu tanpa sebab. Jin boleh masuk ke dalam manusia melalui keadaan tersebut:
a – terlalu marah
b – terlalu takut
c – nafsu syahwat yang tinggi
d – lalai sekali
Kewujudan makhluk halus di dalam tubuh seseorang boleh dikesan melalui keadaan:
Gejala pada waktu tidur (mimpi)
1) Susah tidur malam, tidak boleh tidur kecuali setelah lama bersusah payah.
2) Sering terjaga pada waktu malam dalam keadaan cemas dan takut.
3) Mimpi buruk (kabus) mimpi melihat sesuatu yang mengancamnya lalu rajin berteriak meminta pertolongan tetapi tidak mampu.
4) Mimpi yang menakutkan dan menyeramkan.
5) Mimpi melihat berbagai-bagai binatang seperti anjing, kucing, unta, ular, serigala, tikus dan lain-lain.
6) Bunyi gigi ketika tidur.
7) Tertawa, menangis atau berteriak ketika tidur.
8) Berdiri dan berjalan ketika tidur tanpa disedari.
9) Mimpi seolah-olah jatuh daripada tempat yang tinggi.
10) Mimpi berada di kawasan kotoran atau kawasan perkuburan.
11) Bermimpi berada di tempat yang sunyi.
12) Mimpi melihat makhluk aneh.
13) Mimpi melihat hantu.
14) Mimpi melihat budak kecil.
15) Mimpi melihat gereja/salib.
16) Mimpi berjumpa paderi.
17) Merintih ketika tidur.
Gejala pada waktu jaga
1) Selalu pening, pergi ke hospital atau klinik doktor kata tidak ada penyakit
2) Selalu berpaling daripada mengingati Allah
3) Hilang ingatan fikiran
4) Sering lesu dan malas
5) Rasa sakit di salah satu anggota badan dan doktor tidak sanggup mengubatinya
6) Sentiasa terasa sakit dibelakang
7) Lenguh disendi-sendi utama
8) Melihat sesuatu yang pelik ketika jaga
9) Mempunyai ketumbuhan yang sukar diubati
10) Terasa seolah-olah ada sesuatu di bawah tapak kakinya
11) Mudah panik apabila menghadapi sesuatu ujian
12) Jiwanya sentiasa lemah
13) Sentiasa mengantuk terutamanya dalam majlis ilmu
14) Mudah marah
15) Emosional (terlalu sensitif)
Jenis-jenis gangguan jin
1) Gangguan sepenuh, iaitu jin mengganggu seluruh jasad seperti orang yang mengalami berbagai sumbatan saraf
2) Gangguan sebahagian anggota
3) Gangguan berpanjangan iaitu jin terus berada dalam jasadnya dalam waktu yang lama.
4) Gangguan sejenak iaitu tidak lebih dari beberapa detik seperti mimpi buruk
Sifat-sifat yang perlu ada pada seorang Mu`alij (pengubat)
1) Hendaklah beraqidah dengan aqidah yang betul
2) Harus berkeyakinan bahawa al Quran adalah Syifa’
3) Harus mengetahui hal ehwal jin dan syaitan
4) Seorang mu`alij dianjur sudah berkahwin
5) Hendaklah menjauhi hal-hal yang diharamkan kerana dengan hal-hal tersebut syaitan akan menyerang manusia
6) Hendaklah mendukung perintah-perintah Allah SWT
7) Hendaklah sentiasa mengingati Allah SWT dengan apa cara sekalipun
8) Harus membentengi diri dengan benteng kukuh
Secara umum semakin dekat seseorang kepada Allah maka semakin jauh diri daripada syaitan bahkan akan semakin kuat menghadapinya.
Jika anda mampu menghadapi diri anda terhadap syaitan maka anda akan lebih mampu menghadapi yang lainnya. Tetapi jika anda tidak mampu menghadapi diri anda dan syaitan maka anda tidak akan mampu menghadapi yang lain.
Bagaimana untuk mencegah kerasukan jin
1) Sentiasa menjaga zikir-zikir yang diajarkan Nabi
2) Menyebut nama Allah setiap pekerjaan
3) Menyebut nama Allah setiap masuk ke dalam bilik gelap
4) Jangan menyakiti anjing/ kucing
5) Jangan tidur bersendirian. Jika terpaksa tidur sendirian maka berwudhuklah terlebih dahulu
dan baca doa untuk tidur
6) Jangan kencing atau buang air di merata-rata terutama dilubang-lubang
7) Jangan bunuh ular yang muncul di dalam rumah
Ayat Pendinding diri
i) Surah al Fatihah
ii) Surah al Baqarah: 1-5
iii) Surah al Baqarah: 163-164
iv) Surah al Baqarah: 255-257
v) Surah al Baqarah: 285-286
vi) Surah al Imran: 18-19
vii) Surah al `Araf: 54-56
viii) Surah al Mukmin: 115-118
ix) Surah ash Shaffat: 1-10
x) Surah al Ahqat: 29-32
xi) Surah ar Rahman: 33-36
xii) Surah al Hasyr: 21-24
xiii) Surah al Jin: 1-9
xiv) Surah al Ikhlas: 1-4
xv) Surah al Falaq: 1-5
Wallahu’alam….
HasnulHadiAhmad.Com


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2013 06:16 PM | Show all posts
sedikit perkongsian,

syaitan suka mendiami telaga2 yg kosong.
mereka sukakan najis dan kotoran.
apabila kedengaran azan, mereka akan lari sejauh-jauhnya,
lebih2 lagi ditempat berdekatan air.
mereka menutup telinga dgn kedua-dua tangan atau
menutup kepala dgn baju2 mereka.
bahkan di antara mereka ada yg bersembunyi di lubang2 pembuangan dan kotoran.
jika kamu ingin mengambil wuduk ditandas dahulukan kaki KIRI mu smabil membaca
"A'uzubillail-'adzim minal khubutsi wal khobaa'its"
- Aku berlindung kpd Allah dari gangguan syaitan jantan dan betina

Sampaikan peringatan kepada wanita supaya
tidak membuang air panas yg mendidih di lubang2 kotoran
tanpa menyebut Asma Allah dan tanpa memohon pelindungan Allah dari gangguan syaitan.
air itu adakalanya akan membunuh syaitan sehingga keluarganya akan membalas dendam
kpd pemilik rumah khususnya wanita yg melakukannya (merasuk).

apabila kalian bangun dari tempat tidur, lalu kembali di atasnya,
hendaklah terlebih dahulu membersihkan tmpat tidur itu
dgn mengibas hujung sarungnya sebanyak 3 kali.

berhati-hati dan jangan sampai kamu membiarkan
salah sebuah bilik di rumah mu kosong tanpa sebarang akitivit,
baik utk tidur mahupun berzikir kpd Allah.
syaitan akan tidur lalu mengisi kekosongan itu.
begitulah kata Nabi Rasulullah SAW.

-dipetik dari buku Berdialog Dengan Jin Islam
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2013 03:30 PM | Show all posts
Rahsia alam jin????? dimanakah alam jin?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2013 03:33 PM | Show all posts
ALA.......BUAT TANYA LAK?????
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2013 10:23 AM | Show all posts
Ini sesuatu yang aku jumpa tentang "bunian"... Secara umumnya ramai mengatakan bunian ialah jin islam... manakala pendapat ini pula menyatakan terdapat satu spesis lain yg dinamakan "bunian" (yg jin islam tu jin lah kategorinya):

http://bentaratujuh.blogspot.com/2012/05/perihal-bunian.html

Perihal Bunian

Assalamualaikum. Dengan kehendak Allah, kita bertemu lagi. Aku rasa sebelum ni aku terlalu formal didalam penulisan aku. Tak menarik nak dibaca, kan? Mulai post ni aku akan tukar stail penulisan aku. Aku bergelar Panglima Bentara Tujuh, penjaga dan Bentara kepada Puteri Nur, warisan terakhir bunian-manusia. Di alam kita manusia, Puteri Nur ialah kakak sepupuku. Di alam Bunian, dia ialah warisan terakhir Bunian Pemerintah Nusantara yang merupakan kacukan manusia dan Bunian. Aku telah dipilih untuk menjadi perantara bagi Para Bunian melalui Puteri Nur. Tugasku mencatat dan menceritakan semula apa yang disampaikan kepada ku supaya dapat dijelaskan kepada manusia apa yang tak betul mengenai kaum Bunian.

Kita selalu dengar, lihat dan baca macam-macam kisah mengenail Alam Bunian dan Alam Jin. Ada yang kata Bunian ni hasil perkahwinan antara manusia dan jin. Ada jugak yang cakap Bunian ni syaitan dan iblis yang memperdaya manusia. Satu cerita lagi ialah Bunian berasal dari satu kaum manusia yang malu. Tak kurang juga yang kata ada Bunian Islam dan kafir. SubhanAllah, bukan! Bunian ni makhluk ciptaan Allah yang dijadikan dari cahaya. Macam malaikat cuma malaikat tak makan, tak minum, tak tidur, tiada jantina, cuma buat tugas masing-masing. Malaikat jugak pernah menzahirkan diri dalam bentuk manusia tetapi tu hanya pada zaman Nabi. Bunian fizikalnya macam manusia. Tapi sebab mereka daripada cahaya, mereka tak dinampak oleh manusia biasa. Mereka hidup lama. Ribuan tahun. Tugas mereka ialah beribadat kepada Allah - solat, zikir, zanji - dan membantu manusia yang dianiaya. Mereka juga merupakan ulama-ulama yang mana mengajarkan agama Islam kepada jin-jin kafir yang ingin memeluk agama Islam. Raja-raja Bunian pula bertempur dengan iblis dan jin kafir dan memusnahkan jin yang ingkar. Mereka macam kita juga. Ada keluarga, hidup bermasyarakat. Bunian dijadikan dari cahaya, jadi mereka boleh bergerak sepantas cahaya. Mereka juga bukan sentiasa berpakaian putih, hanya ketika solat dan menghadap raja-raja mereka. Mereka amat gemarkan bunga-bunga. Bunga memberikan tenaga kepada mereka. Alam Bunian pula berkeadaan lembap dan tidak cahaya matahari. Alam Bunian bukanlah berada di dalam hutan seperti yang diceritakan.

Puteri Nur bakal mewarisi takhta nendanya. Takhtanya berupa seperti pelamin Jawa bertatahkan batu-batu permata delima, zamrud yang bentuknya tidak seperti di dunia nyata. Lantai takhtanya kaca. Sepatu diraja Puteri Nur dibuat daripada sejenis logam seperti besi tetapi bukan besi. Puteri Nur sendiri tak faham ia dari apa. Puteri Nur mempunyai enam dayang yang mendatanginya untuk merawatnya selepas dia pulang dari merawat manusia. Puteri Nur telah memiliki kuasa sakti dari dunia Bunian yang diwarisi dari nendanya dan juga ilmu tongkat Nabi Musa anugerah dari Allah subhanahu wata'ala. Puteri Nur memiliki tongkat yang tidak nampak oleh manusia. Dia juga mempunyai pedang yang mempunyai kalimah Allah, di hujung matanya mempunyai bentuk kalimah Allah, pada hulunya terdapat batu delima merah dari telaga Zam-zam yang diserahkan oleh Raja Bunian, nendanya. Pedang ini amat ditakuti oleh jin-jin kafir dan iblis. Mahkota Bunian berwarna tembaga dan bentuk berbeza mengikut usia mereka. Saiz mahkota tersebut juga berbeza, mengikut umur mereka. Ibarat tanduk rusa yang tumbuh. Yang manusia tarik seperti yang kita baca dan lihat di internet tu bukan mahkota Bunian sebenar. Tu semua kerja jin-jin kafir yang nak sesatkan manusia dan aniaya Bunian. Panglima Utama (jin harimau Islam yang menjaga Puteri Nur) memberitahu yang tu semua dikorek dari kuburan Cina dan lain-lain tempat. Bukan harta Bunian! Bunian tak bagi harta pada manusia. Untuk apa nak bagi manusia harta? Harta Bunian kalau dibawa ke dunia nyata akan menyakitkan mereka jika bukan diserahkan kepada waris. Bagi Bunian, untuk apa bagi harta? "Sedangkan kami tahu harta itu akan hanya menyesatkan dan membawa kepada pertelingkahan", kata Puteri Nur.

Bunian tak makan daging atau haiwan kerana kepada mereka, itu pembunuhan. Mereka hanya makan tumbuh-tumbuhan dan sayuran. Mereka ini juga semuanya alim-ulama. Mereka sering membincangkan hal-hal berkaitan agama Islam.

Seperti yang telah aku jelaskan di awal blog ini, kaum Bunian telah diturunkan ke Dunia bersama-sama dengan Nabi Adam AS. Mereka merupakan rahsia Allah, sebab tu tak disebut dalam Al-Quran. Allah Maha Bijaksana, dijadikan Bunian dan Jin Islam untuk membantu dan melindungi manusia daripada iblis dan jin kafir. Bayangkan Nabi Adam baru dijadikan, turun ke Dunia tak tahu apa-apa. Bunian dan Jin Islam telah ditugaskan untuk membantu manusia, mengajar kita bagaimana bercucuk-tanam, membina rumah. Mereka juga yang telah membantu Nabi Ibrahim membina Kaabah, Nabi Nuh membina bahtera, dan juga Nabi Muhammad di dalam peperangan menentang Kafir Quraisy. Para Bunian jugalah yang mendorong bakul yang membawa Nabi Musa ke istana Firaun untuk menyelamatkannya. Malah, Para Bunian turut ada ketika Nabi Sulaiman ingin mengalihkan takhta Puteri Balqis. Tetapi kaum Bunian dan Jin Islam difitnah dan dianiaya oleh iblis dan jin-jin kafir. Bunian amat sukar membiak. Tetapi mereka ada di merata-rata, mendampingi manusia yang teraniaya. Puteri Sari yang ku kenali boleh berbicara di dalam pelbagai bahasa, termasuk Bahasa Inggeris, Jepun, Rusia dan Belanda. Mereka juga mempunyai teknologi seperti kita, cuma teknologi mereka jauh lebih maju dari kita.

Kita sering disogokkan dengan kisah tarik harta bunian, Bunian ni hantu dan syaitan, Bunian curi anak orang, dan lain-lain. Buat apa Bunian nak bagi harta kat manusia? Harta hanya membawa kepada hasad dengki, permusuhan, peperangan dan kemusnahan. Aku pernah melihat harta yang konon-kononnya ditarik dari alam Bunian. Bohong. Aku boleh cari benda yang sama kat Petaling Street! Harta Bunian berlainan daripada harta manusia. Jika dianugerahkan kepada kepada sesiapa, biasanya ada tujuan tertentu seperti untuk pengubatan atau mempertahankan diri. Bunian tidak akan memberikan harta kepada manusia jika harta tersebut diketahui akan membawa kepada kemudaratan. Seperti yang aku cakapkan tadi, Bunian merupakan alim-ulama. Mereka dijadikan dari cahaya, bukannya syaitan atau iblis yang memperdaya manusia, sebaliknya mereka yang membantu manusia. Yang mengganggu tu sebenarnya iblis dan jin kafir. Jin kafir yang memperdaya manusia dengan memberikan manusia pelbagai artifak seperti batu permata dan perhiasan serta kayu-kayu yang pelik. Mereka muncul di hadapan manusia dan menyamar sebagai Bunian. Iblis pula tahu ketakutan manusia. Mereka akan merupa menjadi apa yang ditakuti manusia. Itu yang kita panggil 'pontianak', 'pocong', 'toyol' dan sebagainya. Nanti aku cerita lagi pasal iblis dan jin kafir ni.

Sekian buat masa ni. Wassalam.

Last edited by k_a_a on 24-9-2013 10:28 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2013 02:22 PM | Show all posts
MAAFLAH AKU TAK SEMPAT NAK BACA SEMUA TU...TAPI APA YANG AKU DENGAR DULUNYA BUNIA NI ADALAH DARI GOLONGAN MANUSIA YANG ALIM SEMUANYA DAN TAK PERNAH MELAKUKAN KESALAHAN PASAL AGAMA....MEREKA MEMANG TAAT TAPI MEREKA MALU KERANA PASAL SEEKOR KAMBING....PANJANG CITENYA...
DAN KERANA KESILAPAN TERSEBUT MEREKA MEMOHON KEPADA ALLAH SUPAYA DIRI MEREKA DIGHAIBKAN KERANA MALU DENGAN PERKARA TERSEBUT...DOA MEREKA DIMAKBULKAN ALLAH ...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-9-2013 02:26 PM | Show all posts
INI CITER BERKAITAN KAMBING DAN BUNIAN....

Misteri Lata Kinjang, P Ramlee dan Kambing Gurun

Diceritakan Oleh Penduduk-Penduduk Setempat

Hutan Lipur Lata Kinjang (HLLK) yang dikunjungi ramai saban minggu, sebenarnya menyimpan cerita misteri yang sangat unik dan penuh lagenda yang hanya diketahui oleh segelintir masyarakat setempat sahaja. Menurut sejarahnya, tempat itu dinamakan sebagai Lata Kinjang kerana di kawasan itu terdapat banyak Kijang. Orang lnggeris yang pernah sampai ke tempat itu pada zaman silam kerana memburu Kijang telah tersalah sebut nama Kijang lalu berubah kepada nama "Kinjang" hingga kekal namanya sampai sekarang.

Ketua Kampung Lata Kinjang, Tok Batin Taha Husin dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Encik Haslam Abdullah ketika ditemui turut mengesahkan Lata Kinjang banyak menyimpan kisah misteri yang sangat unik. " Bila waktu lapang saya bercerita kepada anak cucu untuk mendengar kisah Lata Kinjang " kata Tok Batin Husin yang menyebut lata tersebut telah diteroka oleh empat keturunan bermula daripada datuknya, Allahyarham Mat Yakin.

Setakat ini belum ada usaha-usaha untuk membukukan cerita-cerita misteri dan sejarah Lata Kinjang. Ini bermakna, apabila kalangan orang tua-tua meninggal dunia, sekaligus akan lenyaplah cerita lagenda Lata Kinjang untuk diketahui oleh generasi muda. Tok Batin Husin berkata, di sekitar lata itu terdapat beberapa kesan yang ada kaitannya dengan sejarah kemunculan Lata Kinjang sejak ditemui oleh manusia beratus tahun lalu. Dia sendiri mengetahui sejarah lata itu daripada cerita mulut yang didengar daripada datuknya Allahyarham Mat Yakin dan bapanya Allahyarham Taha. Beliau berharap, ada di kalangan sembilan orang anak dan dua belas orang cucunya akan menjadi penyambung cerita mengenai sejarah Lata Kinjang kepada sesiapa yang ingin mendengar kisahnya.





Encik Haslam pula menyebut, ditingkat tiga lata terdapat bekas kesan tapak kaki Kijang yang melarikan diri atas kawasan lata setelah dikejar oleh Harimau Akar yang telah disumpah oleh kelembai menjadi batu. Kesan tapak kaki Kijang dan batu besar dari lembaga Harimau Akar masih boleh dilihat tersergam ditingkat tiga lata tersebut.

Di kawasan lata itu juga terdapat kesan kubur anak kelembai yang terbaring memanjang dalam lubang kubur yang sudah menjadi batu, bekas tapak kaki kelembai termasuk lesong menumbuk padiyang telah disumpah menjadi batu.

Beliau turut menceritakan kisah misteri seorang wanita cantik yang dipercayai sebagai " Puteri Bunian " yang pernah menjelma di kawasan lata itu pada masa silam sehingga menarik perhatian seorang hartawan lnggeris yang bercita-cita ingin mengahwini puteri itu.

Menurut ceritanya, hartawan lnggeris itu yang secara kebetulan berkunjung ke Lata Kinjang dalam tahun 1900, telah diberitahu oleh masyarakat Orang Asli di situ mengenai penjelmaan seorang wanita cantik di kawasan lata terutama pada musim bulan mengambang.

Kerana terlalu ingin hendak melihat wajah puteri bunian itu, hartawan lnggeris itu telah membina sebuah banglo ditingkat satu lata dan membina tangga batu dari bawah hingga kepuncak lata itu. Beliau membina banglo itu sebagai tempat penginapannya untuk melihat secara dekat wajah puteri bunian yang dikatakan sering menampakkan dirinya bila menjelang senja.

Tetapi, setelah menunggu berbulan-bulan di situ, hajat hartawan Inggeris itu tidak kesampaian, lalu dia merasa kecewa dan terus pulang ke negara asalnya di Eropah dan telah meninggal dunia beberapa bulan kemudiannnya. Banglo yang dibina dengan kos yang mahal telah musnah dan rosak sedikit demi sedikit dan sekarang hanya tinggal rangkanya sahaja.

Encik Haslam memberitahu, " Puteri Bunian " muncul ditengah-tengah lata untuk mandi bersama pakaian yang dipakainya dan berdiri tegak di atas batu lata dengan rambutnya yang panjang mengurai melepasi punggung. Puteri bunian itu yang disifatkan sebagai penunggu lata hanya menunjukkan dirinya beberapa minit sahaja kerana dia tidak mahu identitinya dikenali oleh manusia biasa.




Kini, lagenda Puteri Bunian itu hanya tinggal dalam lipatan sejarah sahaja kerana dia tidak muncul lagi di kawasan lata tersebut. Mungkin disebabkan lata tersebut telah menjadi tumpuan ramai dan dia enggan menjelmakan dirinya. Di kawasan lata itu juga terdapat serumpun pokok buluh perindu yang hanya boleh diambil oleh orang-orang tertentu sahaja. Allahyarham Seniman Agung P.Ramlee dikatakan memiliki Buluh Perindu yang diambil daripada Lata Kinjang untuk dijadikan ubat untuk memerdukan suaranya.

Encik Haslam memberitahu, di kawasan lata itu juga terdapat banyak kambing gurun tetapi sukar diperangkap kerana ianya sangat lincah dan pandai menghilangkan diri. Beliau berkata, semua cerita misteri yang berlaku di kawasan lata itu menjadi cerita lisan yang bersambung dari mulut ke mulut sahaja. Beliau sendiri mengetahui cerita misteri lata daripada datuknya, Allahyarham Mat Yakin.

"Saya bersetuju jika ada usaha untuk membukukan sejarah lagenda Lata Kinjang dijalankan oleh mana-mana pihak sama ada menerusi cerpen, novel, puisi atau pembikinan drama filem " tegasnya. Beliau yakin, misteri lagenda Lata Kinjang akan menarik perhatian khalayak jika dapat dijadikan drama atau filem.

Air Terjun Lata Kijang merupakan air terjun tertinggi di Malaysia




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2013 02:29 PM | Show all posts
INI ADA KISAH KAMBING LAGI....MEMANG SENONIM DENGAN ALAM BUNIAN...

Koleksi Gambar Antik Dan Gambar Dari Alam Ghaib



Gambar di atas ialah gambar kambing gurun yang sebenar. Asal nya dari tanah arab dan bermata empat. Sepasang digunakan pada siang hari dan sepasang lagi digunakan pada malam hari. Mata kambing ini pada waktu malam bermata infra red.



Bekas umpan memancing antik orang melayu dan digunakan ketika era zaman 40-an. Sering digunakan oleh golongan bangsawan pada zaman itu.



Gasoline yang digunakan ketika zaman british datang ke tanah melayu




Siput putih ini memang sangat jarang kita boleh nampak di kawasan hutan.



Ketam padi antik digunakan oleh masyarakat melayu sejak zaman sebelum merdeka



Buluh ini memang sangat pelik dan jarang ditemui di kawasan hutan belantara



Manusia yang mempunyai kebolehan seperti monyet dipercayaai di besarkan oleh haiwan tersebut macam tarzan la pulak hehehe..



Ini ialah koleksi barangan dari alam bunian. Pelik tapi benar tapi ini lah hakikatnya, Bukan semua sains dapat menjelaskan mengenai kejadian tersebut tetapi barangan ini mempunyai khasiat tersendiri.



Gramaphone yang antik masih dalam keadaan baik kadang kala berbunyi sendiri




Ini ialah batu pancadelima dan dipercayaai mempunyai khasiat kebal segala gala nya dan harga nya mencecah jutaan ringgit jika menjadi. Baik beli benda lain dari aku beli batu ni hehehehehe..




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-9-2013 02:41 PM | Show all posts
ASAL USUL BUNIAN



Jika kita memperkatakan Darihal BUNIAN, Kita mesti tahu asal Usul nya dahulu.Bunian ialah Campuran Manusia dan Jin.Saya akan tulis darihal Asal Usul dan Keturunan Jin dahulu.  Asal Jin.  Jin berasal dari Lidah Api.Jin berada di Bumi sebelum Nabi  Adam AS... di jadikan. Ulama memngatakan Jin mendiamai Bumi 4000 tahun, sebelum Nabi Adam AS.Makhluk paling ramai di Alam Maya ini adalah Malaikat.Kedua nya Jin dan ketiga nya ialah Manusia.Ulama membahagikan seperti berikut.10 Bahagian Mahklok...9 bahagian Malaikat dan 1 bahagian Jin.1 bahagian Jin di bahagi 10 ..9 bahagian Jin dan 1 bahagian Manusia.9 bahagian Jin dan 2 bahagian Jin Islam dan 7 bahagian Jin Kafir.Jin Kafir di bahagi 10 lagi,1 bahagian Jin Kafir dan 9 bahagian Syaitan !!!.Bermakna Manusia adalah 0.01 %,Jin Islam adalah 0.2%, Jin Kafir 0.7%...Kesimpulan nya ...1.Malaikat..2.Jin Syaitan,.3.Jin Kafir.4.Jin Islam dan 5.Manusia.  Bolih kah manusia berkawin dengan Jin dan Apakah Hukum nya dalam Islam.  Banyak Ulama Islam mengatakan,  Bolih manusia mengawini Jin.Dan dalam Islam Bolih dan Harus !!!.  Asal Usul Bunian ialah Campuran antara Manusia dan Jin...Contoh terbesar ialah Perkhawinan antara Nabi Sulaiman AS dan Puteri Balqes dan di Nusantara Perkhawinan Raja Nara Singa dan Puteri Purnama Dewi, melahirkan Sultan Ahmad...Sultan Ke 3, Kesultanan Inderagiri.    Kelompok Bunian. 1.Raja dan Puteri...Diraja. 2.Ulama dan Orang Alim. 3.Pembesar...Panglima dan Penghulu. 4.Rakyat biasa.    Makanan Bunian.  Sama macam kita, tetapi mereka KURANG makan daging atau ayam.Mereka banyak makan sayuran dan cendawan.   Ugama Bunian.  Pada Pengalaman, pendapat Guru Guru saya..Semua Bunian berugama Islam TETAPI ada yang Nakal,minum Arak,Buat Maksiat dan Alim Ulama.Keilmuan Ugama Islam mereka di BAWAH ,manusia Beriman/Alim.Sebab itulah, banyak mereka Belajar di dalam Kuliah Kuliah Manusia.Perkara ini berlaku dalam Kuliah Tasauf saya di Melaka.Guru saya kata pada saya.."Pak Syeikh, ada Bunian belajar, dalam Kuliah kita".Jawab saya !!!Betul, Ustaz ada 3 orang,seorang tua dan 2 orang muda, mungkin anak nya ".Ustaz saya memang tahu, saya memang bolih mengesan kehadiran Makhluk Halus !!!.Saya pernah beritahu beliau (Ustaz) saya, hal ini..kata nya" Itu Laduni keturunan".Wallah hu, saya sendiri tidak tahu dan tak pernah belajar pun !!!.   Bolih kah Bunian Merasuk Kita !!! Bolih !!!.Jika kita menggangu mereka, mereka akan merasuk kita.Tetapi bagi saya, bab bunian merasuk ,senang kita ubatkan !!!Bab mereka SYOK kat kita....ini sukar sedikit nak ubati !!!.   Apakah Yang Di takuti olih Bunian !!! 1.Paku Wafak. 2.Tahi Besi. 3.Kayu Penunduk Gunong Merah ....hanya tumboh di Puncak Gunong Ophir sahaja. 4.Doa Nabi Sulaiman AS....Kena belajar kat saya....   Dalam banyak kes, Bunian memang tidak merasuk kita.Mereka banyak yang membantu kita.Tetapi bagi Saya pula, Saya tidak MENGHARAP KAN mereka kerana Saya takut TERMAKAN BUDI !!!.Bagitu juga





Pendapat Guru Guru saya.Lebih baik kita kuat kan Amal dan Zikir dan Terus Mohon Pada Allah SWT.Hanya 2 kes sahaja saya jumpa, Bunian merasok Orang.Kedua mereka ini Remaja lelaki dan yang merasuk nya, Bunian Perempuan !!!.Seorang dari Remaja ini, mengambil Batu di Pantai Batu 4, Port Dickson dan seorang lagi mengambil Ikan di Pantai yang sama juga
By: Pak Syeikh


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2013 02:56 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2013 03:06 PM | Show all posts
BENARKAH ORANG BUNIAN ITU WUJUD?


Dipetik daripada buku ‘Menjawab Persoalan Makhluk Halus Kaitannya Dengan Penyakit Dan Pengubatan’ oleh Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din.
Soalan:
Adakah orang bunian ini wujud? Adakah mereka termasuk dalam kategori manusia kerana disebut sebagai orang atau adakah mereka termasuk dalam golongan makhluk halus?



Jawapan:
Makhluk halus yang dikenali sebagai jin, syaitan, iblis, Ifrit dan sebagainya telah jelas terpapar dalam al-Quran dan hadis sahih yang boleh dirujuk dalam jawapan terdahulu.
Dalam surah al-Ahqaf ayat 29, Allah SWT berfirman:Maksudnya:Dan (ingatkanlah peristiwa) semasa Kami menghalakan satu rombongan jin dating kepadamu (wahai Muhammad) untuk mendengar al-Quran; setelah mereka mengahadiri bacaannya, berkatalah (setengahnya kepada yang lain), ‘diamlah kamu dengan menumpukan sepenuh perhatian kepada bacaannya!’ kemudian setelah selesai bacaan itu, kembalilah mereka kepada kaumnya (menyebarkan ajaran al-Quran itu dengan )memberi peringatan dan amaran.
Mengenai istilah orang bunian ataupun bunian, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee pernah memfilemkan perihal masyarakat bunian.



Saya yakin bunian tergolong dalam makhluk halus kerana hadis Nabi SAW menyebut bahawa terdapat makhluk halus yang suka tinggal bersama manusia dalam rumah manusia, malah mereka suka mencari tempat yang tidak berjauhan dengan perkampungan manusia. Golongan bunian ini disebut oleh Rasulullah SAW sebagai ‘Amir atau ‘Umar yang tinggal berhampiran dengan manusia.

Dalam suatu kisah yang berlaku pada zaman Rasulullah SAW, ada seorang sahabat yang bernama Khurafah didapati hilang secara tiba-tiba. Keluarganya bertemu dengan Nabi SAW menceritakan perihal kehilangan Khurafah.





Bagaimanapun dalam masyarakat kita, apabila dirujuk dalam cerita-cerita ganjil dan tidak masuk akal, kita menggelarnya khurafat. Asal istilah khurafat itu adalah cerita benar daripada individu yang bernama Khurafah.

Saya menyebutkan kisah ini kerana saya melihat perkara yang berlaku ini mungkin boleh disamakan dengan masyarakat bunian. Ertinya, mereka boleh melakukan sama seperti dalam kisah Khurafah tersebut.

Masyarakat bunian adalah satu kelompok masyarakat jin atau syaitan. Daripada cerita-cerita rakyat yang menyentuh perihal orang bunian, perkara ini menjadi suatu lagenda masyarakat Melayu. Sehingga kini masyarakat bunian dikaitkan dengan masyarakat beragama yang melaksanakan aktiviti-aktiviti keagamaan seperti mendirikan masjid, surau, melaungkan azan, mangaji al-Quan dan sebagainya. Masyarakat Melayu mengaitkan masyarakat bunian dengan jin Islam.



Islam mengakui kewujudan jin Islam. Hal ini disebutkan dalam surah al-Jin.surah tersebut menyebut bahawa jin mengakui telah mendengar al-Quran yang penuh dengan keajaiban, menunjuk jalan yang lurus dan mereka telah beriman. Jin juga mengaku daripada kalangan mereka ada yang Islam dan ada yang kafir. Oleh itu, memang ada kemungkinan masyarakat bunian ini seperti yang didakwa merupakan sebuah masyarakat beragama.

Dalam masyarakat manusia contohnya, ada yang tidak Islam. Hatta dalam masyarakat awal Islam pada zaman Rasulullah SAW di Madinah, itu pun wujud golongan munafik daripada kalangan orang Islam. Seperti dalam masyarakat kita pada hari ini juga wujud golongan tidak Islam, Islam fasik, Islam munafik dan sebagainya.

Kesimpulannya, tidak mustahil masyarakat bunian sama seperti masyarakat manusia.


Wallahu a’lam…

Posted by insannajah

Maksudnya: “Khurafah (bercakap) benar.”
Khurafah dibela oleh seorang peguam dan mengemukakan hujah dengan berkata, “Khurafah tidak dipersalahkan kerana dia membunuh salah seorang anggota daripada masyarakat kita (bunian) yang menyerupai ular, sedangkan ular adalah musuh utama kepada manusia. Maka Khurafah membunuh ular, bukanlah berniat membunuh orang kita, tetapi mambunh musuh di alamnya.” Maka dengan itu Khurafah dibebaskan dan dihantar balik ke alamnya.
Apabila berita ini disampaikan kepada Nabi SAW, ramai mempertikaikannya. Nabi SAW berkata:

Dia dituduh membunuh salah seorang daripada orang penting dalam masyarakat itu dan mereka menuntut supaya dia dibalas bunuh. Dia dibicarakan dalam mahkamah yang telus, mempunyai system keadilan yang hampir sama dengan manusia, dengan menggunakan peguam bela dan sebagainya.
Tidak berapa lama selepas itu, Khurafah muncul semula dan menceritakan mengenai pengalamannya membunuh seekor ular hitam, tiba-tiba beliau tidak sedarkan diri. Apabila tersedar, dia mendapati dirinya berada dalam masyarakat seperti manusia, tetapi penuh dengan keganjilan.Ada yang mendakwa pernah melihat dan mendakwa manusia mampu berkomunikasi dengan orang bunian sehingga boleh hidp berjiran termasuk meminjam barang-barang keperluan harian. Kesahihan cerita itu saya pulangkan kepada Allah SWT yang lebih Mengetahui.Pendapat saya, makhluk ini memang wujud dan tergolong dalam kategori makhluk halus. Makhluk ini dikaitkan dengan suatu perkampungan atau penempatan seperti manusia. Mereka turut berumah tangga, beranak pinak dan hidup bermasyarakat.



Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2013 05:43 AM | Show all posts
Ni kekdah nk jd perawat ke penjual obat?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-9-2013 09:08 AM | Show all posts
Ni kekdah nk jd perawat ke penjual obat?

KO NI TAK PERNAH NAK BERI PENDAPAT...
ASYIK TANYA ITU INI ....BUKANNYA TAK TAHU...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 11:05 PM GMT+8 , Processed in 0.164426 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list