View: 2119|Reply: 5
|
Apakah Ada Kuasa Pada Dirimu?
[Copy link]
|
|
Mengapalah manusia ini merasa ada kuasa, benarkah?
Betapa pula yang ada kuasa negara atau yang kaya atau ada ilmu
hati berbunga sahaja, rasa bangga ada kuasa, betulkah?
Katanya otak bergeliga mengapalah tidak menggunakan fikiran menilai diri
betulkah ada kuasa?
Mari kita tanya betulkah awak ada kuasa hingga sombong dan bangga?
Kalau awak ada kuasa cuba kontrol perkara yang kecil sahaja di dalam diri mampukah?
Contohnya mata
Mampukah awak kontrol mata jangan berkedip?
Atau cuba awak kurangkan sahaja berkedipnya mampukah melakukannya?
Belum lagi disuruh mengira berapa banyak mata berkedip satu hari satu malam mampukah mengiranya?
Kulit mata yang ringan itu di dalam diri pula, kecil sahaja tidak mampu kita mengontrolnya bukan?
Kalau benda yang kecil sahaja di dalam diri pun tidak boleh kontrol betapa pulalah perkara yang besar lagilah susahnya
Ha! Mana ada kuasa manusia di dalam diri sendiri pun tidak ada kuasa mengontrolnya
Tidak nampak lagikah lemahnya manusia?
Kuasa siapa yang menggerakkan mata tanpa boleh kita kontrol?
Kita mahu atau tidak ia bergerak, ia tetap bergerak
Itulah dia kuasa Tuhan yang Maha Kuasa
Perkara yang kecil sahaja kita cuba sekat kuasa Tuhan tidak mampu menyekatnya
Kuasa Tuhan tetap berlaku, siapakah Tuhan itu?!
Aduh! Lemahnya kita manusia!
Mana ada kuasa manusia perkara yang kecil di dalam diri sahaja pun tidak mampu mentadbirnya
Betapa pulalah perkara yang besar
Tapi mengapa sombongnya manusia rasa ada kuasa
Mengapa manusia tidak terasa adanya kuasa yang Maha Berkuasa
iaitu Tuhan yang Maha Esa?
Mengapa manusia tidak takut dengan Tuhan yang Maha Berkuasa?
Mengapa manusia tidak terasa Maha Hebatnya Tuhan yang Esa?
Sepatutnya Tuhan sentiasa di dalam hati manusia
Rasa cinta dan tersungkur sujud di hadapan-Nya
Patut manusia rasa malu, takut, cinta, harap, perlu
dan terasa Tuhan adalah segala-galanya
Sepatutnya manusia terasa amat kerdil di hadapan-Nya
Rasa tidak selamat kalau Tuhan tidak selamatkannya
Begitulah manusia mudah sahaja lupa dengan Tuhannya
Padahal kuasa Tuhan begitu terserlah dan sangat nyata di hadapan mata manusia

|
|
|
|
|
|
|
|
salam 
dulu kamu ..
- lemah
- benci
- jahil
- mati
- tuli
- buta
- kelu
setelah kamu mengambil perjanjian ..
kuasa itu sudah d'serahkan ..
kuasa itu adalah kuasa Allah ..
yang tidak boleh d'lihat oleh mata kepala ..
jangan d'beri makan barang yang d'larang oleh Allah
moga jangan salah gunakan kuasa ..
nanti kuasa itu akan bertukar ..
dan kehendaknya akan berubah ..
sekarang kamu sudah ada ..
- kuasa
- kehendak
- ilmu
- hidup
- dengar
- lihat
- cakap
Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum itu ..
melainkan kaum itu mengubah nasib diri dia sendiri ..
wassalam

|
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum....mohon share...Tq |
|
|
|
|
|
|
|
Allah banyak memberi kuasa pada kita manusia
Kuasa :
memerintah
menghina
mengutuk
membantu
membeli
merompak
mencaci
memuji
mengingati
mencipta
menguasai
mencintai
bekerja
membuli
berniaga
merosakkan
menghancurkan
ala... apa apa aje la, asalkan ada kekuatan, ada keinginan, kesanggupan.... itulah kuasa manusia sebagai khalifah dimukabumi masakini....
Tapi kuasa tu boleh ditarik kembali bila bila...... contohnya kuasa membeli, bila duit menipis, harga melambung, kuasa membeli kian menipis.... hehe
|
|
|
|
|
|
|
|
tak ada kuasa apa pun , sebab nyaw apun sampai kat halkum tak leh control pun
sebab tu in certain things , dalam beberapa perkara
lebih baik back to pangkal jalan dan renungkan frasa ini
kami DENGAR DAN KAMI TAAT
|
|
|
|
|
|
|
|
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan Ia juga menetapkan apa jua yang dikehendakinya. Dan (ingatlah) pada sisiNya ada "Ibu segala suratan".
(Ar-Ra'd 13:39)
صدق الله العظيم  |
|
|
|
|
|
|
| |
|