CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4628|Reply: 13

Semua tentang ALAM AKHIRAT

[Copy link]
Post time 31-1-2012 09:17 AM | Show all posts |Read mode
Salam semua,

Mukaddimah,
Disini hanya semua info/berita tentang kampung akhirat. Kita share-share pengetahuan disini. Apa sahaja maklumat atau cerita tentang alam akhirat kita kumpulkan disini. Semuga gambaran alam akhirat akan menjadi lebih jelas difikiran kita. Samada mahu atau tidak mahu, semua orang akan lalui.. no choice.

Secara kasar/ringkas step yang mesti kita tempuhi selepas mati ialah:
0. Alam Dunia - 1 minit - 70/80 tahun(sementara).
1. Alam barzakh/kubur - ribuan tahun (sementara).
2. Alam Padang mahsyar - ribuan tahun(sementara)
3. Titian Sirath - 1500 tahun
4. Alam Surga/Neraka. (hidup kekal selama-lama-lama-lama-lamanya......tidak ada mati lagi.........)

Walaupun ada 2 alam lagi untuk kita lalui agar sampai ke alam terakhir iaitu Alam surga atau neraka. Namun segala BEKALANNYA hanya boleh dipersiapkan semasa di DUNIA ini sahaja. Cuba bayangkan Masa kita yang kita ada sangat terhad dan singkat. Cukup ke masa yang Allah swt diberikan ini? jawapannya cukup. Tetapi kalau silap langkah...jadi tak cukup. Oleh itu perlu bijak mengatur langkah...

Semasa kita di alam dunia ini(sekarang le), adalah step yang terpenting sekali, iaitu untuk kumpul amal sebagai bekalan perjalanan. Namun didalam kita nak kumpul amal dan bekalan ini ada berbagai ujian dan cobaan yang datang setiap masa dan ketika dari semua penjuru arah, samada dari arah yang kita tahu atau tidak, juga dari arah yang kita nampak atau tidak, kita perlu bijak mengatur langkah, bijak ini dipanggil bijakdisana, maksudnya kita sentiasa sedar bahawa kita dalam perjalanan...menuju ke destinasi seterusnya, dalam masa yang sama kita perlu siapkan bekalan dan melalui alam dunia ini dengan teliti, agar kita tidak melatah semasa diberi ujian-ujian iman pada setiap detik dan ketika.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-1-2012 09:30 AM | Show all posts
Copy paste dari tajuk Gambaran Hari Qiamat oleh yo-ya.

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2012 10:17 AM | Show all posts
Post Last Edit by zamkumis at 31-1-2012 10:19

Apabila kita fikirkan tentang alam ini kita akan dapati bahawa alam ini penuh dengan petunjuk dan petanda, bahawa pencipta alam ini hendak memberitahu kita tentang satu perkara penting yang manusia perlu sentiasa beringat-ingat, sehingga ada seorang sahabat di zaman nabi yang berbaring di atap rumahnya, dia memandang ke arah bintang-bintang dilangit sambil berfikir sehingga dia dapat menangkap mesej yang hendak disampaikan oleh Allah swt sebagai pencipta alam ini, bahawa kehidupan ini ada maksud yang sangat besar. lalu turunlah ayat Quran ini yang mengiktiraf kelakuan sahabat nabi ini.

orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi : "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.(Ali-Imran:181)

Sebenarnya apabila kita berfikir tentang alam ini, terlalu banyak petunjuk, samada dilangit atau dibumi, juga disekeliling kita, namun disebabkan kita banyak memikirkan soal lain maka kita tidak nampak perkara ini. Apabila kita berfikir.. kita akan temui.  Sebagai contoh jika kita perhatikan bumi, bulan, matahari dan bintang-bintang yang tidak terhingga banyaknya..semuanya berbentuk bulat dan simple, kenapa? kenapa tidak 4 segi, 6 segi dan sebagainya. Semua yang Allah swt buat ini adalah untuk manusia berfikir... sila cari jawapannya masing-masing..
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2012 10:24 AM | Show all posts
Thread yang  bagus.....
Nak bagi munge kat TT.....
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2012 11:37 AM | Show all posts
good work...bolehlah kita muhasabah diri....tambah lagi..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2012 12:06 PM | Show all posts
Reply 4# jazaa

Bukti bahawa kebanyakan manusia sebenarnya telah dapat menangkap konsep alam ini iaitu dengan ujudnya rekaan komputer games, konsep komputer games sama seperti konsep kehidupan, iaitu dalam satu perjalanan/ satu misi/perjuangan, perlukan bekalan, perlukan peralatan, perlukan masa, perlu bijak mengatur strategi, perlu usaha dan cuba lagi, lagi jauh perjalanan lagi besar ujiannya. Kita ambil satu contoh games, dia akan ada step 1,2,3,4,5,6,7 sehingga akhir, games sememangnya menyeronokkan, sebab ia sentiasa mencabar kita, lagi jauh step yang boleh kita lalui, lagi kusyuk kita mengadapnya jika kita berjaya sampai ke step terakhir kita akan puas. Begitu juga dengan kehidupan ini, kita perlu sentiasa dalam cabaran, jika tidak ada cabaran dan perjuangan kita akan hidup akan jadi bosan.

Kalau kita main games tembak-tembak, masa satu jam terasa cepat dan kadang-kadang masa untuk satu step tak cukup, selalu games over, kita selalu tewas, namun perlu main lagi...dengan berhati-hati, step satu biasanya mudah. Bila masuk step 2, lagi susah, step 3 lagi mencabar...seterusnya step 10, 11 lagilah susah. Namun bila kita dapat tamatkan permainan sehingga step terakhir, games tersebut akan mengeluarkan bunyi muzik yang mengembirakan kita mendengarnya.
Games yang susah biasanya orang lelaki suka dan perempuan tak suka, tapi games yang senang orang perempuan suka dan lelaki tak suka sebab senang sangat.

Begitulah dengan kehidupan kita ini, matlamat kita ialah dapat melihat Allah swt di dalam surga. Perjalanan yang kita tempuh ini ibarat game..sangat menyeronokkan. Bagi kaum lelaki telah disediakan amal-amal yang sesuai untuk seorang lelaki, dan bagi wanita pula telah disediakan amal-amal dan jalan yang mudah untuk ke surga, sesuai untuk seorang wanita.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 31-1-2012 12:54 PM | Show all posts
Semasa kita main game tembak-tembak, kita tidak boleh lalai, kalau lari tumpuan kita akan ditembak musuh, kalau jalan lambat sangat masa habis, kita tak boleh duduk satu tempat sahaja, perlu bergerak-gerak, kalau duk situ jer mesti kene bom.
Dalam satu masa kita perlu langgar bunga untuk kumpul point, mengelak dari peluru musuh, tembak askar musuh/kereta kebal musuh, tak boleh langgar bom/tiang/perangkap samar, tak boleh langgar tiang nanti point kita akan berkurang, kalau kene tembak game over, and cuba lagi. Memang menyeronokkan.

Begitulah dengan kehidupan, kita sentiasa ada musuh, kita perlu sentiasa bergerak, kita perlu jarakkan diri dari musuh, kita perlu kumpul amal soleh, tak boleh lalai dan leka, tak boleh duduk sahaja...perlu terus berjuang sehingga ke tingkatan iman dan nafsu yang terpuji, iaitu dari iman taqlik kepada iman haqqul yakin, serta nafsu ammarah kepada nafsu mutmainnah.

Kesimpulannya, petanda dan petunjuk itu terlalu banyak dialam ini...hanya kita perlu fikirkan sahaja..apa hikmahnya setiap kejadian itu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2012 01:14 PM | Show all posts
Dan  di  bumi  ini  terdapat bagian-bagian yang berdampingan, dan kebun-kebun anggur, tanaman-tanaman dan pohon korma yang bercabang dan yang tidak bercabang, disirami dengan air yang sama. Kami melebihkan sebahagian tanam-tanaman itu atas sebahagian yang lain tentang rasanya. Sesungguhnya pada yang demikian itu  terdapat tanda-tanda  bagi kaum yang berfikir. (Al-Ard:4)

Kita tidak disuruh untuk memikirkan Zat Allah swt, sebab tidak tercapai oleh akal kita, kalau kita nak fikirkan juga maka boleh jadi sesat atau gila. Oleh itu Allah swt suruh kita fikirkan ciptaan-ciptaannya, semuanya Allah swt buat untuk manusia, ada yang simple dan ada yang komplek untuk difahami, namun konsepnya adalah sama iaitu menggambarkan bahawa tidak ada tuhan melainkan Allah dan hanya Allah swt adalah Zat yang benar-benar layak disembah, layak diagungkan, layak dipuji, layak dipuja, layak di taati, dia maha pengasih penyayang, maha hebat semua ciptaannya sempurna. Namun terdapat juga ciptaannya tidak sempurna, kedua-duanya disediakan untuk manusia dan mengandungi pelajaran didalamnya untuk mereka yang mahu mengambil pelajaran.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2012 08:46 AM | Show all posts
Jazakallahu khairan.. sesapa yg ada info lagi, bleh la share
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2012 06:49 PM | Show all posts
Tq TT di atas perkongsian ini
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2012 07:09 PM | Show all posts
terima kasih atas perkongsian ilmu...
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2013 01:15 PM | Show all posts
terima kasih dgn perkongsian ilmu ini....
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2013 02:08 PM | Show all posts
kadang-kadang bila kita fikir sudah cukupkah kebaikan yang kita sudah buat... atau bila sudah kita terfikir apa lagi kebaikan yang bakal kita buat... dan yang paling kita takut bila kita terfikir sudahkah kita buat amalan baik yang hendak kita bawa menghadap Allah SWT... yang paling kita takut apabila persoalannya adakah akhirnya kita ini BAIK... semuga kita semua tidak berhenti dari bertaubat dan memohon ampun dari Allah SWT. Semuga segala amalan kita di terimanya. saya pun masih tertanya-tanya apakah sudah saya buat untuk agama saya.. jika ada sahabat yg. ingin beri panduan dipersilakan. InsyaAllah.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2013 06:28 PM | Show all posts
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

(Mengapa pemberian Kami itu mereka ingkarkan?) Adakah mereka berkuasa membahagi-bahagikan (perkara-perkara keruhanian dan keagamaan yang menjadi sebesar-besar) rahmat Tuhanmu (wahai Muhammad, seolah-olah Kami hanya berkuasa dalam perkara kebendaan dan keduniaan sahaja? Mereka tidak ingkarkan): Kami membahagi-bahagikan antara mereka segala keperluan hidup mereka dalam kehidupan dunia ini, (setengahnya Kami jadikan kaya raya dan setengahnya miskin menderita); dan juga Kami telah menjadikan darjat setengah mereka tertinggi dari darjat setengahnya yang lain; (semuanya itu) supaya sebahagian dari mereka senang mendapat kemudahan menjalankan kehidupannya dari (bantuan) setengahnya yang lain. Dan lagi rahmat Tuhanmu (yang meliputi kebahagiaan dunia dan akhirat) adalah lebih baik dari kebendaan dan keduniaan semata-mata yang mereka kumpulkan.
(Az-Zukhruf 43:32)

صدق الله العظيم
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 10:54 PM GMT+8 , Processed in 0.318797 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list