View: 4315|Reply: 7
|
Polis disaran pertingkat penguasaan bahasa Inggeris
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by perang_sivil at 30-1-2012 22:24
GEORGETOWN: Anggota polis perlu meningkatan kemahiran berkomunikasi, terutama dalam bahasa Inggeris, untuk memastikan maklumat dapat disampaikan dengan tepat kepada orang ramai.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Wira Ayub Yaakob, berkata hanya 25 peratus daripada 5,000 anggota polis di negeri itu fasih berbahasa Inggeris.
Keadaan ini wujud walaupun kemampuan untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris amat penting memandangkan penduduk Pulau Pinang terdiri daripada pelbagai kaum dan terdapat juga ramai warga asing.
"Kira-kira 60 peratus dapat berbahasa Inggeris pada tahap biasa sahaja manakala selebihnya sekadar tahu bahasa Inggeris asas," kata Ayub kepada pemberita selepas merasmikan Latihan Khas Komunikasi dalam Bahasa Inggeris untuk Polis Pelancong di sini hari ini.
Beliau berkata, kelemahan anggota polis dalam berkomunikasi boleh menimbulkan salah faham dalam kalangan orang ramai.
"Masyarakat mengharapkan kita (polis) menyelesaikan masalah mereka. Oleh itu, kita perlu memiliki kemampuan untuk berbuat demikian dan ini boleh dicapai melalui kemahiran dalam berkomunikasi," katanya. - BERNAMA
p/s: Polis Korea,Thai, Indon dan Jepang pun ramai tak pandai cakap BI.. |
|
|
|
|
|
|
|
cadangan naik pangkat kpd anggota polis yg sambung belajar dlm bidang bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa lain .. |
|
|
|
|
|
|
|
Rasanya bukan polis yang perlu mantapkan bahasa inggeris diorang, biarlah siapa2 yg duduk kt malaysia ni samada dia org tempatan or orang luar, mereka yang perlu berbahasa malaysia....tak gitu???? |
|
|
|
|
|
|
|
eh, bukan kena belajar bahasa cina skali ke? sib baik tak disuruh belajar tamil sekali
ramai je pak polisi dalam kelas aku.. |
|
|
|
|
|
|
|
dlm keadaan terdesak dan tersewel, DARSITAN @ perang_sewel mempertaruhkan
pula kulit barunya spiderman80 di bod current issue.
|
|
|
|
|
|
|
|
polis di kualal lumpur , Johor bahru, pulau pinang memang perlu sedikit sebanyak bahasa inggeris |
|
|
|
|
|
|
| |
|