CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 90|Reply: 0

Fergie banyak pilihan

[Copy link]
Post time 24-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
LONDON: Pengurus legenda, Sir Alex Ferguson mempunyai himpunan barisan penyerang yang mampu diharapkan ketika Manchester United meletakkan sasaran untuk mengukuhkan kedudukan  di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Stoke, hari ini.\rUnited akan bertandang ke Stadium Britannia dengan permulaan mengagumkan bagi mempertahankan kejuaraan musim lalu, dengan menjaringkan 21 gol dalam lima kemenangan berterusan termasuk menundukkan Chelsea 3-1 di Old Trafford, minggu lalu.\r\n\n\n\n\r   Dengan Wayne Rooney berada di tahap terbaiknya, menjaringkan gol dalam \rkelima-lima perlawanan United dengan keseluruhan sembilan gol jaringannya, Ferguson juga sedar semua penyerangnya ketika ini juga bersedia untuk diturunkan.\r\n\n\n\n\n\rDanny Welbeck kembali menemui sentuhan ketika United menumpaskan Leeds 3-0 dalam kempen Piala Liga manakala Javier Hernandez mula menjalani latihan selepas pulih daripada kecederaan akibat terjahan kasar Ashley Cole.\rDan bekas penyerang England, Michael Owen juga membuktikan dirinya masih berbisa selepas meledak dua gol menentang Leeds dalam perlawanan yang menyaksikan Dimitar Berbatov beraksi penuh selama 90 minit buat pertama kali \rmusim ini.\rBegitupun, Ferguson berdepan dilema untuk lebih fokus di bahagian pertahanan dengan mengharapkan pertahanan tengah kental, Rio Ferdinand mampu diturunkan selepas disisihkan dalam tiga perlawanan akibat kecederaan betis.\r\n\n\n\n\r“Saya berharap Rio akan pulih pada perlawanan Sabtu (hari ini). Apabila kamu bertandang ke Stoke, kamu memerlukan sedikit pengalaman,” kata Ferguson yang \rkehilangan kapten pasukan, Nemanja Vidic dan pertahanan Brazil, Rafael Da Silva.\rBuat Stoke, apa yang membimbangkan mereka ketika pertemuan menentang United adalah kekalahan besar 4-0 ke atas Sunderland, minggu lalu yang memusnahkan rekod sembilan perlawanan tanpa kekalahan The Potters. – AFP\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 06:08 PM GMT+8 , Processed in 0.300380 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list