CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 142|Reply: 0

Red Warriors buru penyerang Perlis, Pahang

[Copy link]
Post time 3-8-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) sedang berunding dengan Persatuan Bola Sepak Pahang dan Perlis bagi meminjam satu atau dua pemain negeri itu untuk membantu memperkuatkan cabaran The Red Warriors  mempertahankan mahkota kejuaraan Piala Malaysia dimenangi, musim lalu.\rTanpa mahu menyebut nama pemain dua negeri berkenaan, pengurus pasukan, Azman Ibrahim mengakui Kelantan berminat meminjam pemain negeri itu bagi memantapkan posisi serangannya, terutama untuk bergandingan dengan penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha.\r\n\n\n\n\r  “Kami sedang berunding dengan Pahang dan Perlis untuk mendapatkan pinjaman bagi pemain negeri itu dan proses perundingan sedang berjalan sekarang. \r\r\n\n\n\n\n  “Kempen Piala Malaysia amat penting bagi Kelantan mempertahankan gelaran juara yang kita menangi musim lalu,” katanya di Kota Bharu, semalam.\rBeliau berkata, barisan pemain Kelantan akan memulakan sesi latihan selepas solat tarawih bermula 4 Ogos ini bagi persiapan menghadapi saingan Piala Malaysia, September ini.\rKatanya, buat masa ini, pemain Kelantan masih bercuti rehat selama seminggu dan latihan yang bermula 4 Ogos ini membabitkan semua pemain kecuali penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat dan pemain muda, Mohd Izuan Solahuddin yang bersama skuad Olimpik negara di Slovakia.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 10:16 AM GMT+8 , Processed in 0.040633 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list