View: 5168|Reply: 0
|
BMW Motorrad Malaysia perkenal BMW R 12 baharu pada harga RM119,500
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: BMW Motorrad Malaysia secara rasmi mengumumkan harga jualan bagi model terbarunya, BMW R 12 serba baharu, iaitu RM119,500. '
Syarikat itu dalam satu kenyataan berkata, kruiser dalam segmen 'Heritage' ini menawarkan gabungan reka bentuk klasik dengan teknologi moden bagi memenuhi keperluan peminat motosikal premium di negara ini.
"BMW R 12 serba baharu dikuasakan oleh enjin ikonik R boxer yang menjanjikan pengalaman tunggangan lancar dan responsif, sama ada di lebuh raya mahupun jalan berbukit di luar bandar.
"Dengan gaya retro yang dipadankan bersama teknologi inovatif, model ini direka untuk penunggang yang menghargai estetika klasik serta kemajuan kejuruteraan moden," kata kenyataan itu.
Tambahnya lagi, bagi memudahkan pemilikan, BMW Group Financial Services Malaysia menawarkan pelan pembiayaan dengan bayaran ansuran bermula daripada RM1,668 sebulan, berdasarkan pinjaman 90 peratus untuk tempoh tujuh tahun menerusi Pembiayaan Straight Line.
Selain itu, pembeli turut menikmati faedah tambahan seperti Program Minyak Enjin Premium, servis inklusif dan lanjutan jaminan yang disediakan oleh BMW Motorrad Malaysia.
Harga jualan ini termasuk jaminan tiga tahun BMW Motorrad Malaysia serta Program Bantuan Tepi Jalan untuk tempoh yang sama, tetapi tidak termasuk insurans.
Sumber: BH Online
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|