View: 8076|Reply: 10
|
Trend pasangan pilih 'childfree' membimbangkan - "Kita menyedari alasan pasangan memilih childfree atas faktor kos sara hidup"
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Trend pasangan berkahwin yang memilih untuk tidak mempunyai zuriat atau childfree dilihat membimbangkan kerana boleh memberi kesan jangka panjang kepada struktur penduduk Malaysia, termasuk mempercepatkan proses negara menua.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata walaupun menyedari keputusan untuk tidak mempunyai zuriat adalah hak keluarga atau pasangan, namun kerajaan sentiasa menggalakkan pasangan yang berkahwin untuk memiliki anak.
Noraini berkata kerajaan sentiasa menyediakan bantuan, persekitaran yang sihat dan kondusif bagi membantu pasangan berkahwin.
Antaranya subsidi yuran pengasuhan taska sebanyak RM180 seorang bagi anak berusia 4 tahun ke bawah kepada penjawat awam yang layak, selain menaikkan had kelayakan pendapatan bulanan isi rumah kepada RM7,000 bagi subsidi yuran pengasuhan.
"Kita menyedari alasan pasangan memilih childfree atas faktor kos sara hidup, komitmen kerjaya, memilik kebebasan peribadi dan kualiti hidup masa hadapan.
"Namun kerajaan melakukan pelbagai intervensi dan bantuan kepada pasangan berkahwin supaya mereka memilih untuk mempunyai anak," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Zulkifli Ismail (PN-Jasin) berhubung pendekatan kerajaan untuk meningkatkan kadar kesuburan keseluruhan (TFR) berikutan kadar kesuburan negara menurun ekoran trend pasangan memilih untuk tidak mempunyai anak atau childfree.
Menjawab soalan asal Zulkifli mengenai strategi kementerian dalam menggalakkan pasangan mempunyai atau menambah zuriat, Noraini berkata, terdapat perkhidmatan rawatan kesuburan menerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) ditawarkan, malah rawatan subfertiliti LPPKN berjaya merekodkan 6,150 kehamilan setakat Oktober 2024.
Beliau berkata kerajaan turut menyediakan inisiatif khas untuk membantu meringankan beban kewangan bagi pasangan yang menjalani rawatan kesuburan seperti pengecualian cukai bagi rawatan kesuburan sehingga RM10,000, selain pengeluaran wang caruman KWSP (Akaun 2) untuk rawatan kesuburan bermula 1 September 2020.
"ada 2025 pula, LPPKN akan memperkenalkan program i-KASIH (Insentif Keluarga KASIH) yang menawarkan Subsidi bagi pembiayaan kos rawatan kaedah Intrauterine Insemination (lUl) Permanian Beradas kepada 1,300 pasangan berpendapatan kurang RM10,000," katanya.
Sumber : – Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
bukan sebab kos kehidupan je..
kawan meolls, she pilih untuk childfree sebab dia anak sulung & kena jaga adik 8 orang semasa kecil..
parents dia lepas tangan, apa2 kakak kakak kakak..
dia dah pernah rasa susah payah untuk besar kan anak, and tak nak experience benda yang sama for now..
laki dia pulak okay je..
masing2 ada pilihan sendiri..
just doa je la, mana tau terbuka hati untuk ada anak sendiri suatu hari nanti.. |
|
|
|
|
|
|
|
x payah la dengar cakap mp...kewangan ko bukan theyols yg tanggung pun!
ujung2 hadap la kos of living, inflation..rega brg mahal bagai..
menderu kasi bangla, indon masuk gak.. tenaga kerja murah! |
|
|
|
|
|
|
|
semua psl minda
kalu rasa hidup tu beban
pehal tk tgk rakyat palestin, ada anak beranak 8 beradik semua mati kene bom, dia gigih juga kawin, ada zuriat, survive skalipun hidup daif, penuh sekatan, smpai makan rumput
org yg berminda child free ni petanda org tu manja
semua benda nk mudah
kalu zaman perang, set2 cmni mati Dulu, psl pikiran pendek
silap2 kalu keadaan terdesak, dia pi bunuh mak pak sndiri atau anak sndiri sebab nk survive hidup senang |
|
|
|
|
|
|
|
Bior la deme nk child free. Lagi bgs pasangan yg childfree dari mak pak yg beranak dgn tujuan nk anak jaga deorg tua2 esok, padahal kebajikan anak pun ala kadar. Lagi teruk kalau beranak pastu biar anak kelaku mcm setan, asalkan aku ada anak kasi mkn pakai katanyer. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada tak sesiapa ada anak doktor atau sedara mara doktor? Aku risau ni anak nak jadi doktor. I tengok doktor semua either kawin lambat atau kawin cepat bebenor. Abih anak dia siapa yang jaga kalau mak bapak busy? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by AJENALI at 21-11-2024 10:46 PM
cm_vungtau replied at 21-11-2024 10:24 PM
Ada tak sesiapa ada anak doktor atau sedara mara doktor? Aku risau ni anak nak jadi doktor. I tengok ...
Setakat ni kebanyakkan kenalan doktor semua kawin awal sis. Tak dinafikan ade yang kawin lambat sebab jodohnya sampai lambat.
Alhamdulillah pasangan yang kawin lambat tu semua berjenis2 jugak sama macam geng2 kawin awal.
Tapi hasil anak2 doktor ni nampak la pengurusannya elok. Jenis parents yang alert dan bertanggungjawab, InsyaAllah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Eh biarlah org nak child free.
Kau beria nak bimbang2 bagai. Abis, kalau org yg nak child free tu bimbang dkt kau yg beranak mcm lipas, kau marah tak?? Kangkang je jadi, kangkang je jadi.
Tak reti2 nak planning. Rezekiikkkk kata ko. Bersepah2 anak. Kalau semua jadi org, takpe jugak |
|
|
|
|
|
|
|
cm_vungtau replied at 21-11-2024 10:24 PM
Ada tak sesiapa ada anak doktor atau sedara mara doktor? Aku risau ni anak nak jadi doktor. I tengok ...
Hantaq pengasuh laa..dah besaq sikit umo 2-3y tu masuk playschool lepas tu 4-5y masuk kindergarten.. sebetulnya proses membesarkan ank ni dari lahir sampai laa dia sekolah kejap sgt yuu masa berlalu .tau2 hujung tahun cikgu hantaq msj bgtau ank dah nk konvo tadika..fasa yg letih masa baby-2y jaa |
|
|
|
|
|
|
|
mcm mana x takut, harga jagaan taska pun paling murah rm600. tu baru taska. susu, diapers, sakit demam lagi. tu baru sorang anak |
|
|
|
|
|
|
|
Ibarat menafikan fitrah manusia yg berkahwin bertujuan utk mengikut sunnah nabi serta berkembang biak.
Jgn bila dah nak manopous kelak baru terkial nak anak....
Bersyukur aje lah ketika dah ada pasangan sah.Ada org bujang sampai bila2..ada org sedaya upaya nak anak tp tk dpt |
|
|
|
|
|
|
| |
|