CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6079|Reply: 0

[Sarawak] SOP, garis panduan kelulusan permohonan PR, sijil permit masuk ditambah baik

[Copy link]
Post time 21-11-2024 03:20 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Prosedur operasi standard (SOP) dan garis panduan sedia ada akan ditambah baik bagi memudah cara serta mempercepatkan proses kelulusan permohonan pemastautin tetap (PR) dan sijil permit masuk bagi kanak-kanak yang telah diluluskan kewarganegaraan di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah berkata penambahbaikan ini akan membolehkan indikator 'K' diberi dengan kadar segera.

"Ketika ini kementerian kami bekerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sarawak dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak serta agensi kerajaan lain bagi menambah baik prosedur dan garis panduan berkaitan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan untuk kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Fatimah memberitahu Dewan pada 26 September 2024, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) telah meluluskan kemasukan indikator 'K' ke dalam kad pengenalan kanak-kanak yang diangkat oleh pasangan/ibu bapa warganegara pemastautin Sarawak yang memiliki indikator K.

Inisiatif itu katanya sebagai satu dasar tambahan untuk diterima pakai oleh JPN Sarawak.

Kelulusan tersebut adalah terpakai kepada kes-kes anomali seperti kanak-kanak yang diangkat oleh pasangan warganegara (pemegang indikator K) yang telah diberikan taraf kewarganegaraan di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan, tanpa mengambil kira status indikator ibu atau bapa kandung dan latar belakang kanak-kanak yang tercatat dalam sijil kelahiran asal kanak-kanak tersebut, katanya.

"Kes anomali kedua ialah kanak-kanak yang dijumpai/ abandoned yang ditempatkan di institusi-institusi kebajikan milik kerajaan yang telah diangkat oleh pasangan warganegara (pemegang indikator K), tanpa mengambil kira maklumat yang tercatat dalam sijil lahir asal kanak-kanak tersebut," jelasnya.

Mengenai isu kewarganegaraan di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan, Fatimah berkata Jawatankuasa Khas Status Kewarganegaraan (JKKSK) akan memberi keutamaan kepada urusan berkaitan verifikasi permohonan; fasilitasi proses permohonan dan mengemukakan syor kepada jawatankuasa itu.

Namun demikian, ujarnya keputusan akhir terhadap permohonan kewarganegaraan adalah tertakluk kepada perundangan, dasar dan peraturan semasa yang berkuat kuasa di bawah bidang kuasa Menteri Dalam Negeri Malaysia.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 06:52 PM GMT+8 , Processed in 2.267428 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list