CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8309|Reply: 1

[Tempatan] Peneroka FELDA tersenyum harga sawit mentah lebih RM5,000 satu tan

[Copy link]
Post time 21-11-2024 01:28 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Abnor Hamizam Abd Manap - November 21
[email protected]



JEMPOL: Peningkatan harga minyak sawit mentah (MSM) yang mencecah lebih RM5,000 satu tan metrik membeli rahmat kepada peneroka FELDA.

Peneroka FELDA Raja Alias 2, Izhar Yaacub, 67, berkata harga Buah Tandan Segar (BTS) ketika ini mencecah RM1,100 satu tan.

Bagaimanapun, katanya harga itu berdasarkan perahan sawit di kilang dan kebiasaan setiap kilang berbeza harga, namun perbezaan tidak ketara.

"Memang seronok apabila harga sawit naik, pendapatan boleh mencecah ribuan ringgit setiap bulan... namun ketika ini buah sawit kurang.


"Apabila buah sawit kurang dan harga tinggi ketika ini tidak menggembirakan peneroka, namun kami tetap bersyukur masih lagi mendapat pendapatan antara RM3,000 hingga RM5,000 sebulan.

"Jika buah sawit banyak, pendapatan diterima sudah tentu lebih tinggi... namun ia juga bergantung produktiviti ladang termasuk amalan membaja," katanya.


Bagi Mohd Nasir Abd Rahman, 64, dari FELDA Raja Alias 3, kenaikan MSM gus menyaksikan kenaikan harga BTS yang dihantar ke kilang.

Namun, katanya jika kenaikan itu berlaku ketika sawit banyak sudah pasti memberi nikmat terbesar kepada peneroka kerana kenaikan sangat besar.

"Dua bulan lalu harga satu tan sawit antara RM1,040 hingga RM1,070 dan ketika ini sudah mencecah RM1,100... mungkin di tempat lain ada harga melebihi RM1,150 bergantung perahan sawit di kilang.

"Pun begitu jika peneroka dapat jual BTS ke kilang dalam anggaran tiga hingga lima tan sebulan pendapatan diterima masih dianggap tinggi," katanya.

Dalam pada itu, dia berharap harga MSM akan terus meningkat pada masa depan sekali gus memberi keselesaan kepada warga peneroka.

Ketua Peneroka FELDA Wilayah Raja Alias, Datuk Zainal Abidin Ahmad, berkata peningkatan harga MSM memberi kelebihan kepada peneroka terutama apabila ladang diuruskan sendiri.

Katanya, dengan peningkatan kadar upah, baja, racun dan lain-lain pengurusan ladang, peneroka yang menguruskan sendiri ladang akan mendapat manfaatnya.

"Kita berharap peningkatan harga MSM akan terus kekal bagi tempoh lama dan peneroka pula tidak sewajarnya mengabaikan aspek pengurusan ladang termasuk membaja dan pengurusan pokok bagi mendapatkan buah sawit berkualiti.

"Masalah utama apabila kita menguruskan ladang sendiri, namun kita mengabaikan aspek pengurusan ladang sedangkan pada masa sama mahu hasil yang terbaik," katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2024 01:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Pemberita pon bongak xbuat research..biasa memang mcm ni, musim buah xde, naik le rega..musim buah banyak, murah balik.
Xpayah nak buat gempak la
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 06:17 PM GMT+8 , Processed in 0.326097 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list