CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30304|Reply: 4

[Tempatan] Malaysia bakal jadi UAE? Semenanjung Malaysia semakin kehabisan sumber minyak, gas

[Copy link]
Post time 20-11-2024 10:09 PM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 21-11-2024 02:14 AM

KOTA BHARU - Sumber minyak dan gas di semenanjung negara ketika ini semakin berkurangan kira-kira 50 peratus.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, sumber tersebut sebelum ini memberi kelebihan kepada pertumbuhan ekonomi negara dan agihan pendapatan bagaimanapun sumber kini hanya ada di Sabah serta Sarawak.

“Di sebelah semenanjung, kita memang semakin kehabisan minyak dan gas, lima hingga 10 tahun lepas, jumlah pengeluaran minyak kita ialah sebanyak 700,000 tong sehari, sekarang dalam 350,000 tong sehari.

“Dalam tempoh 10 tahun dah berkurang separuh dan akan kurang dengan lebih cepat,” kata beliau semasa berucap pada Sesi Libat Urus Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) Kementerian Ekonomi bersama Kerajaan Negeri Kelantan di Kompleks Darulnaim di sini pada Ahad.

Turut hadir, Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud dan barisan kepimpinan kerajaan Kelantan.

Rafizi mengulas, sumber yang masih di Sabah dan Sarawak itu pula digunakan bagi memenuhi tuntutan dan penggunaannya di kedua-dua negeri itu.

“Ada juga usaha untuk dipertimbangkan kembali cara penagihan pendapatan sumber Sabah dan Sarawak ini.

“Selain memenuhi tuntutan Sabah dan Sarawak, sumber ini sebahagian besar memang dieksport dan diikat dengan perjanjian jangka panjang oleh pembeli-pembeli,” katanya.

Rafizi memberitahu, kekurangan sumber minyak dan gas di semenanjung tersebut menjadi cabaran yang lebih besar kepada kerajaan dalam soal mengagihkan dan menentukan peruntukan ke negeri-negeri.

“Walaupun Malaysia baik dari segi pertumbuhan ekonomi, gaya hidup berubah, dulu naik motosikal ke kereta, tetapi gaji tak naik, perniagaan tak besar akhirnya perbelanjaan lebih besar daripada pendapatan yang ada.

Sinar Harian

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-11-2024 11:19 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2024 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Sepatutnya gunakan hasil Petroleum tu untuk bangunkan teknologi solar, algae untuk gas hidrogen, dan tenaga boleh diperbaharui yang lain.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2024 01:25 PM | Show all posts
Rakyat Malaysia X perlulah takut dan cemas jika suatu hari nanti minyak bumi habis di negara anda karena sumber melimpah yang masih ada di negara anda adalah keberaaan bangsa melayu mahawangsa sang penguasa alam melayu dan alam semesta yang terkenal sangat pintar dan paling produktive di seluruh dunia ...

Jadi jika minyak habis ... masa depan Malaysia tetaplah cerah, makmur dan kaya raya .. sedangkan bangsa arab akapan merudum jatuh menjadi bangsa miskin...

Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2024 02:13 PM | Show all posts
B40tastePosh replied at 20-11-2024 03:06 PM
Sepatutnya gunakan hasil Petroleum tu untuk bangunkan teknologi solar, algae untuk gas hidrogen, dan ...

tu sebab China datang ke kita. kalau berlaku perang. China nakkan sarawak tu je.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 06:09 PM GMT+8 , Processed in 1.166876 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list