CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 34609|Reply: 0

[Tempatan] Kuasa larang kahwin bawah umur bawah kerajaan negeri

[Copy link]
Post time 20-11-2024 04:32 PM | Show all posts |Read mode
Kuasa larang kahwin bawah umur bawah kerajaan negeri

https://www.kosmo.com.my/2024/11 ... ah-kerajaan-negeri/

Oleh SITI A'ISYAH SUKAIMI
20 November 2024, 4:19 pm


Nancy pada Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto oleh FARIZ RUSADIO/KOSMO!

KUALA LUMPUR – Kuasa penuh bagi meminda undang-undang berkaitan perkahwinan bawah umur masih di bawah kerajaan negeri.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pada masa ini hanya Kedah dan Selangor telah mengambil pendekatan dalam meminda Perlembagaan negeri berhubung isu tersebut.

“Itulah realiti di Malaysia. Kami boleh gesa dan beri tekanan, tetapi akhirnya kerajaan negeri akan bertanya, siapa kita untuk menentukan apa yang perlu mereka lakukan? Mereka lebih memahami keadaan di negeri masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia anjuran Tabung Darurat Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), di sini hari ini.

Nancy berkata, berdasarkan perbincangan secara tidak formal dengan kerajaan negeri menunjukkan tiada pihak yang secara terbuka menyokong perkahwinan bawah umur.

Tambahnya, bagi merangka perubahan berkaitan isu tersebut, antara cabaran utama yang dihadapi ialah faktor budaya dan adat resam setempat.

“Saya sudah mendekati beberapa pemimpin negeri dengan harapan mendapatkan sokongan mereka. Namun, jawapan mereka tetap sama. Semua perlu faham, ia tidak semudah yang disangka,” katanya.

Terdahulu, beberapa kumpulan hak wanita termasuk Sisters In Islam (SIS) menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas untuk membanteras perkahwinan bawah umur.

Sementara itu, Nancy berkata, kerajaan turut memastikan ibu muda tidak tercicir dalam pendidikan sekiranya remaja tersebut berada di bawah jagaan pihak kementerian.

“Kami ada kes seorang ibu muda di Kuching kini berusia 15 tahun. Dia tetap bersekolah dan melawat anaknya selepas tamat sesi persekolahan, walaupun mereka tidak tinggal di tempat yang sama,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 07:56 PM GMT+8 , Processed in 0.054116 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list