View: 16848|Reply: 10
|
[Tempatan]
Penilaian pertengahan penggal: Anwar Ibrahim, kerajaan Madani dapat gred D. #2, Kerajaan perpaduan gred ‘D’, Bersih iktiraf Ismail PM terbaik sejak 2009. #4, UPSR gred D, SPM esok naik A - PMX
[Copy link]
|
|
Edited by EJALTI at 21-11-2024 08:01 AM
Penilaian pertengahan penggal: Anwar, k’jaan Madani dapat gred D
https://m.malaysiakini.com/news/726434
Hariz Mohd
Diterbitkan: Nov 20, 2024 9:05 AM
Dikemaskini: 9:17 AM
Bersih memberikan pentadbiran pimpinan Anwar Ibrahim gred D bagi penilaian pertengahan penggal kerajaan Madani yang prestasi buruknya dikaitkan dengan kegagalan melaksanakan reformasi institusi dengan ketara.
Dalam pembentangan yang menurut Bersih sebagai kad laporan kerajaan malam semalam, kumpulan reformasi pilihan raya itu turut meletakkan Anwar di belakang pendahulunya Ismail Sabri Yaakob dan Dr Mahathir Mohamad dalam menunaikan janji reformasi mereka.
Pengerusi Bersih, Faisal Aziz berkata penilaian mereka berhubung dua tahun pertama kerajaan mendapati terdapat jurang yang ketara antara janji reformasi dan pelaksanaan sebenar.
Penilaian itu, yang menggabungkan dua bahagian - menunaikan komitmen manifesto dan perbandingan dengan pentadbiran terdahulu - kembali dengan kerajaan Madani mencatatkan jumlah 45.8 peratus, katanya.
Kebebasan awam Madani merosot
"Kerajaan menunjukkan prestasi di bawah jangkaan dalam kedua-dua bahagian. Dalam (seksyen) Pembaharuan Pilihan Raya, tidak ada kemajuan bermakna dalam isu-isu utama seperti penyelewangan bahagian pilihan raya, gerrymandering, atau memperkenalkan pengundian tanpa hadir untuk pengundi luar negara atau negeri, walaupun di sebalik janji semasa kempen untuk menangani perkara ini.
"Kerajaan gagal untuk memulakan dasar untuk memastikan perwakilan yang adil, dan membiarkan janji reformasi pilihan raya penting tidak ditangani. Akta Pembiayaan Politik dan pindaan kepada Akta Kesalahan Pilihan Raya masih tidak lengkap, menimbulkan keraguan tentang komitmen kerajaan terhadap pilihan raya yang telus dan adil," kata Faisal.
Walaupun Putrajaya mencapai "kemajuan tambahan" dari segi reformasi institusi, Bersih berkata agenda reformasi utama masih tidak dipenuhi atau terbengkalai.
Ini termasuk untuk memisahkan peranan peguam negara dan pendakwa raya, dan untuk memberi kuasa pengawasan parlimen dalam pelantikan ketua institusi utama seperti SPRM dan Suruhanjaya Pilihan Raya.
Kerajaan Madani juga didapati merosot dalam bidang kebebasan awam dengan Bersih mengkritik kegagalannya untuk memansuhkan atau meminda undang-undang yang menindas seperti Akta Hasutan.
"Aktivis dan tokoh pembangkang terus menghadapi gangguan di bawah undang-undang ini, bercanggah dengan retorik reformis kerajaan. Sedikit kemajuan dicapai dalam menubuhkan majlis media bebas atau meningkatkan kebebasan akademik."
Ismail Sabri dapat markah tertinggi
Mengikut penilaian kumpulan itu apabila membandingkan pencapaian Anwar dengan empat perdana menteri sebelum ini, Bersih menyenaraikan Najib Razak di bahagian bawah sekali manakala Ismail Sabri diberi markah teratas.
Anwar pula diletakkan di tengah-tengah antara Mahathir (tempat kedua) dan Muhyiddin di tangga kedua terbawah.
Dalam justifikasinya, Bersih berkata Ismail Sabri dan Mahathir dalam tempoh kedua sebagai perdana menteri telah memenuhi lebih banyak agenda reformasi berbanding Anwar dalam tempoh dua tahun berkuasa.
Kumpulan itu berkata Ismail Sabri berjaya mencapai pembaharuan yang ketara dalam tempoh singkatnya iaitu 15 bulan walaupun menerajui pentadbiran yang tidak stabil, termasuk menandatangani memorandum persefahaman dengan pembangkang.
MoU itu telah membawa kepada sokongan bipartisan untuk pembaharuan, termasuk meluluskan undang-undang anti-lompat parti dan menurunkan umur mengundi kepada 18 tahun, tambahnya.
Mahathir lebih baik
“Lebih-lebih lagi, Ismail Sabri memastikan pengagihan dana pembangunan kawasan pilihan raya secara saksama kepada ahli parlimen kerajaan dan pembangkang, langkah utama dalam memupuk kerjasama dwipartisan.
"Sebaliknya, pentadbiran Anwar Ibrahim masih belum dapat memperoleh perjanjian reformasi dwipartisan yang setanding untuk melaksanakan reformasi pilihan raya dan demokrasi," kata Bersih.
Mengenai kedudukan Mahathir satu tangga di atas Anwar, kumpulan itu menyebut pencapaian demokrasi semasa dia berkhidmat termasuk penubuhan Jawatankuasa Pembaharuan Institusi dan Jawatankuasa Pembaharuan Pilihan Raya yang dikatakan telah meletakkan asas untuk pembaharuan lebih luas.
“Sebagai perbandingan, pentadbiran Anwar tidak mewujudkan struktur institusi serupa dengan mandat, kuasa dan peruntukan sedemikian. Ia menimbulkan persoalan tentang strateginya dalam perancangan reformasi.
"Walaupun kerajaan Perpaduan telah memperkenalkan langkah-langkah seperti Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSSC) yang dipertingkatkan, ia tidak mempunyai rangka kerja institusi yang komprehensif yang mencirikan pendekatan Mahathir untuk meneruskan reformasi dalam tempoh 22 bulan itu."
Walaupun Najib berada di kedudukan terbawah dalam senarai reformasi itu, Pengarah Eksekutif Bersih Ooi Kok Hin menyatakan bahawa perdana menteri yang dipenjarakan itu sebenarnya menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding Anwar. Antara lain, katanya, Najib telah memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Ini dibandingkan dengan "reformis" Anwar yang masih belum memansuhkan undang-undang yang menindas seperti Akta Hasutan dan Akta Komunikasi dan Multimedia.
Bagaimanapun, Ooi berkata, prestasi Najib merudum terutamanya disebabkan tindakannya selepas itu yang menjejaskan kebebasan institusi awam.
Kenapa terus guna Sosma?
Sementara itu, dalam forum selepas pelancaran kad laporan malam tadi, bekas pengerusi Bersih Maria Chin menyatakan kebimbangannya terhadap tindakan kerajaan meneruskan penggunaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 atau Sosma.
Maria Chin
Sebagai bekas tahanan Sosma, bekas ahli parlimen Petaling Jaya itu berkata, adalah mengganggu melihat undang-undang yang menindas tersebut digunakan ke atas kumpulan Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) baru-baru ini.
“Kalau kita nak batal Sosma dari buku undang-undang kita, kenapa kita masih terus guna Ssosma?
“Ada banyak juga reformasi yang sedang dilakukan, tetapi kerajaan juga salah faham seperti yang berlaku kepada rang undang-undang kewarganegaraan.
"Mereka benar-benar merosakkannya. Yang janji satu saja, beri hak pada wanita beri kewarganegaraan pada anak-anak, tapi mereka tambah (peruntukan lain) yang lebih menindas,” katanya kepada forum yang dianjurkan selepas itu.
‘Anwar selesa dengan kuasa yang banyak’
Thomas Fann, seorang lagi bekas pengerusi Bersih, percaya pentadbiran pimpinan Anwar hanya menggunakan alasan kerajaan perpaduan sebagai alasan untuk tidak melakukan pembaharuan yang mereka janjikan.
Thomas Fann
Menurut Fann, Anwar sebagai perdana menteri berada dalam kedudukan untuk mempengaruhi perubahan tetapi keberatan untuk melepaskan banyak kuasa yang dimiliki oleh pejabatnya.
"Kita perlu terus mendesak (kerajaan). Kuasa harus dikongsi, parlimen harus bebas untuk berfungsi sebagai semak dan imbang dan badan kehakiman mesti bebas untuk membela rakyat.
"PMX hanya menikmatinya (kuasa yang) terlalu banyak, saya fikir," katanya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kerajaan perpaduan gred ‘D’, Bersih iktiraf Ismail PM terbaik sejak 2009
https://www.freemalaysiatoday.co ... terbaik-sejak-2009/
Elill Easwaran
19 Nov 2024, 10:09 PM
Bersih berkata Ismail Sabri Yaakob (kanan) dapat urus peruntukan sama rata kepada wakil rakyat pembangkang, manakala Perdana Menteri Anwar Ibrahim dilihat belum laksana reformasi besar-besaran. (Gambar Facebook)
Bersih berkata gred diterima kerajaan perpaduan cerminan kemajuan terhad melaksanakan reformasi, termasuk jurang antara retorik dan tindakan.
KUALA LUMPUR: Bersih menilai kerajaan perpaduan dengan gred ‘D’ mengambil kira prestasi sejak dua tahun pembentukannya, selain meletakkan Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri terbaik, sejak 2009.
Pengerusi Faisal Abdul Aziz berkata gred diterima kerajaan perpaduan mencerminkan kemajuan terhad melaksanakan reformasi, serta jurang antara retorik dan tindakan.
“Kami percaya kerajaan gabungan pasca pilihan raya bukan alasan meninggalkan semua reformasi dijanjikan dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).
“Ini mengambil kira terdapat empat janji utama dalam kedua-dua manifesto BN dan PH – yang mana menunjukkan mereka bersetuju – tetapi belum dilaksanakan sepenuhnya.
“Perdana Menteri Anwar Ibrahim sendiri adalah pemimpin PH ketika janji-janji ini dibuat kepada pengundi,” katanya ketika membentangkan ‘kad laporan’ untuk prestasi kerajaan.
Kumpulan pemerhati pilihan raya itu meletakkan Ismail pada kedudukan tertinggi dalam kalangan lima perdana menteri, termasuk Anwar, Muhyiddin Yassin, Dr Mahathir Mohamad, dan Najib Razak.
Bersih meletakkan Mahathir ketika menerajui kerajaan PH pada kedudukan kedua, disusuli Anwar, Muhyiddin, dan Najib.
Ia melaporkan reformasi dilakukan ketika pentadbiran Ismail, termasuk peruntukan dana sama rata kepada pembangkang menerusi memorandum persefahaman (MoU) dengan PH.
Menurutnya lagi, pemeteraian MoU itu membawa kepada sokongan dwipartisan bagi penggubalan undang-undang antilompat dan penurunan umur mengundi daripada 21 kepada 18 tahun.
Menurut Bersih, ketiadaan reformasi yang ketara di bawah pentadbiran Anwar sesuatu yang membingungkan, memandangkan kerajaan perpaduan menikmati sokongan yang kuat di Parlimen berbanding ketika pentadbiran Ismail dan Mahathir, yang melakukan lebih banyak reformasi dalam tempoh dua tahun pertama.
Maka, perbezaan ini menunjukkan isunya bukan terletak pada sokongan di Parlimen tetapi iltizam politik, katanya.
Sementara itu, Bersih mengiktiraf usaha kerajaan perpaduan memperkasa jawatankuasa Parlimen, namun jawatankuasa-jawatankuasa ini kekurangan dana dan kakitangan, katanya.
Bersih juga mengiktiraf kesudian Anwar mengadakan libat urus dengan pertubuhan-pertubuhan masyarakat, seperti pertemuan mereka pada awal tahun ini.
Sementara itu, Bersih menggesa pentadbiran Anwar menggubal beberapa undang-undang sebelum PRU akan datang, termasuk Akta Perkhidmatan Parlimen, Akta Pendanaan Politik, Akta Parlimen Berpenggal Tetap, serta undang-undang mengenai dana pembangunan sama rata untuk Ahli Parlimen.
Bersih juga menyeru tempoh perkhidmatan perdana menteri dihadkan kepada tidak melebihi 10 tahun, menyegerakan pengasingan peranan peguam negara dan pendakwa raya awam, dan membolehkan Parlimen selia pelantikan jawatan-jawatan penting, seperti untuk Suruhanjaya Pilihan Raya dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. |
|
|
|
|
|
|
|
UPSR gred D, SPM esok naik A, kata Anwar
https://www.malaysiakini.com/news/726602
Hariz Mohd, Shahrin Aizat Noorshahrizam & B Nantha Kumar
Diterbitkan: Nov 21, 2024 1:40 PM
Dikemaskini: 1:55 PM
PARLIMEN l Perdana Menteri Anwar Ibrahim yakin kerajaan Madani pimpinannya yang masih baru mampu melakukan lebih baik dalam melaksanakan reformasi dari semasa ke semasa.
Presiden PKR itu mengulas penarafan buruk yang diberikan oleh gabungan reformasi pilihan raya, Bersih dalam penilaiannya baru-baru ini, dengan mendakwa Putrajaya gagal memenuhi banyak agenda pembaharuan.
“Tentang (penarafan) Bersih, tak apalah beri (kita gred) D, bukan F.
“(Kalau) UPSR D, (nanti) SPM esok naik A lah.
“Insya-Allah, (kerajaan Madani masih) baru sangat,” katanya sinis sewaktu sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat, hari ini.
UPSR merujuk kepada sistem peperiksaan untuk sekolah rendah awam di Malaysia, yang telah dihentikan sementara SPM atau Sijil Pelajaran Malaysia, lazimnya diduduki oleh pelajar sekolah menengah pada akhir pengajian Tingkatan 5.
Dua hari lalu, Bersih semasa melancarkan "kad laporan pertengahan penggal" memberikan pentadbiran Anwar gred D yang prestasi buruknya dikaitkan dengan kegagalan melaksanakan reformasi institusi dengan ketara.
Pengerusi Bersih, Faisal Aziz berkata penilaian mereka berhubung dua tahun pertama kerajaan mendapati terdapat jurang yang ketara antara janji reformasi dan pelaksanaan sebenar.
Penilaian itu, yang menggabungkan dua bahagian - menunaikan komitmen manifesto dan perbandingan dengan pentadbiran terdahulu - kembali dengan kerajaan Madani mencatatkan jumlah 45.8 peratus, katanya.
Bersih juga membandingkan kemajuan reformasi yang dibuat oleh Anwar dan empat pendahulunya dalam tempoh dua tahun pertama mereka memegang jawatan.
Kumpulan reformasi pilihan raya itu turut meletakkan Anwar di belakang pendahulunya Ismail Sabri Yaakob dan Dr Mahathir Mohamad dalam menunaikan janji reformasi mereka.
Antara lain, menurut Bersih, dana pembangunan kawasan yang diberikan semasa pentadbiran Ismail Sabri kepada ahli parlimen pembangkang ketika itu sebagai sebab perdana menteri kesembilan adalah lebih baik daripada Anwar.
Untuk rekod, kerajaan hari ini menerima kritikan hebat kerana didakwa tidak menyalurkan dana kepada ahli parlimen pembangkang.
Mengulas perkara itu, Anwar mendakwa Bersih telah terlepas pandang bahawa ketika itu, dirinya sebagai ketua pembangkang yang berunding dengan pentadbiran Ismail Sabri sehingga mereka mencapai persetujuan untuk memeterai MoU.
Sedangkan, tambahnya, parti pembangkang hari ini enggan berunding dengan Putrajaya.
“Pandangan kita kepada TPM 2 (Fadillah Yusof) jelas, harus berunding.
“Tapi nampak pembangkang (enggan). Keengganan berunding tu menyebabkan hal ini tertangguh.
“Kalau Pendang umpamanya setuju jadi salah seorang perunding, boleh berunding segera, kalau boleh setuju kita boleh terima,” kata Anwar semasa menjawab soalan tambahan dari Awang Hashim (PN-Pendang) mengenai isu penyaluran peruntukan.
Awang Hashim (PN-Pendang)
Terdahulu, Fadillah yang juga merupakan Ketua Whip Kerajaan memaklumkan hanya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muda-Muar) yang memberi maklum balas terhadap memorandum persefahaman (MoU) penyaluran peruntukan.
Dia berkata, pembangkang sudah membuat ketetapan menolak MoU tersebut namun dirinya bersedia untuk melakukan rundingan secara terus dengan mana-mana ahli Parlimen pembangkang. |
|
|
|
|
|
|
|
kumpulan BERSIH banyak sangat porno nya |
|
|
|
|
|
|
|
paras hidung
sikit lg nk lemas
|
|
|
|
|
|
|
|
Boleh la antar TULUR GRED D kt depa... |
|
|
|
|
|
|
|
plywood replied at 21-11-2024 05:11 PM
klu ikut gred spm lulussssssssssssssssss ...
Harap tawun depan tak E |
|
|
|
|
|
|
| |
|