CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16883|Reply: 1

[Tempatan] Mahkamah Sesyen lepas, bebas Allahyarham Daim. #2, 'Anwar jangan berselindung di sebalik kematian Daim': Keluarga mahu perbicaraan diteruskan

[Copy link]
Post time 20-11-2024 01:37 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 20-11-2024 06:41 AM

Mahkamah Sesyen lepas, bebas Allahyarham Daim

https://m.malaysiakini.com/news/726446

Hidir Reduan Abdul Rashid
Diterbitkan:  Nov 20, 2024 10:43 AM
Dikemaskini: 12:00 PM



Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini melepas dan membebaskan Allahyarham Daim Zainuddin daripada pertuduhan gagal mengisytiharkan aset.

Ia susulan permohonan oleh timbalan pendakwa raya Wan Shaharuddin Wan Ladin bahawa pihak pendakwaan tidak lagi ingin meneruskan prosiding kerana tertuduh telah meninggal dunia minggu lepas.

"Kami dengan ini tidak berniat meneruskan prosiding terhadap Allahyarham Tun Daim kerana tertuduh telah meninggal dunia dan kami serahkan kepada budi bicara mahkamah.

“Namun kami ada menerima surat daripada (firma peguam Daim) Tetuan Raj & Sach, iaitu mereka membantah untuk memberhentikan prosiding ini," katanya.

Wan Shaharuddin berkata kuasa untuk meneruskan kes terletak pada pihak pendakwaan mengikut Seksyen 145(3) Perlembagaan Persekutuan.

"Apabila ada pertuduhan, maka perlu ada pihak yang dituduh," katanya.

Hakim Azura Alwi kemudian membuat perintah mengikut Seksyen 254 Kanun Tatacara Jenayah.

"Mahkamah dengan ini memerintahkan Allahyarham Tun Daim dilepaskan dan dibebaskan. Jaminan dibatalkan dan dikembalikan.

“Mahkamah juga mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham, semoga arwah ditempatkan bersama para solihin,” kata Azura.

Semalam, Na'imah Abdul Khalid, 66, menggesa pendakwaan supaya meneruskan kes itu, supaya peguam  pembelaan dapat membantu membersihkan nama arwah suaminya di mahkamah.

Rabu minggu lalu, hartawan berusia 86 tahun itu meninggal dunia di Hospital Assunta selepas dimasukkan ke unit rawatan rapi kerana angin ahmar.



Pertuduhan jenayah ke atas Daim adalah atas dakwaan gagal mematuhi notis SPRM untuk mendedahkan asetnya.

Pada 29 Januari lalu, Daim mengaku tidak bersalah di mahkamah atas pertuduhan gagal mematuhi notis dengan tidak mengisytiharkan 71 asetnya se­perti yang dikehendaki oleh Akta SPRM.

Antara, aset-aset itu merangkumi satu bank akaun, tujuh kenderaan, 38 syarikat dan 25 hartanah atau tanah di bawah syarikat.

Perbuatan itu didakwa dilakukannya pada 13 Di­sem­ber 2023 di Ibu Pejabat SPRM di Presint 7, Putrajaya.

Bekas menteri itu dituduh mengikut Seksyen 36(1)(a) ASPRM 2009 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi lima tahun dan didenda maksimum RM100,000, jika sabit kesalahan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-11-2024 02:40 PM | Show all posts
'Anwar jangan berselindung di sebalik kematian Daim': Keluarga mahu perbicaraan diteruskan

https://www.malaysianow.com/my/n ... bicaraan-diteruskan

MalaysiaNow
November 19, 2024 12:59 tengahari


Naimah Khalid, balu kepada Daim Zainuddin, menegaskan pertuduhan terhadap mereka merupakan penganiyaan oleh Anwar Ibrahim.

Balu bekas menteri kewangan itu berkata Allahyarham sememangnya berhasrat namanya dibersihkan di mahkamah supaya tuduhan terhadapnya terbukti berniat jahat.

Keluarga Allahyarham Daim Zainuddin berkata tiada keperluan bagi pihak berkuasa untuk menghentikan proses pendakwaan terhadapnya atas pertuduhan tidak mendedahkan aset, dengan mengatakan bekas menteri kewangan ketika hayatnya menantikan perbicaraan di mahkamah untuk membersihkan namanya sekaligus membuktikan tuduhan terhadapnya adalah bermotifkan politik.

"Saya bagi pihak Allahyarham, ingin menegaskan bahawa adalah menjadi hasrat beliau supaya perbicaraan terhadapnya diteruskan di mahkamah sehingga tamat, walau apapun terjadi kepadanya.

"Daim mendambakan harinya di mahkamah dan penuh yakin bahawa akhirnya beliau akan didapati tidak bersalah," kata balu Daim, Naimah Khalid dalam satu kenyataan.

Ia susulan Peguam Negara Mohd Dusuki Mokhtar yang memberi isyarat kes tersebut akan disemak semula, selepas Daim meninggal dunia pada 13 November.

Daim dan Naimah mengaku tidak bersalah atas pertuduhan gagal mematuhi notis Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mengisytiharkan harta, dalam apa yang disifatkan pasangan itu mnerupakan serangan bermotifkan politik oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Naimah berkata mereka yakin sejak dari awal bahawa siasatan SPRM adalah bersifat "sembrono, berniat jahat dan bermotifkan politik"

"Bahawa ia tidak berasas adalah jelas daripada fakta bahawa bukan sahaja perdana menteri yang mencetuskan siasatan mahupun Ketua SPRM Azam Baki dapat menyatakan sehingga hari ini apakah kesalahan yang kononnya dilakukan oleh Daim.

"Mereka tidak boleh menyatakan kesalahan, kerana tidak ada kesalahan sedemikian," katanya.

Kami tidak akan membenarkan Anwar Ibrahim cuba berselindung di sebalik kematian Daim untuk mengelak mengambil tanggungjawab di atas fitnah yang dilontarkannya berulang-ulang terhadap Allahyarham secara terbuka. Pembebasan Daim kelak akan membuktikan pengkhianatan dan pembohongan Anwar."

Naimah berkata peguamnya diarahkan untuk memaklumkan keputusan itu kepada peguam negara apabila perbicaraan disambung esok.

Pada 30 Sept, Naimah membuat laporan polis bagi pihak Daim, menggesa siasatan terhadap dakwaan penyalahgunaan kuasa oleh Anwar susulan sebuah laporan Bloomberg yang memetik sumber mengatakan Azam telah memberitahu pegawainya bahawa siasatan SPRM dilancarkan atas arahan perdana menteri.

Sumber itu juga mendakwa Anwar meminta Azam untuk tidak menyiasat bekas setiausaha politiknya Farhash Wafa Salvador berhubung pembelian kontroversi saham dalam sebuah syarikat yang dikaitkan dengan pembangunan sistem imigresen baharu bernilai satu bilion ringgit.

Pejabat Perdana Menteri dan SPRM telah menafikan dakwaan itu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 08:19 PM GMT+8 , Processed in 0.070955 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list