CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30009|Reply: 10

613 polis kena buang kerja sejak 2020. Keseluruhan 6,646 anggota kena tatatertib - Timbalan Ketua Polis Negara

[Copy link]
Post time 19-11-2024 11:23 PM | Show all posts |Read mode





KUANTAN: Seramai 6,646 pegawai kanan dan rendah polis telah dikenakan tindakan tatatertib atas pelbagai kesalahan sejak 2020 hingga September lalu, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.


Beliau berkata antara hukuman dikenakan ialah buang kerja membabitkan 613 individu, turun pangkat (120), turun gaji (68), lucut hak emolumen (641) dan tangguh pergerakan gaji sebanyak 152 orang.


Antara kesalahan yang dilakukan katanya merangkumi aspek integriti, jenayah, rasuah, dadah dan syariah.


"Kalau ada maklumat pembabitan polis sama ada anggota atau pegawai berkenaan salah laku di mana pun boleh berhubung dan salurkan maklumat kepada saya.


"Saya akan susulkan dengan tindakan dan pastikan identiti anda (pemberi maklumat) dilindungi," katanya menyampaikan ceramah Pembudayaan Integriti Dalam Kalangan Penjawat Awam Sempena Sambutan Hari Integriti Peringkat Majlis Bandaraya Kuantan 2024, hari ini.


Sementara itu, ketika ditemui pemberita Ayob Khan berkata dalam memulihkan keyakinan masyarakat terhadap pasukan sang saka biru itu tindakan tegas harus diambil terhadap polis yang terbabit dalam kegiatan salah laku tanpa mengira pangkat.


Menurut beliau sekiranya langkah berkenaan gagal dilaksanakan, kepercayaan masyarakat dan rasa hormat terhadap polis akan terhakis.


"aling penting sebab itu selalu saya tekankan kita ambil tindakan jangan kira pangkat dan kedudukan, …sebagai pemimpin pula jangan hanya nak popular dan takut nak ambil tindakan," katanya.




Sumber - Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2024 05:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku jadi benci kt dia ni pas baca ES
Ytjt
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2024 08:07 AM From the mobile phone | Show all posts
OK. Sekarang we ol nak tgk the breakdown. Berapa ramai pegawai, berapa ramai anggota.
Kendian, we ol juga nak tgk hukuman yg diberi kpd pegawai dan hukuman yg diberi kepada anggota.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2024 08:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Gaji polis kena dinaikkan supaya setara dengan kerjaya kerjaya profesional lain supaya dapat menarik budak budak pandai dan berdisiplin untuk menyertai polis.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2024 08:52 AM | Show all posts
asmurai replied at 20-11-2024 12:14 AM
Gaji polis kena dinaikkan supaya setara dengan kerjaya kerjaya profesional lain supaya dapat menarik ...

agree. iols rasa mcm mostly yg masuk polis mcm budak2 kelas belakang kan? tlglah yg pandai2 plak masuk.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2024 09:18 AM | Show all posts
primarikey: Aku jadi benci kt dia ni pas baca ESYtjt


cer cite.. ceciter

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-11-2024 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
BoongaKertas replied at 20-11-2024 08:52 AM
agree. iols rasa mcm mostly yg masuk polis mcm budak2 kelas belakang kan? tlglah yg pandai2 plak ma ...

Masalahnya, budak2 pandai masuk utk pemilihan payah nak dapat. Budak SPM pangkat 3 senang pula terpilih..
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2024 02:13 PM | Show all posts
najib888 replied at 20-11-2024 03:34 AM
Masalahnya, budak2 pandai masuk utk pemilihan payah nak dapat. Budak SPM pangkat 3 senang pula ter ...

oh yeke chuols? xtau plak iols yg tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2024 04:09 PM | Show all posts
Antara kesalahan yang dilakukan katanya merangkumi aspek integriti, jenayah, rasuah, dadah dan syariah.


menyundels ke


Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2024 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
so sad keje elok2 la bam pulis
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2024 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
pulis pun jahek
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 11:45 PM GMT+8 , Processed in 0.363927 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list