CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29639|Reply: 11

[Jenayah] Setengah juta lesap terjebak godaan emas

[Copy link]
Post time 19-11-2024 10:38 PM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 20-11-2024 01:34 PM

KUALA TERENGGANU: Seorang pesara guru berputih mata selepas wang simpanan peribadi dan pencen sebanyak RM570,000 lesap ditipu syarikat pelaburan jual beli emas.


Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata wanita berumur 59 tahun itu telah mula melabur dalam syarikat berkenaan sejak hujung tahun 2021 selepas menjadi anggota sebuah koperasi terkenal di negara ini yang aktif menjalankan kerja-kerja kebajikan dan menaja program-program keagamaan.

Beliau berkata sebagai anggota koperasi itu, pesara berkenaan ditawarkan menyertai pelaburan jual beli emas dengan pulangan tinggi yang diuruskan anak syarikat koperasi tersebut, dan didorong supaya membuat bayaran modal bagi tujuan membeli emas dengan dijanjikan keuntungan tinggi.

"Dalam tempoh Disember 2021 hingga Julai 2022, wanita itu telah membuat 17 kali pindahan wang berjumlah RM620,000 ke dua akaun berbeza atas nama anak syarikat koperasi berkenaan," katanya dalam kenyataan hari ini.


Azli berkata dalam tempoh tersebut wanita yang berasal dari Kuala Nerus itu hanya menerima hasil keuntungan pelaburan sebanyak RM50,000 dan selepas menyedari ditipu, dia telah membuat laporan polis.


Bernama






This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-11-2024 12:24 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2024 01:23 PM | Show all posts
620K tu dah cukup dah la utk pencen...ko simpan je dalam kwsp pun dah boleh dapat belanja harian.....

but mmg tak boleh blame the guru on the grounds of tamak....scammer ni semua mulut diarang....pergghhh....manis betol....walaupun ko tidak memerlukan....ko akan terpaut jugak ngan kata2 manis tu....
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2024 01:29 PM | Show all posts
rezeki tak berkat agaknya, semoga dipermudahkan....
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2024 03:18 PM | Show all posts
Kayoo betul keje gomen ni..tp hujung2 tamak
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2024 03:22 PM | Show all posts
ni yg mana? ketum metal?

pi cari nini comot kaihhh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-11-2024 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Gelang tangan kat atas tu xcantik
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2024 07:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa nama koperasi tu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2024 09:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Byk dah design2 latest lg cantik aku tengok
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2024 09:31 PM | Show all posts
Skrg org pakai bangle cartier skli dgn cincin
Lawa nmpk moden

Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2024 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Xberkenannya gelang tngn tu...tp kalau org bagi amek aje...
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2024 12:16 AM From the mobile phone | Show all posts
miss_white replied at 20-11-2024 09:31 PM
Skrg org pakai bangle cartier skli dgn cincin
Lawa nmpk moden

Utk invest lain dek. Yg gedabak2 tu senang tolak. Ada value…. Setakat haluz2 tu time kenduri acik menjuih je mulut …
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 08:15 PM GMT+8 , Processed in 0.479479 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list