Program Acara Seni Budaya 2024 Eksplorasi Seni 3.0 di Pantai Tanjung Batu di sini.
Program yang akan diadakan pada 23 dan 24 November itu mendapat kerjasama Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) dan Pejabat Pendidikan Daerah Bintulu. Jurucakap penganjur dalam kenyataannya berkata, program itu bertujuan mempromosikan ulang tahun ke-30 tahun penubuhan ASWARA.
"Program kongsi seni visual ini merupakan lanjutan kepada program Ekplorasi Seni 1.0 di Tawau dan Ekplorasi Seni 2.0 di Sandakan, Sabah pada 30 Mei hingga 2 Jun lalu," katanya.
Beliau berkata, program itu juga sebahagian daripada rangkaian Program SEMUKUT+ISM International Art Camp (SIAC 2023) yang berlangsung di Pulau Tioman pada 8 hingga 11 September 2023.
Katanya, program dua hari itu menyenaraikan beberapa aktiviti seperti eksplorasi seni abstrak, cetakan eko, kraf tangan tempatan, foto dan video, arca eko serta ceramah bersama pakar industri, komuniti, pelajar dan pensyarah ASWARA.
|