CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27392|Reply: 0

[Sabah] Kerugian jenayah komersial meningkat 306 peratus

[Copy link]
Post time 13-11-2024 04:39 PM | Show all posts |Read mode


JAUTEH

KOTA KINABALU: Kes jenayah komersial di Sabah merekodkan peningkatan kerugian kepada mangsa sehingga 306 peratus bersamaan RM256.1 juta dalam tempoh 10 bulan pertama tahun ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, nilai kerugian itu adalah yang tertinggi berbanding tempoh sama tahun lalu.

"Peningkatan itu membabitkan sebanyak 2,260 kes direkodkan berbanding tempoh yang sama tahun lalu yang mencatatkan hanya 1,962 kes.

"Jumlah ini menunjukkan peningkatan sebanyak 15.19 peratus kes jenayah komersial bagi tahun ini berbanding 2023," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, di sini.

Jauteh berkata, antara kes yang menyumbang kepada peningkatan ini adalah kes jenayah siber membabitkan penipuan dalam talian.

"Antaranya kategori penipuan itu ialah telekomunikasi (phone scam) iaitu sebanyak 638 kes dan 485 kes membabitkan kes pembelian atas talian," katanya.

Jauteh berkata, pihaknya amat komited dalam menjalankan kempen kesedaran jenayah komersial secara bersemuka mahupun melalui media sosial secara berterusan.

Katanya, orang ramai juga dinasihatkan supaya lebih cakna dan mengambil tahu trend semasa jenayah komersial bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan.
"Justeru, orang ramai dinasihat supaya tidak mudah terpedaya dengan apa-apa tawaran yang tidak pasti dan meragukan," katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 08:34 PM GMT+8 , Processed in 0.164881 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list