CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3268|Reply: 0

KPM takkan patah balik, UPSR dan PT3 tidak lagi relevan - Fadhlina

[Copy link]
Post time 12-11-2024 02:56 PM | Show all posts |Read mode





KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) menegaskan tidak akan berpatah balik dalam keputusan berkaitan pemansuhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) yang dibuat masing-masing pada 2021 serta 2022.


Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata ini kerana dua peperiksaan itu disifatkan tidak lagi relevan khususnya dalam menerajui Falsafah Pendidikan Kebangsaan.


"Saya ambil peluang ini untuk menegaskan bahawa ketika ini kita tidak akan berpatah balik, dengan mengekalkan (keputusan untuk) menghapuskan UPSR dan PT3 kerana ia tidak lagi relevan.


"Sebaliknya kita memberikan ruang kepada Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) ini berlangsung dengan baik... apa pun yang berlaku dalam pendidikan harus dikembalikan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan," katanya ketika sesi penggulungan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2025 peringkat dasar, di Dewan Rakyat, hari ini.


Terdahulu, beberapa Ahli Parlimen mencelah meminta KPM mempertimbangkan desakan supaya mengembalikan dua peperiksaan itu.


Mereka termasuk Isnaraissah Munirah Majilis@Fakharudy (WARISAN-Kota Belud), Dr Mohammed Taufiq Johari (PH-Sungai Petani) dan Mohd Hasnizan Harun (PN-Hulu Selangor).


Susulan pemansuhan UPSR mulai 2021 dan PT3 mulai 2022, KPM memberi tumpuan kepada pemerkasaan PBS membabitkan komponen Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum serta Pentaksiran Psikometrik.


PBS disifatkan game changer' untuk KPM beralih daripada pentaksiran berorientasikan peperiksaan ke arah pentaksiran berorientasikan perkembangan murid secara holistik.


Walaupun KPM memutuskan UPSR tidak akan dikembalikan, masih ramai berharap peperiksaan bagi murid Tahun Enam itu diadakan semula.


Berdasarkan tinjauan BH di Facebook Berita Harian Online, sebanyak 91 peratus responden mahu pungutan suara atau referendum diadakan untuk mendapatkan pandangan umum sama ada peperiksaan itu perlu dikembalikan.


Selain itu, lapan peratus responden berpendapat ia tidak perlu diadakan semula dan berpuas hati dengan pendekatan pentaksiran yang diadakan ketika ini, manakala dua peratus lagi memilih untuk mengemukakan cadangan.


Hasil tinjauan itu diperoleh selepas 47 jam isu berkaitan UPSR dimuat baik di Facebook Berita Harian Online daripada 427 responden yang mengundi dan memberi pendapat dengan 391 mengundi bersetuju dan 36 mengundi UPSR tidak perlu dikembalikan.


Sementara itu, Fadhlina ketika mengulas lanjut berkata, melihat kepada falsafah pendidikan itu, murid perlu dinilai secara adil dalam konteks lebih holistik.


Beliau berkata, walaupun UPSR dan PT3 dimansuhkan, ia tidak bermaksud tiada langsung peperiksaan dilaksanakan di sekolah.


"Masih ada (peperiksaan) sebab itu dalam jawapan saya tadi, saya menegaskan bahawa kita akan mengukuhkan ujian akhir sesi akademik (UASA).


"Ia adalah ujian akhir sebagai sebahagian daripada konteks pentaksiran bagi ibu bapa yang berasakan anak mereka perlu dinilai melalui peperiksaan," katanya.


Beliau berkata, UASA bersifat risiko rendah ('low stake') dalam usaha penginjakan dari proses berorientasikan peperiksaan kepada pentaksiran.


Katanya, sesi libat urus akan diperkasakan selain latihan kepada guru dalam melaksanakan pentaksiran terbabit bagi memastikan aspek integriti dalam kalangan tenaga pengajar.


"roses hari ini adalah untuk melatih guru membuat pentaksiran untuk mengelakkan apa yang Kangar (Zakri Hassan) sebut tadi... bohonglah... tipulah (dalam mentaksir murid).


"Ia juga melatih guru untuk melaksanakan tugasan dengan melakukan pentaksiran dengan integriti," katanya.


Dalam perkembangan berasingan, Fadhlina berkata, KPM akan memberi penekanan kepada asas Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) menerusi kurikulum persekolahan 2027.


Beliau berkata, KPM akan memperkenalkan elemen TVET pada Tahun Satu hingga Empat menerusi pembelajaran bersepadu, yang menggabungkan pelbagai disiplin ilmu dalam bidang sains teknologi, digital, seni visiual, muzik dan pendidikan kesihatan.


"KPM komited dalam menyediakan penilaian TVET kepada peringkat sekolah rendah bagi membolehkan mereka membuat pilihan yang bersesuaian apabila memasuki peringkat menengah selepas tingkatan tiga.


"endedahan awal pendidikan TVET diperkenalkan pada semua murid sejak awal Tahun Empat di peringkat sekolah rendah melalui mata pelajaran reka bentuk dan teknologi bermula tahun 2014," katanya.



SUMBER: Berita Harian
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:40 PM GMT+8 , Processed in 0.077875 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list