CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 39170|Reply: 0

[Johor] Restoran mamak cadang naik harga makanan bermula 5 peratus tahun depan

[Copy link]
Post time 11-11-2024 06:30 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP

Johor Bahru: Kira-kira 300 pengusaha restoran India Muslim atau mamak di negeri ini dijangka menaikkan harga makanan di premis mereka bermula lima peratus, mulai tahun hadapan.

Setiausaha Persatuan Usahawan India Muslim Negeri Johor, Hussien Ibrahim berkata, kenaikan itu susulan peningkatan kos operasi disebabkan kenaikan berterusan harga bahan mentah.

Katanya, peningkatan kos operasi juga berlaku susulan pelaksanaan gaji minimum RM1,700 mulai Februari depan.

"Kira-kira 300 pengusaha restoran India Muslim atau mamak di Johor mengadu kos operasi mereka terus meningkat tinggi dan dijangka pelaksanaan gaji minimum mulai tahun hadapan, akan melonjakkan lagi kos operasi.

"Selain itu, kami juga perlu mula mencarum pekerja asing kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan ini juga akan menambah kos operasi kami.

"Selain itu, kami juga perlu mula mencarum pekerja asing kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan ini juga akan menambah kos operasi kami.

"Peningkatan kos operasi sebenarnya susulan kenaikan harga bahan mentah berterusan susulan pemansuhan subsidi diesel yang terpaksa diserap kami.

"Bagaimanapun, kami masih tunggu dan lihat sebelum pelaksanaan kenaikan harga makanan bermula lima peratus mulai tahun depan. Ia bergantung kepada keputusan muktamad persatuan induk kami, Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma)," katanya ketika dihubungi.

Minggu lalu, Presiden Persatuan Pemilik Restoran India Malaysia (PRIM), Datuk J Govindasamy dilaporkan berkata, kadar gaji minimum baharu diumumkan kerajaan akan menyebabkan kenaikan harga makanan antara 20 sehingga 30 peratus.

Beliau dilaporkan berkata, peningkatan dalam kos operasi turut berlaku ketika pelaksanaan gaji minimum RM1,500, pada Mei 2022 lalu.

Pada 18 Oktober lalu, kerajaan dilaporkan bersetuju menaikkan kadar gaji minimum kepada RM1,700 sebulan daripada RM1,500, yang akan berkuat kuasa mulai 1 Februari tahun depan.

Dalam pada itu, Hussien berkata, ketika ini kebanyakan premis restoran India Muslim atau mamak menggajikan lebih 60 peratus pekerja asing.

Namun katanya, berikutan kenaikan kos operasi, kebergantungan terhadap pekerja asing di premis mereka mungkin perlu dikurangkan berikutan menggajikan golongan itu menjadikan kos operasi lebih mahal.

"Bagi setiap pekerja asing kami perlu membayar levi tahunan sebanyak RM2,300 seorang selain kos asrama dan makanan sehingga RM500 seorang sebulan selain gaji bersih mereka. Ini belum termasuk pelaksanaan gaji minimum RM1,700 dan caruman KWSP terhadap mereka nanti.

"Selepas ini, kami perlu mencari lebih ramai pekerja tempatan bagi mengurangkan kos operasi. Kami sanggup menawarkan gaji sehingga RM2,500 sebulan kepada pekerja tempatan, namun tidak ramai yang berminat.

"Kebanyakan generasi muda lebih berminat bekerja di sektor perindustrian dan hanya mereka yang berusia 40 tahun ke atas berminat bekerja di restoran," katanya.


Disiarkan pada: November 11, 2024



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 06:55 PM GMT+8 , Processed in 0.293110 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list