View: 18865|Reply: 14
|
Hati-hati melancong ke Kuala Terengganu - "Elakkanlah bagi derma kat abang ni. Dia ni ‘kaki barang"
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA – Tular seorang lelaki yang didakwa menipu orang ramai dengan menggunakan modus operandi sama sejak beberapa tahun dengan menyasarkan orang luar iaitu yang menggunakan nombor plat kereta dari luar Terengganu.
Menerusi video yang dimuat naik di media sosial memaparkan seorang lelaki bermodalkan muka kesian dan ayat sedih meminta bantuan wang sebanyak RM40 kepada dua orang wanita untuk membayar bilik hotel.
Lelaki itu memberitahu dia menginap di sebuah hotel bajet bersama isteri dan anak. Mereka sedang menunggunya di hotel tersebut.
“Dengan izin Allah boleh tak tolong saya? Isteri dan anak saya ada kat hotel bajet. saya memerlukan RM40 untuk membayar penginapan. Saya sekarang ada RM1.
“Saya bukan pengemis, saya tak paksa orang tapi kalau tak keberatan saya nak minta tolonglah,” katanya.
Simpati dengan rayuan lelaki itu, kedua-dua wanita itu yang berada di dalam sebuah kerera kelihatan memberikan sejumlah wang kepadanya.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mendedahkan penipuan lelaki itu dan meminta orang ramai agar jangan terpedaya.
“Kepada pelancong yang datang ke Kuala Terengganu, Elakkanlah bagi derma kat abang ni. Dia ni ‘kaki barang’, dapat duit beli ‘barang’. Elok sedekah kat orang yang betul-betul memerlukan,” kata h4kim3.
“Pernah kena dengan dia. Masa tu dia guna cerita yang sama macam ni. Kita sedih pula bagilah duit dan beli makanan untuk dia dan keluarga. Haha rupanya kena tipu,” Kongsi QueenRaaa.
“Aku pernah kena dengan orang tua ni kat depan Pasar Payang Terengganu. Ayat dia kau cairlah. Siap guna nama Allah,” kata Ayum.
SUMBER : Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Muka jgnlah diblurkan, apa-apa pun, thanks for the info |
|
|
|
|
|
|
|
Supersirap replied at 28-10-2024 08:35 AM
Muka jgnlah diblurkan, apa-apa pun, thanks for the info
Ntah dorg ni..nk inform public, tp blurkan muka .apooo |
|
|
|
|
|
|
|
pandai dia mintak rm40, sebab kalau org kesian kat dia org akn bagi terus rm50..kira mcm 10 lagi tu buat belanja beli mknn |
|
|
|
|
|
|
|
tu pun ada babi2 netijen bangsat kata
bagi je niat sedekah, tuhan tahu niat kita
bodoh lancau punya netijen sial
jenis2 galakkan scammer |
|
|
|
|
|
|
|
sebut pasal isu mintak sedekah ni kan.. saja la aku nak suarakan pendapat aku alang2 tengah isu pasal ni. aku rimas yg jenis mintak2 sedekah/derma, jual2 barang time kita tgh healing lepak2 kat tepi pantai or kat kedai makan. taknak bagi or tanak beli serba salah. padahal kita pon ada la limit juga duit poket kita. bukan jenis kedekut.. tp kalau tgh chill2 dtg sorang2 datang jual barang, mintak derma itu ini, terus jadi annoying n terganggu nak lepak. ada tak korang yg perasaan mcm ni? mcm smlm kat kedai makan, ada brader dtg jual kerepek, macik dtg jual jagung, brader jual mainan.. aku terus mcm hurmm nak makan pon tak senang.. lepak tepi pantai pon sama. budak2 dtg jual jagung, jual rojak, orang oku dtg jual keropok la apa laa.. boleh nak support tapi mcm terganggu sikit laa.. pas tu yg mintak derma masjid la tahfiz laa.. xtau iman aku yg terganggu ke camne done luahan hati |
|
|
|
|
|
|
|
mizruncing replied at 28-10-2024 10:23 AM
sebut pasal isu mintak sedekah ni kan.. saja la aku nak suarakan pendapat aku alang2 tengah isu pasa ...
Iols mmg tak layan..
Sebab iols datang nak makan makanan kat kedai..
Takde nak bg derma2 bagai neh |
|
|
|
|
|
|
|
mizruncing replied at 28-10-2024 10:23 AM
sebut pasal isu mintak sedekah ni kan.. saja la aku nak suarakan pendapat aku alang2 tengah isu pasa ...
Potong kan
Ntah la taraf empathy aku tak berapa nak tinggi kot, selalu aku geleng je ckp sorry kalau ada yg dtg meminta2 ni |
|
|
|
|
|
|
|
Dkt pasar payang ganu la..kteorg nk masuk kereta ade brader ikut.. mntk tlg ayat sama la mcm ni.. siap tnjuk ic.. skali tgk ic.. Sama kg ngn laki aku..[em:4:] laki aku tye brader ank sapa? Jom la ikut balik skli.. terus menonong bla.. mslhnya dia bla g kereta lain lak..Cuba nasib lg.. |
|
|
|
|
|
|
|
tu lahh aku pon mmg tak bagi. aku just angkat tangan ckp takpe.. tapi pakcik tu dok usha makanan aku plak.. konon nak kata makan macam2 boleh. sedekah x boleh. gitulaa kot dlm pikiran buruk aku ni ngan org oku jual keropok 3 rm10.. padahal 1 kopok tu x smpai 2 hengget pon. tp ku support jelahh. ngan adik2 yg jual rojak 2 3 kali dtg kat aku.. aduhhh kacau sungguh nak healing2 tepi pantai
|
|
|
|
|
|
|
|
mula2 kesian.. tp bila dah byk sangat dtg jual2 aku jadi rimas. spoil mood nak makan.. serabut aku tgk org yg jual2 dtg time kita tengah makan. marah kang kita plak diviral nyaa
|
|
|
|
|
|
|
|
AKU memadai senyum jer..bukan menghina...kan 'senyuman itu satu sedekah'...jugok. |
|
|
|
|
|
|
|
mizruncing replied at 28-10-2024 10:23 AM
sebut pasal isu mintak sedekah ni kan.. saja la aku nak suarakan pendapat aku alang2 tengah isu pasa ...
Kau tak sehati kering akak lagi sissyyyy… baru jah semalam ada lelaki datang sapa akak dengan assalamualaikum sambil tangan pegang bahu akak tanda kemesraan sebegitu, namun akak geleng kepala selaju2nya tak mahu dengar apa heols nak minta sissy. Salam heols pun akak tak jawab sissy. sumpah akak tak rasa apa2 sis. |
|
|
|
|
|
|
| |
|