CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13164|Reply: 2

Bina pusat perlindungan kucing, tak sampai dua minggu enam mati?

[Copy link]
Post time 4-9-2024 02:07 PM | Show all posts |Read mode

Keadaan sebuah pusat perlindungan kucing yang kotor dan tidak dijaga dengan rapi.


PETALING JAYA – “Nak sediakan kebajikan untuk kucing atau nak hapuskan kucing yang ada? Tak sampai dua minggu (dibuka) enam ekor sudah mati termasuk anak kucing. Siapa perlu tanggungjawab?”
Itu antara persoalan yang dibangkitkan pengguna platform X, Edwin Seng yang meluahkan rasa terkejut apabila melihat keadaan sebuah pusat perlindungan kucing di Klang, Selangor seolah-olah terbiar meskipun ia baru dilancarkan dua minggu lalu.

“Apa yang kita lihat adalah sebaliknya. Ia dibuka secara rasmi pada 18 Ogos tahun ini dan tidak sampai dua minggu, ini yang kami perhatikan pada 31 Ogos.
“Seperti sebuah kem tahanan kepada kucing-kucing ini apabila tempat perlindungan dibina dengan pengudaraan semula jadi tetapi tiada penebat pada bumbung, secara amnya menjadikannya panas untuk kucing,” ciapnya.
Sementara itu, berdasarkan gambar yang dikongsikan Edwin Seng, pusat perlindungan tersebut berada dalam keadaan kotor dan tiada makanan disediakan di dalam bekas disediakan.
Selain itu, beberapa ekor kucing juga sudah kelihatan tidak bermaya dan sakit selain pasir kawasan membuang najis juga berselerak memenuhi ruang sangkar.
“Terlalu banyak kucing terbiar dikurung dalam satu sangkar dan nampaknya seperti tiada pemeriksaan kesihatan. Ada (kucing) sedang sakit, seekor anak kucing mati. Makanan sukar diakses, kotak sampah tidak dibersihkan dan kotor,” jelasnya.
Ada juga mendakwa segelintir kawasan pusat perlindungan dibina hanya kerana mahu mendapat ihsan orang ramai, namun hal kebajikan tidak dititikberatkan bagi melindungi haiwan tersebut.
“Sisi gelap dunia kucing terbiar yang ramai tak sedar. Ideanya untuk menghilangkan kucing liar daripada berkeliaran di kawasan umum. Letak di pusat pelindungan akhirnya apa nak jadi selepas itu, itu belakang cerita,” dakwa individu lain.
Dalam pada itu, ramai yang meminta pihak berkuasa supaya untuk turun padang meninjau keadaan pusat perlindungan kucing itu dengan segera.

“Pihak berkuasa tolong buat sesuatu. Tempat dibina dengan kos lebih RM300,000 untuk mematikan kucing-kucing ini? Mana pekerja? Kenapa keadaan pusat perlindungan jauh lebih teruk dari kawasan sampah? Selamatkan kucing-kucing ini,” pinta Ayunie. – KOSMO! ONLINE


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2024 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya la nasib kucing2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2024 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinggal bulu & kulit je kitten tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 07:18 PM GMT+8 , Processed in 0.127220 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list