CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9188|Reply: 0

[Kedah] Keropok beracun: Jenazah abang selamat dikebumikan

[Copy link]
Post time 11-7-2024 08:09 AM | Show all posts |Read mode
Keropok beracun: Jenazah abang selamat dikebumikan

OlehSITI ZUBAIDAH ZAKARAYA

10 Julai 2024 11:11pm








Nurain menyiram air di pusara Muhammad Akil Syauqi. Gambar kecil: Muhammad Akil Syauqi




BALING - Jenazah Muhammad Akil Syauqi Nur Sufian, 3, yang meninggal dunia disyaki akibat termakan keropok beracun selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Banggol Berangan di sini pada kira-kira jam 9.45 malam Rabu.

Sebelum itu, jenazah dibawa dari Hospital Pulau Pinang (HPP) selamat tiba di rumah keluarga di kampung berkenaan, sebelum dibawa ke Surau Lebai Ahmad bersebelahan tanah perkuburan pada jam 8.40 malam.



Datuk mangsa, Hasnolrizal Ab Wahab melahirkan kesyukuran setelah urusan pengebumian berjalan lancar, namun enggan mengulas lanjut berhubung kejadian.

"Syukur, Alhamdulillah...semua dah selesai, saya reda," katanya ketika ditemui media.

Bagaimanapun, ibu kanak-kanak itu, Nurain Hasnorizal, 25, enggan ditemu bual media.



Antara yang hadir menunaikan solat jenazah Muhammad Akil.




Pengebumian turut dihadiri kira-kira 300 orang terdiri daripada ahli keluarga dan penduduk kampung yang memenuhi kawasan perkuburan sejak jam 8 malam.

Media sebelum ini melaporkan, Muhammad Akil meninggal dunia pada jam 8.40 pagi Rabu dipercayai selepas termakan keropok disyaki bercampur racun tikus yang digantung di pagar dawai besi dekat kebun tidak jauh dari rumahnya.




Dalam kejadian pada Ahad, dua beradik dilaporkan kritikal selepas disyaki makan keropok terbabit.

Adiknya, Muhammad Luth Syauqi, 2, dilaporkan masih dirawat di HPP.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 07:22 AM GMT+8 , Processed in 0.291903 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list