CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13143|Reply: 2

[Pulau Pinang] Keropok beracun: Abang meninggal dunia

[Copy link]
Post time 10-7-2024 10:02 AM | Show all posts |Read mode
Keropok beracun: Abang meninggal dunia

10 Julai 2024 09:44amMasa membaca: 4 minit








Muhammad Akil Syauqi (kanan) menghembuskan nafas terakhir pada jam 8.40 pagi Rabu ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) Hospital Pulau Pinang (HPP).




GEORGE TOWN - Salah seorang daripada dua kanak-kanak yang kritikal selepas termakan keropok yang disyaki mengandungi racun tikus meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) Hospital Pulau Pinang (HPP) pada pagi Rabu.

Perkara itu disahkan ibunya, Nurain Hasnorizal, 25, ketika dihubungi pada Rabu.



Nurain berkata, anak sulungnya, Muhammad Akil Syauqi Nur Sufian, 3, menghembuskan nafas terakhir pada jam 8.40 pagi.

"Betul, anak saya sudah meninggal dunia.

"Sekarang saya tengah tunggu proses bedah siasat," katanya sebak.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, dua beradik Muhammad Akil dan adiknya, Muhammad Luth Syauqi, 2 dilaporkan kritikal selepas makan keropok yang dipercayai mengandungi racun tikus di Kampung Padang Ubi, Labu Besar.

Hasil siasatan polis mendapati, dua beradik itu dipercayai mengambil peket keropok yang tergantung di dawai besi pagar mengandungi racun tujuan bagi perangkap monyet.

Kejadian itu disedari ibu mangsa pada jam 11 pagi di rumah sebelum membawa kedua-dua anaknya ke Klinik Kesihatan Malau dan Hospital Kulim (HK) untuk rawatan lanjut.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2024 10:16 AM | Show all posts
al fatihah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-7-2024 10:21 AM | Show all posts

Muhammad Akil Syauqi, 3, meninggal dunia hari ini. FOTO Ihsan keluarga.
pic - harian metro
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 09:52 AM GMT+8 , Processed in 0.039439 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list