CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10741|Reply: 0

[Pulau Pinang] PRK Sungai Bakap: Jumlah pengundi muda keluar mengundi memberangsangkan - Pengerusi SPR

[Copy link]
Post time 6-7-2024 02:37 PM | Show all posts |Read mode
PRK Sungai Bakap: Jumlah pengundi muda keluar mengundi memberangsangkan - Pengerusi SPR


Oleh Nur Izzati Mohamad - Julai 6, 2024 @ 1:57pm [email protected]





Ramlan meninjau proses pengundian pada PRK DUN Sungai Bakap di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Sungai Duri, hari ini. - Foto BERNAMA





NIBONG TEBAL: Peratusan anak muda keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap pada sebelah pagi dilihat agak memberangsangkan.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Ramlan Harun, berkata, selepas meninjau proses pengundian di tiga pusat pengundian di sini, beliau mendapati pola pengundian menyaksikan saluran anak muda paling banyak diisi.

Beliau berkata, peratusan keluar mengundi golongan muda dan warga emas dilihat seimbang selepas sembilan pusat pengundian mula dibuka jam 8 pagi tadi.

"Keadaan agak seimbang dan ada beberapa saluran kita tengok saluran muda lebih ramai daripada warga emas. Ramai orang muda keluar awal pada kali ini.

"Berdasarkan kadar peratusan keluar mengundi semasa, ianya agak rendah jika dibandingkan pada tempoh sama ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu.

"Oleh itu, saya mengharapkan pengundi Sungai Bakap dapat menunaikan tanggungjawab mereka dengan segera kerana cuaca di sebelah petang kita tidak boleh jangka," katanya pada sidang media selepas meninjau keadaan pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Sungai Duri di sini hari ini.

Selain SK Sungai Duri, Ramlan turut meninjau pusat pengundian di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tasek Mutiara dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Boon Beng.

Mengulas lanjut, Ramlan berkata, proses perjalanan pengundian setakat ini berjalan lancar meskipun ada beberapa kesalahan kecil namun ia sudah ditangani sebaiknya.

"Kita tidak menerima sebarang kesalahan besar dan serius sepanjang proses pengundian ini," katanya.

Keseluruhannya, seramai 39,279 pengundi layak menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam PRK itu termasuk 57 anggota polis.

PRK Sungai Bakap menyaksikan pertembungan antara calon Pakatan Harapan (PH) Dr Joohari Ariffin dan calon Perikatan Nasional (PN) Abidin Ismail susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lalu akibat keradangan dalam perut.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 07:30 AM GMT+8 , Processed in 0.167074 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list