CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6294|Reply: 0

[Kedah] Penubuhan ICoE tingkatkan kualiti latihan dalam industri automotif

[Copy link]
Post time 2-7-2024 05:03 PM | Show all posts |Read mode
Penubuhan ICoE tingkatkan kualiti latihan dalam industri automotif

OlehROSHILA MURNI ROSLI

02 Julai 2024 04:12pm








Azhar menandatangani plak perasmian Pusat Kecemerlangan Industri Teknologi Motosikal Modenas dan Kawasaki di GiatMara Pendang.




PENDANG - Sebuah Pusat Kecemerlangan Industri (ICoE) Teknologi Motosikal Modenas dan Kawasaki dibangunkan di GiatMara Pendang sebagai usaha meningkatkan lagi kualiti latihan dalam industri automotif.

Ketua Pegawai Eksekutif GiatMara Malaysia, Ts Ahmad Hamdi Ibrahim berkata, pusat berkenaan adalah hasil kerjasama GiatMara bersama industri Modenas.



Menurutnya, dengan adanya sokongan dan kerjasama daripada pihak industri, GiatMara dapat memastikan latihan yang diberikan kepada para pelatih adalah relevan dan memenuhi kehendak pasaran kerja semasa.

"Selari dengan Dasar TVET Negara 2023, Majlis Amanah Rakyat (MARA) kini aktif memperkasakan aktiviti kolaborasi dengan pihak industri melalui konsep pengajaran berasaskan kilang dengan menambahkan pembabitan industri ke dalam institusi dalam mempelbagaikan bidang," katanya ketika sidang media pada Majlis Pelancaran Pusat Kecemerlangan Industri (ICoE) Teknologi Motosikal Modenas dan Kawasaki dekat sini pada Selasa.


Pelatih GiatMara membaiki enjin motosikal di Pusat Kecemerlangan Industri Teknologi Modenas dan Kawasaki yang diwujudkan di GiatMara Pendang.




Dalam majlis terbabit pusat berkenaan dirasmikan Ketua Pengarah MARA, Datuk Sri Azhar Abdul Manaf.

Mengulas lanjut, Ahmad Hamdi berkata, pelatih yang mengikuti kursus di pusat berkenaan berpeluang bekerja di bengkel atau pusat servis di bawah Modenas yang ada di seluruh negara.
"Jadi pelatih keluaran GiatMara ini akan mendapat gaji yang tinggi daripada gaji premium dibandingkan dengan sijil biasa," katanya.




Jelasnya, dua buah bengkel motosikal iaitu sebuah bengkel teknologi motosikal berkuasa tinggi Kawasaki dan sebuah bengkel teknologi motosikal Modenas turut dibangunkan setelah tertubuhnya ICoE tersebut.

"Bengkel berkenaan menawarkan konsep kursus pengkhususan menggunakan modul dan peralatan Modenas dan Kawasaki selain membabitkan konsep perintis industri, pembelajaran berasaskan kerja sebenar serta belajar dan mendapat upah.


Ahmad Hamdi (dua dari kanan) bergambar bersama Azhar (dua dari kiri) ketika merasmikan Pusat Kecemerlangan Industri Teknologi Motosikal Modenas dan Kawasaki




“Modenas turut menyerahkan tiga buah motosikal berkuasa tinggi, enjin motosikal untuk latihan dan peralatan khas mendiagnos kerosakan untuk kegunaan pelatih selain tenaga pengajar GiatMara juga diberi latihan khas dengan teknologi terkini kedua-dua jenama itu,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Hamdi berkata, Modenas turut berminat untuk melatih dan memberi pendedahan kepada GiatMara untuk penyelenggaraan motosikal elektrik yang semakin meluas penggunaannya di Malaysia.

“Buat masa ini juruteknik yang mahir dalam kenderaan elektrik (EV) masih tidak ramai dan dengan pendedahan yang akan diberikan Modenas kepada GiatMara kami yakin dapat memenuhi keperluan pekerjaan melibatkan bidang itu.

"Kerjasama industri ini tidak terhenti kepada melahirkan mekanik atau juruteknik yang mahir tetapi lebih penting mewujudkan usahawan dalam bidang automotif daripada lepasan GiatMara,” katanya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 01:32 PM GMT+8 , Processed in 0.040417 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list