CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9161|Reply: 0

[Kedah] JAS Kedah pantau tumpahan 40,000 liter susu getah

[Copy link]
Post time 2-7-2024 10:29 AM | Show all posts |Read mode
JAS Kedah pantau tumpahan 40,000 liter susu getah


Zuliaty Zulkiffli[email protected]




LOKASI kejadian tumpahan 40,000 liter susu getah di parit di tepi jalan Kilometer 41.2 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan berhampiran Hutan Kampung. FOTO Ihsan JAS





Alor Setar: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah melakukan pemantauan pembersihan tumpahan 40,000 liter susu getah dari sebuah lori treler yang terbabas ke dalam parit di tepi jalan Kilometer 41.2 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan berhampiran Hutan Kampung, di sini, 29 Jun lalu.

Pengarah JAS Kedah, Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata, pihaknya menerima e-mel berhubung kejadian itu daripada sistem e-aduan pada 6.59 petang, hari sama.

Beliau berkata, pegawai JAS Kedah kemudian bergerak ke lokasi untuk melakukan siasatan.

"Hasil siasatan mendapati, lori treler kelas 3 itu membawa dua kontena yang mengandungi 40,000 liter muatan susu getah (lateks) yang terbabas di lokasi kejadian.

"Pemandu lori treler itu dipercayai dari Pulau Pinang dan treler terbabit yang membawa susu getah (lateks) dari Hatyai, Songkhla, Thailand ke Pelabuhan Pulau Pinang.

"Hasil pemeriksaan, pada hari kejadian, dianggarkan 40,000 liter susu getah tumpah sepenuhnya dari kontena lori berkenaan dan memasuki longkang atau parit berhampiran," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sharifah Zakiah berkata, sehingga semalam, didapati susu getah itu bergerak (mengalir) hingga lebih 500 meter di kiri dan kanan dan masuk ke kawasan sawah.

"Tindakan awal diambil oleh pihak Projek Lebuhraya Utara Selatan (Plus) pada hari kejadian adalah bagi membantu kerja-kerja meminimumkan pengaliran sisa tumpahan susu getah dan mengelakkan ia sampai ke sungai berdekatan.

"Bagi membendung atau meminimumkan aliran terbabit, pihak Propel Plus kemudian menyekat dengan menggunakan beg-beg guni pasir dan tanah di jajaran longkang," katanya.

Menurutnya lagi, pada hari kejadian, JAS Kedah mengarahkan pihak syarikat supaya melantik kontraktor, bagi kerja-kerja penyedutan sisa tumpahan susu getah dan kerja pembersihan terbabit.



Disiarkan pada: Julai 2, 2024 @ 10:05am






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 01:06 PM GMT+8 , Processed in 0.522911 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list