CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30273|Reply: 0

[Pulau Pinang] Kerajaan Persekutuan muktamad jajaran LRT Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 29-6-2024 09:45 PM | Show all posts |Read mode
Kerajaan Persekutuan muktamad jajaran LRT Pulau Pinang

29 Jun 2024 04:40pm








Anthony Loke. Foto Bernama




GEORGE TOWN - Jajaran bagi Projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara Pulau Pinang telah dimuktamadkan dan perbincangan dengan kontraktor utama sedang dijalankan, menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

Beliau berkata, jajaran itu adalah seperti yang dicadangkan oleh Mass Rapid Transit Corp Sdn Bhd (MRT Corp) dan pihaknya berharap kerja-kerja fizikal boleh bermula sebelum akhir tahun ini.



"Jajaran (LRT) telah dimuktamad selepas pelbagai perbincangan dijalankan bersama semua pihak dan (Kerajaan Pulau Pinang) bersetuju dengan dengan jajaran yang dicadangkan oleh MRT Corp.

"Jajaran tidak (banyak) yang berubah iaitu stesen penumpang akan bermula dari Bayan Lepas hingga ke Komtar dan satu jajaran ke Butterworth (Penang Sentral), Pulau Silikon pula adalah depoh dan sekarang ini kita buat perbincangan serta penilaian dengan kontraktor utama," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Pelaut dan Rumah Api di Straits Quay di sini pada Sabtu.

Pada 29 Mac lepas, Anthony Loke mengumumkan bahawa Kerajaan Persekutuan secara rasmi mengambil alih projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang daripada kerajaan negeri dengan MRT Corporation dilantik sebagai pemaju dan pemilik aset.

Perolehan projek terbahagi kepada tiga komponen utama iaitu untuk kerja-kerja pembinaan sivil bagi Segmen 1 iaitu jajaran Pulau Silikon ke Komtar; kerja-kerja untuk pembinaan sivil bagi Segmen 2 iaitu jajaran dari Komtar ke Penang Sentral dan kontrak 'turnkey' kerja-kerja sistem dan gerabak secara bina-selenggara-pindah (BMT).

Anthony Loke berkata, jajaran merentasi laut dari Komtar ke Penang Sentral akan mengambil kira semua aspek dan faktor termasuk kajian terperinci berhubung laluan trafik di laut serta pelbagai lagi.

Berkaitan perkembangan kerja-kerja pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) di Bayan Lepas dekat sini, Anthony Loke berkata, proses tender bagi pakej pertama telah ditutup dan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) sedang membuat penilaian bagi memilih kontraktor.




Beliau berkata, projek pembesaran itu melibatkan tiga pakej dengan pakej pertama membabitkan kerja-kerja fizikal termasuk memindahkan menara kawalan dan meningkatkan kapasiti terminalnya daripada 6.5 juta penumpang setahun kepada 12 juta penumpang setahun.

Anthony Loke sebelum ini dilaporkan berkata projek yang bermula tahun ini dijangka siap dalam tempoh tiga hingga empat tahun itu akan dibiayai MAHB melalui mekanisme kewangan yang dipersetujui antara Kementerian Kewangan dan pihak MAHB. - Bernama



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Syamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Glass_shoesSyamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Views : 39193 Replies : 614
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 41132 Replies : 317
PRK Mahkota, UMNO letak calon muda
maklukpenggodaPRK Mahkota, UMNO letak calon muda
Views : 18369 Replies : 1
Cikki hampir diperkosa di rumah urut akhirnya berjaya dekk....kau mampooo?
ModngengadeCikki hampir diperkosa di rumah urut akh
Views : 53184 Replies : 20
Jom Kongsi Gambar
VellfireJom Kongsi Gambar
Views : 8325 Replies : 87
[tvN/Netflix] Love Next Door - Jung Hae In, Jung So Min (Mulai 17 Aug 2024)
xyla73[tvN/Netflix] Love Next Door - Jung Hae
Views : 26403 Replies : 99
Tiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahkan sambung belajar di kolej swasta bukan universiti (UPDATE)
JoyahMengayahTiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahka
Views : 119511 Replies : 3324
Sandra Lim - dinobatkan juara Miss Universe Malaysia 2024
follesegalSandra Lim - dinobatkan juara Miss Unive
Views : 21139 Replies : 33
Kanak2 hilang....
ModngengadeKanak2 hilang....
Views : 20770 Replies : 1
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 97375 Replies : 5148

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 09:28 AM GMT+8 , Processed in 0.262259 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list