CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13365|Reply: 0

[Kedah] 21 das tembakan meriam sempena Hari Keputeraan Sultan Kedah ke-82

[Copy link]
Post time 29-6-2024 02:27 PM | Show all posts |Read mode
21 das tembakan meriam sempena Hari Keputeraan Sultan Kedah ke-82

OlehNURUL HIDAYAH HAMID

29 Jun 2024 01:10pm








Sultan Sallehuddin membalas tabik hormat pada Istiadat Perbarisan Kehormatan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda ke-82 di Dataran Medan Bandar, di sini, pada Sabtu. Foto: Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Kedah




ALOR SETAR - Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan berangkat ke Istiadat Perbarisan Kehormatan di Dataran Medan Bandar, di sini, pada Sabtu.

Istiadat berkenaan diadakan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda ke-82 pada Ahad.



Ketibaan Sultan Sallehuddin yang diiringi Sultanah Kedah, Sultanah Maliha Tengku Ariff disambut tembakan kehormatan 21 das meriam.


Sultan Sallehuddin diiringi Sultanah Maliha berkenan berangkat ke Istiadat Perbarisan Kehormatan di Dataran Medan Bandar, di sini, pada Sabtu.




Turut berangkat, Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin dan Raja Puan Muda Kedah, Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff.

Berangkat sama, Tunku Mahkota Kedah, Tunku Shazuddin Ariff Sultan Sallehuddin dan Tunku Puan Mahkota Kedah, Che Puan Nur Julie Ariff.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Pada acara penuh istiadat itu, baginda turut mencemar duli melakukan tabik hormat dan pemeriksaan pasukan kawalan kehormatan utama terdiri daripada tiga pegawai dan 103 anggota lain- lain pangkat dari Batalion Keenam Rejimen Askar Melayu Diraja bersama panji-panji batalion




Perbarisan diketuai ketua kawalan kehormatan, Mejar Muhammad Afiq Ismail manakala pegawai pembawa panji-panji ialah Leftenan Muhammad Afdhal Zikry Jamsaari dan Sarjan mejar rejimen panji-panji ialah Pegawai Waran 1 Mohd Badrul Mustafa.

Majlis istiadat penuh bersejarah itu turut diserikan dengan pancaragam mengiringi kawalan kehormatan dari pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja di bawah pimpinan Kapten Fauzee Jaafar dan dibantu Pegawai Waran 2 Aliff Farhan Hashim.


Pameran Aset Ketenteraan Rejimen Askar Melayu Diraja diadakan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda ke-82 di Dataran Medan Bandar, di sini, pada Sabtu.Foto: Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Kedah




Turut diadakan, Pameran Aset Ketenteraan Rejimen Askar Melayu Diraja bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda.

Istiadat turut disaksikan oleh rakyat Kedah yang membanjiri kawasan dataran tersebut seawal jam 8 pagi.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 08:59 AM GMT+8 , Processed in 0.036412 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list