CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7021|Reply: 1

Hakim Danish julang podium di Le Mans

[Copy link]
Post time 12-5-2024 05:29 PM | Show all posts |Read mode

PELUMBA berbakat negara, Hakim Danish sentiasa berada di kelompok depan dan beberapa kali memimpin perlumbaan Pusingan 2 Kejuaraan Red Bull MotoGP Rookies Cup 2024 di Litar Le Mans, Perancis.

KUALA LUMPUR – Kemenangan tertangguh buat pelumba muda negara, Hakim Danish Ramli apabila terpaksa berpuas hati menamatkan perlumbaan di tangga ketiga pada perlumbaan Pusingan 2 Kejuaraan Red Bull MotoGP Rookies Cup 2024 di Litar Le Mans, Perancis sebentar tadi.

Pada perlumbaan tersebut, pelumba berusia 17 tahun itu memperagakan aksi cukup baik apabila beberapa kali memintas pelumba hadapanya untuk berada di posisi pertama sekali gus dilihat mempunyai peluang mencipta kemenangan pertamanya pada saingan tersebut.

Bagaimanapun, pada penghujung saingan, juara Asia 2022 itu ditentang hebat dua pelumba Sepanyol, Brian Uriarte serta Maximo Quiles yang masing-masing dilihat lebih agresif sebelum menamatkan perlumbaan tempat pertama dan kedua.


PELUMBA muda negara, Hakim Danish Ramli ketika bersaing pada Pusingan 2 Kejuaraan Red Bull MotoGP Rookies Cup 2024 di Litar Le Mans, Perancis.

Danish yang sedikit ketinggalan terpaksa menggunakan segala kesempatan agar dapat memastikan podium tempat ketiga menjadi miliknya biarpun dikejar rapat pelumba Argentina, Valentin Perrone yang berada di belakangnya.

“Saya benar-benar menikmat perlumbaan tersebut dan gembira dapat berjuang dengan pelumba terpantas hari ini. Saya juga berjaya perbaiki perlumbaan saya hari ini berbanding semalam.

“Pada tersebut, saya mahu kekal di kedudukan pertama kerana semalam saya bermula dari belakang. Jadi, saya hanya kekal tenang dan memintas pelumba hadapan saya untuk kekal berada di depan.

“Pada baki lima pusingan terakhir saya cuba mencari kedudukan saya untuk berada di depan tetapi saya melakukan sedikit kesilapan. Apapun, saya gembira dengan pencapaian saya hari ini. Apapun terima kasih kepada pasukan saya, penaja dan juga Red Bull Rookies atas peluang ini,” katanya.

Hasil keputusan tersebut, Danish yang menamatkan perlumbaan tempat kedua pada aksi pembukaan di Jerez, Sepanyol kini berada di kedudukan kelima keseluruhan dengan mengumpul 53 mata dan hanya dipisahkan 21 mata dengan Quiles yang berada di puncak dengan 74 mata.

Pelumba Sepanyol, Alvaro Carpe berada di kedudukan kedua keseluruhan dengan 65 mata dan diikuti Uriarte tempat ketiga (62 mata) dan tempat tempat keempat menjadi milik Perrone (55 mata). -KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... -podium-di-le-mans/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2024 07:23 PM | Show all posts
Lee Zhi Chia won the badminton thailand open 2024. proud of Malaysia. here is the video and enjoy it.

https://youtu.be/wEhnJgpXiyY
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 10:59 PM GMT+8 , Processed in 0.076001 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list