CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1973|Reply: 6

[Jenayah] Polis jumpa ular dalam seluar

  [Copy link]
Post time 5-5-2024 11:28 AM | Show all posts |Read mode
Lelaki berkenaan dihalang daripada meneruskan penerbangannya selepas reptilia itu dibawa pergi. - JAM PRESS



MIAMI, FLORIDA – Seorang lelaki ditahan selepas cuba menyeludup dua ekor ular yang disembunyikan di dalam seluarnya sebelum menaiki penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Miami, lapor akhbar Metro UK semalam.

“Anggota-anggota kami mengesan sebuah beg berisi ular yang disembunyikan di dalam seluar seorang penumpang ketika melakukan pemeriksaan bagasi Jumaat lalu,” kata Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan (TSA) dalam satu kenyataan.

Mereka kemudian menghubungi Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan serta polis tempatan untuk membantu.

Dua ekor ular itu kemudian diserahkan kepada Suruhanjaya Pemuliharaan Ikan dan Hidupan Liar Florida.

Tidak diketahui sama ada reptilia itu merupakan haiwan peliharaan suspek dan punca haiwan itu dibawa ke dalam pesawat.

“Lelaki itu cuba menaiki penerbangan antarabangsa”, kata seorang jurucakap TSA.

Tidak jelas sama ada suspek akan berdepan pertuduhan di mahkamah atau sebaliknya. – AGENSI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2024 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Oh!...ini yg forumer dedulu kata..'ulau melingkau dlm suar'.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada geliga ular pulak sekor tew..
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasib baik ular tak kena gigit
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 02:28 PM | Show all posts
tak geli plak dia
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
ular ape pinkish cengitu? Sekali tgk mcm cute, dua kali tgk mcm cacing kerawit.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-5-2024 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
nasib ular tak tebuk hang punya dalam haha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2024 06:24 AM GMT+8 , Processed in 0.067976 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list