CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7020|Reply: 0

[Pulau Pinang] NCER tarik pelaburan RM13.67 bilion ke Pulau Pinang pada 2023

[Copy link]
Post time 15-3-2024 12:44 PM | Show all posts |Read mode
NCER tarik pelaburan RM13.67 bilion ke Pulau Pinang pada 2023


Oleh Siti Aminah Mohd Yusof - Mac 15, 2024 @ 12:28pm  [email protected]







GEORGETOWN: Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) berjaya memudahkan pelaburan bernilai RM13.67 bilion di Pulau Pinang dan mewujudkan lebih 14,000 peluang pekerjaan di negeri itu tahun lalu.

Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), Mohamad Haris Kader Sultan, berkata pelaburan dicatat itu meliputi sektor tumpuan dalam Pelan Pembangunan Strategik NCER seperti pembuatan, perniagaan tani, logistik, ekonomi digital dan pelancongan.

Beliau berkata, kejayaan itu dapat dicapai hasil kerjasama erat dan berterusan pihak pemegang taruh merangkumi Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan agensi-agensi di bawah kerajaan negeri.

"Pada tahun lalu, program pembangunan bakat berteraskan rakyat NCER juga telah memberi manfaat kepada lebih 4,955 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

"Sejak dilaksanakan pada 2019, program berkenaan telah berjaya mewujudkan lebih 16,100 peluang pekerjaan di Pulau Pinang," katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu beliau menghadiri majlis penghargaan syarikat-syarikat yang terlibat dalam program Pusat Kecemerlangan (CoE), Pusat Inovasi Teknologi NCER (NTIC) yang turut dihadiri Ketua Menteri, Chow Kon Yeow.

Sementara itu, Kon Yeow menyifatkan, jumlah pelaburan memberangsangkan itu menjadi bukti keyakinan pelabur terhadap prospek jangka masa panjang yang ditawarkan di Pulau Pinang dan NCER secara amnya.

Beliau yang juga EXCO Kewangan, Pembangunan Ekonomi, Tanah dan Komunikasi turut berterima kasih kepada NCIA kerana membantu menjadi pemudah cara dalam usaha menarik pelaburan, sekali gus menyokong pertumbuhan pelaburan memberangsangkan yang direkodkan Pulau Pinang tahun lalu.

"Kerajaan negeri juga mengalu-alukan usaha NCIA meningkatkan lagi daya tarikan Pulau Pinang kepada pelabur melangkaui sektor utama seperti elektrik dan elektronik (E&E); jentera dan peralatan (M&E) khususnya dalam pembangunan teknologi serta bakat berkemahiran.

"Sebagai contoh, program seperti NTIC yang bermatlamat memperkukuh ekosistem perindustrian serta bakat serta meningkatkan rantaian nilai kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang mana bakal mengukuhkan lagi kedudukan Pulau Pinang sebagai hab teknologi dan inovasi di rantau ini," katanya.

Terdahulu pada majlis itu, lima syarikat iaitu GF Technology Sdn Bhd; Elliance Sdn Bhd; IME Technology Sdn Bhd; Visionlytics Sdn Bhd dan Easy Pack Machinery Sdn Bhd telah menerima sijil lantikan sebagai penyedia CoE NTIC.

Penyedia CoE NTIC yang dilantik hari ini menawarkan kelainan dengan memberi tumpuan kepada usaha menyokong pembangunan PKS tempatan di bawah program Pengguna CoE NTIC dengan terdapat lapan syarikat PKS di Pulau Pinang telah mendaftar untuk program itu setakat ini.

Secara keseluruhan sebanyak 12 Penyedia CoE NTIC dari Pulau Pinang telah dilantik sejak program itu dilancarkan pada Mei lalu yang setakat ini telah mencatatkan pelaburan sebanyak RM73.67 juta.














Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-11-2024 08:00 AM GMT+8 , Processed in 0.037773 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list