View: 5199|Reply: 0
|
Salah kembali berlatih namun Liverpool tetap berhati-hati
[Copy link]
|
|
SALAH ketika sesi latihan Liverpool di AXA Training Centre, Liverpool. FOTO Reuters
London: Pengurus Liverpool Jurgen Klopp berkata, kelab memantau situasi Mohamed Salah dengan lebih berhati-hati selepas penyerang sensasi itu kembali berlatih susulan kecederaan hamstring dialaminya menjelang aksi Liga Europa menentang Sparta Prague awal pagi esok.
Kepulangan Salah tepat pada masanya buat pendahulu Liga Perdana itu menjelang saingan pertama peringkat 16 di Prague dan menentang Manchester City dalam aksi liga di Anfield.
"Mo Salah mengikuti kami, dia berlatih dua hari dan penuh bertenaga," kata Klopp ketika sidang media awal pagi tadi.
"Kami perlu lebih berhat-hati tapi musim ini sangat sengit. Kami mahu menggunakannya dan kehadiran semula Salah menggembirakan kami."
Salah yang menjaringkan 19 gol untuk Liverpool dalam semua kejohanan musim ini mengalami kecederaan ketika beraksi bersama Mesir di kejohanan Piala Negara-Negara Afrika.
Dia tidak beraksi sejak 17 Februari ketika masuk daripada bangku simpanan dan menjaringkan gol ketika Liverpool menang 4-1 di Brentford.
Pemain tengah Dominik Szoboszlai turut boleh diturunkan. Dia beraksi pada hujung minggu lalu selepas lebih sebulan tersisih akibat masalah hamstring.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -tetap-berhati-hati |
|
|
|
|
|
|
| |
|