View: 8355|Reply: 0
|
[Sabah]
Kurangkan birokrasi, bantu permudah permohonan tubuh Majlis Belia Daerah: Mazlan
[Copy link]
|
|
RASMI: Mazlan menyampaikan cenderahati kepada Fairuz sempena Mesyuarat Agung Tahunan GABUNGAN Kali Ke-15.
Bagi membolehkan persatuan belia di Sabah terima peruntukan, geran dari KBS
BEAUFORT: Pendaftar Pertubuhan Belia (PPB) diminta supaya mempermudahkan urusan serta mengurangkan birokrasi terutama membabitkan soal permohonan menubuhkan Majlis Belia Daerah (MBD) di Sabah.
Pengerusi Gabungan Persatuan Belia Bahagian Pedalaman Bawah (GABUNGAN), Mazlan Joehari Manan berkata, birokrasi yang berlaku perlu dipermudahkan agar semua persatuan belia di Sabah dapat menerima segala peruntukan atau geran tahunan dari Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Menurutnya, berbanding di Semenanjung, Sabah belum mempunyai MBD walaupun pihaknya sudah beberapa kali memohon termasuk menemui individu bertanggungjawab dalam PPB sejak empat tahun lalu.
"Ekoran birokrasi yang berlaku, impian mewujudkan MBD di Sabah belum tercapai walaupun sudah beberapa kali memohon termasuk ulang-alik ke PPB di Semenanjung sejak empat tahun lalu.
"Hampir semua daerah di Semenanjung ada MBD, sekaligus menerima peruntukan tahunan dan geran dari KBS sedangkan Sabah tiada MBD dan ini satu kerugian besar buat persatuan belia kita.
MAZLAN
"Peruntukan atau geran tahunan dari KBS hanya disalurkan melalui MBD masing-masing untuk semua persatuan belia yang berdaftar dengan PPB," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di Mesyuarat Agung Tahunan GABUNGAN Kali Ke-15 yang dirasmikan Pembantu Menteri Belia Dan Sukan , Datuk Fairuz Renddan, di salah sebuah hotel dekat sini pada Sabtu.
Dalam perkembangan sama, Mazlan memberitahu, buntu dengan situasi yang berlaku beliau menyarankan Kementerian Belia dan Sukan Sabah berbincang dengan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.
Mengulas lanjut beliau berkata ia perlu supaya hasrat seluruh golongan muda khususnya persatuan belia menerima dana kerajaan persekutuan sebagaimana dinikmati rakan di Semenanjung.
"Saya sarankan KBS Sabah membantu dengan mengadakan perbincangan 'G to G' dengan KBS Malaysia agar 'suara' kita dapat didengar sekaligus merealisasikan MBD di Sabah," katanya.
https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/03/kurangkan-birokrasi-bantu-permudah-permohonan-tubuh-majlis-belia-daerah-mazlan
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|