View: 2935|Reply: 0
|
Selepas 7 tahun, akhirnya Wan Mohamad Fazli kembali ke bumi kelahirannya
[Copy link]
|
|
Bekas penyerang TFC, Wan Mohamad Fazli Ghazali menyarung jersi Kelantan United musim ini. FOTO TFC
Kuala Terengganu: Selepas tujuh tahun berkelana di bumi Terengganu, akhirnya Wan Mohamad Fazli Wan Ghazali memilih kelab negeri kelahirannya, Kelantan United FC (KUFC) sebagai destinasinya pada musim 2024/2025.
Jelas bekas penyerang Terengganu FC (TFC) berusia 27 tahun itu, mahu mencipta nama bersama pasukan 'The Green Deers' itu antara faktor utama dia mengambil keputusan untuk berhijrah.
"Apa yang saya harapkan dapat lakukan yang terbaik untuk diri dan pasukan dengan meningkatkan prestasi ke tahap yang lebih positif dari semasa ke semasa.
"Saya juga berikrar akan memberikan komitmen dan kerjasama yang baik kepada pihak pengurusan dan bekerja keras bagi memastikan KU sebuah pasukan yang mampu memberi saingan hebat kepada pasukan elit seperti TFC, Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Selangor FC.
"Sokongan daripada penyokong juga amat ditagih terutama KU satu-satunya wakil Kelantan beraksi dalam saingan Liga Super selepas Kelantan FC diturunkan ke liga M3," katanya ketika dihubungi.
Tambah pemain yang memulakan kariernya dengan menyertai Liga Bolasepak Rakyat bersama pasukan Setiu FC pada 2015, mahu menambah minit permainan turut menjadi penyebab dia 'berpisah' dengan TFC.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... zli-kembali-ke-bumi |
|
|
|
|
|
|
| |
|