View: 10517|Reply: 1
|
Henry Cavill tolak babak intim, berbogel hanya untungkan penerbit filem
[Copy link]
|
|
Henry tidak gemar meononton babak intim dalam filem atau drama.
PELAKON Henry Cavill pendapat adegan intim yang dipaparkan dalam filem atau drama adalah satu bentuk eksploitasi dan keterlaluan.
Menurut Henry, 41, babak sebegitu boleh mengganggu tumpuan penonton sehingga jalan cerita ingin dipaparkan tidak menjadi fokus utama sesebuah karya.
"Imaginasi manusia akan mengatasi semua itu. Jadi saya rasa ia keterlaluan jika drama atau filem dipenuhi dengan babak berbogel.
Bagi Henry babak intim boleh ganggu jalan cerita sesebuah filem.
"Penonton akan lebih berfikir ke arah itu berbanding jalan cerita," katanya dalam satu temu bual baru-baru ini.
Tambah pelakon filem Argylle ini, adegan sebegitu juga dianggap sekadar untuk mempromosikan sesebuah karya dan bukannya demi kebaikan penonton.
Dia juga menegaskan dirinya bukanlah seorang pelakon yang gemar melakukan aksi seperti itu dalam mana-mana filem lakonannya.
"Saya rasa babak seks hanya menguntung sesebuah filem berbanding memberi manfaat kepada penonton. Ada ketika ia keterlaluan.
"Saya tidak nafikan adegan sebegini membantu jalan cerita. Namun ada ketika ketika saya terfikir adakah ia perlu atau sekadar hanya mahu tampilkan pelakon berbogel.
"Dari situ timbul rasa kurang selesa," jelasnya.
https://www.mstar.com.my/spotlig ... gkan-penerbit-filem |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
makin berusia makin kurang hensem |
|
|
|
|
|
|
| |
|