CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22292|Reply: 0

[Pahang] Mayat rentung kemalangan seorang penuntut kolej

[Copy link]
Post time 28-12-2023 12:27 AM | Show all posts |Read mode
Mayat rentung kemalangan seorang penuntut kolej


Oleh TN Alagesh - Disember 27, 2023 @ 6:48pm bhnews@bh.com.my







KUANTAN: Mayat seorang penumpang Perodua Kancil yang rentung dalam kenderaan akibat kemalangan dengan sebuah treler di KM18 Jalan Pekan-Nenasi dekat sini semalam, dikenal pasti sebagai seorang penuntut kolej.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin, berkata penumpang tempat duduk hadapan dikenali sebagai Muhammad Hanif Ikwan Md Kamizi, 18.

"Mangsa ialah seorang pelajar kolej berasal dari Taman Peramu Jaya di sini dan dipercayai rakan kepada pemandu iaitu Muhammad Shafiq Haikal Mohd Najib yang terpelanting keluar dari kenderaan dan maut di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dilaporkan sebelum ini, kereta yang dinaiki mereka berdua bertembung dengan sebuah treler pada jam 8.45 malam kelmarin.

Muhammad Shafiq Haikal, 18, maut di tempat kejadian manakala penumpangnya melecur sepenuhnya dan tiada dokumen pengenalan diri ditemui ketika itu.

Pemandu treler berusia 42 tahun yang dalam perjalanan dari Pekan ke Johor Baru, Johor tidak cedera.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 205510 Replies : 4931
Dharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor biawak komodo
PrickfordDharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor
Views : 6260 Replies : 87
Tak perlu nak jadi begitu sempurna duhai wanita
admin6Tak perlu nak jadi begitu sempurna duhai
Views : 7398 Replies : 7
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 30583 Replies : 224
Kenapa Biri Biri Jalan Lambat?
XimKenapa Biri Biri Jalan Lambat?
Views : 21685 Replies : 65
Cinta itu buta:Gadis 23 tahun sanggup putuskan hubungan dengan ibu bapa demi berkahwin lelaki 80 tahun
YgBenarCinta itu buta:Gadis 23 tahun sanggup pu
Views : 3633 Replies : 27
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 7397 Replies : 52
Cara mudah utk dapat berat ideal
tomazCara mudah utk dapat berat ideal
Views : 9115 Replies : 38
kambing yang comel
zazazieglerskambing yang comel
Views : 10817 Replies : 43
Meow & Cincau
riena3321Meow & Cincau
Views : 3498 Replies : 9

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 04:56 PM GMT+8 , Processed in 0.054302 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list