CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26354|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] 3 anggota polis disyaki curi duit ketika operasi di 'mini Dhaka'

[Copy link]
Post time 24-12-2023 04:39 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP

Kuala Lumpur: Tiga anggota polis ditahan selepas dipercayai terbabit dengan kes kecurian wang tunai berjumlah RM85,000 di sebuah premis di Lebuh Pudu, di sini, yang diserbu dalam Operasi Khas (Op Khas) oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Khamis lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu jam 12.36 tengah malam pada 22 Disember lalu.

"Dalam kes ini, kami menahan tiga anggota polis berusia antara 26 hingga 35 tahun yang dipercayai terbabit dengan kejadian itu.

"Semua suspek terbabit ditahan selama empat hari bermula semalam hingga 26 Disember ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Beliau berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung kejadian itu.

"Justeru, orang awam diminta supaya tidak membuat spekulasi yang boleh mengganggu siasatan atau menimbulkan kegusaran awam," katanya.

Terdahulu, satu laporan polis mengenai kejadian itu tular di media sosial sejak semalam.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan seramai 1,101 pendatang asing tanpa izin (Pati) ditahan dalam operasi di 'Mini Dhaka' di Jalan Silang, di sini, Khamis lalu.

Operasi bermula 11 pagi itu disertai 1,138 pegawai dan anggota dari Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) membabitkan Bridged Tengah PGA, Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan Unit Anjing Pengesan (K9).

Serbuan itu dilakukan hasil risikan dan maklumat berkaitan kebanjiran warga asing serta aktiviti jenayah di lokasi terbabit.
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... erasi-di-mini-dhaka
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 10:08 AM GMT+8 , Processed in 1.867140 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list