CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10861|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Polis terima laporan kanak-kanak setahun didera pengasuh di Sikamat

[Copy link]
Post time 14-12-2023 04:41 PM | Show all posts |Read mode


SEREMBAN: Polis menerima laporan berhubung kejadian penderaan kanak-kanak lelaki berusia setahun di Sikamat, seperti yang tular di media sosial, kata Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Supt Mohd Rosli Ishak.

Beliau berkata pihaknya telah mengesan satu kenyataan tular di aplikasi Instagram oleh pemilik akaun @faradelyn.aris, yang mendakwa anaknya didera oleh pengasuh.

“Semakan pihak polis mendapati satu laporan polis diterima pada 7 Dis lepas berkaitan kejadian tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda RM50,000 atau kedua-duanya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd Rosli berkata orang ramai diingatkan tidak terlibat dalam apa-apa bentuk penganiayaan atau pengabaian ke atas kanak-kanak.

Dalam pada itu, pemilik akaun Instagram @faradelyn.aris mendakwa ketika sedang menukar lampin, suaminya melihat banyak kesan lebam di belakang badan anaknya itu pada 5 Dis.

Menurut ibu mangsa itu, mereka menghantar anaknya itu kepada pengasuh tersebut baharu tiga bulan dan selama tempoh tersebut, dia mendapati terdapat kesan lebam pada badan anak tetapi tidak dimaklumkan oleh pengasuh berkenaan. - BERNAMA


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 10:14 AM GMT+8 , Processed in 0.060375 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list